Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NETIZEN PERTIKAI DANA RAKYAT BUAT IKLAN!!!

SEMUT HITAM
NETIZEN PERTIKAI DANA RAKYAT BUAT IKLAN!!!
Jika sebelum ini, Rejim Pakatan Selangor tu telah dihimpit dengan beberapa isu penyelewengan serta pembaziran yang melibatkan Dana Rakyat yang berjumlah puluhan juta untuk buat projek.

Mula - mula ialah isu mengenai penubuhan sebuah syarikat bermodalkan RM 2 ringgit yang juga dikenali sebagai DEIG yang didakwa 'Menghilangkan' Dana Rakyat sebanyak RM 30 billion.

Kemudian timbul pulak isu yang turut melibatkan pemberian konsesi Balak secara Haram yang dibuat tanpa sebarang tender terbuka yang dikatakan hampir berjumlah sebanyak RM 16 juta.

Lepas tu ada pulak isu mengenai projek membaik-pulih pintu gerbang yang didakwa tam masuk akal apabila kerja - kerja tersebut dikatakan menelan belanja hampir sebanyak RM 10 juta.

Yang terkini pulak isu berkaitan dengan kerja - kerja membaik-pulih kubah masjid Shah Alam yang didakwa hanya membazirkan Dana Rakyat dan menelan belanja sebanyak RM 37 juta.

Semua pembaziran dan penyelewengan yang dilakukan oleh Rejim Pakatan Selangor tu dibuat secara terbuka. Yang herannya, takde pulak dikalangan puak - puak Pakatan Haprak tu yang bersuara.

Kali ini, isu berkaitan dengan perbelanjaan bagi menampung kos pemasangan papan iklan (billboard) yang menyokong pembebasan Si Ketua Penipu tu pulak mula dipertikaikan oleh rakyat.
Terutama sekali dikalangan pengguna - pengguna dilaman media sosial yang mendakwa ianya hanya sekadar satu bentuk pembaziran jika menggunakan Dana Rakyat Negeri Selangor.

Katanya papan iklan yang dipasang dibeberapa lokasi itu tidak mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Jika benar dakwaan tersebut, apa tindakan yang dilakukan oleh PBT tu?

Ramai yang mempertikai, Kenapa PBT tak pergi cabut atau bukak semula papan iklan tersebut jika benar ianya tak dapat kelulusan? Takkan diorang tak nampak papan iklan sebesar itu? ATAU, adakah PBT ni pun berat sebelah dan menyokong seorang Peliwat!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.