Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKANDAL AZMIN DIBONGKAR LAGI!!!

SEMUT HITAM
SKANDAL AZMIN DIBONGKAR LAGI!!!
Aduhai!!! Ibarat macam orang yang 'Jatuh Ditimpa Tangga' lalu 'Berguling - Guling Masuk ke dalam Longkang'. Memang malang sungguh nasib Si Menteri Besar Selangor ni.

Mungkin itulah khifarah yang harus ditanggung dan diterima oleh dia yang selama ini berhajat nak menggulingkan orang lain demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi diri dia sendiri.

Dan sejak akhir - akhir ni, makin banyak pulak pendedahan - pendedahan yang dibuat terhadap penyelewengan serta pembaziran yang dilakukan sehingga memaksa MB Selangor tu berbohong.

Isu terbaru ialah mengenai pemberian konsesi Balak yang dibuat secara Haram dan tidak melalui tender terbuka. Perkara itu didedahkan oleh musuh ketat Si Azmin tu dalam satu kenyataan.
Saya sebut dengan jelas bahawa Azmin MENIPU dalam perkara tersebut kerana keputusan penganugerahan balak tersebut diputuskan oleh mesyuarat yang beliau pengerusikan dan tiada TENDER TERBUKATiada tender terbuka ini juga boleh dibuktikan dengan tiada langsung iklan panggilan tender terbuka dibuat oleh Jabatan Hutan atau mana – mana agensi terbabit.Malah dalam simpanan kami dua kertas MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) bertajuk :i. Mengeluarkan Kayu Balak dan Jaras di dalam Hutan Simpan Kekal yang melibatkan Projek Jajaran Talian Penghantaran Elektrik 275 / 132 KV dari Mahkota Cheras Hartamas ke PMU Mahkota Cheras seluas 45 hektarii.Mengeluarkan Kayu Balak dan Jaras di dalam Hutan Simpan Kekal yang melibatkan Projek Jajaran Talian penghantaran elektrik 275KV (1000 MVA) PMU Bukit Tarek ke PMU Chubadak (ubahan Talian) seluas 34 hektar
Jelas ini membuktikan Azmin MENIPU dengan responnya kepada media mengenai tender diberikan secara TENDER TERBUKA dan dia langsung tidak terlibat dalam memutuskan tender.
Dari pendedahan yang dibuat, ianya memberikan gambaran jelas seolah - olah Si Menteri Besar Selagor tu cuba untuk MENIPU rakyat melalui kenyataan media yang telah dibuat sebelum ini.

Persoalannya, apa tindakan yang akan diambil oleh Si Menteri Besar Selangor tu? Adakah dia akan membiar persepsi tersebut memburukkan Rejim pentadbiran yang dipimpinnya pada ketika ini?

ATAU, adakah Si Menteri Besar Selangor tu ada KEBERANIAN untuk mengambil tindakan terhadap Si Chagubard tu bagi membuktikan yang ianya hanya sekadar fitnah semata - mata? Kalau setakat Kecut Buah Kerandut nak saman Si Chagubard tu, baik tak payah!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.