Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Reformasi bermula dengan singkirkan Najib

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Reformasi bermula dengan singkirkan Najib


SHAH ALAM - Tidak perlu bermimpi tentang reformasi negara sekiranya rakyat masih tidak dapat menurunkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Ini kerana menurutnya, Najib sendiri sudah menjadi satu institusi kepada negara ini.

"Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 nanti, seluruh negara akan dikerah untuk melindungi serta mempertahankan Najib dan pasukannya.

"Turunkan Najib adalah sebahagian reformasi negara. Najib mesti diturunkan melalui desakan dan tuntutan secara demokratik," katanya menerusi kenyataan.

Menurut Mahfuz lagi, tidak ada gunanya sekiranya rakyat hanya menyingkirkan Najib namun tidak mendesak supaya sistem negara diubah.

"Jika ada yang menyatakan tidak cukup hanya menurunkan Najib seorang sekiranya sistem dan institusi tidak berubah, saya bersetuju dengan kenyataan tersebut.

"Reformasi hanya bermula dengan Najib, bagaimanapun ia harus diteruskan dengan reformasi institusi," katanya. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.