Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

(LEPAS KES SONGLAP 100 JUTA KSB,KJ LANTANG SOKONG NAJIB) Khairy beri amaran jangan sertai himpunan 27 Mac

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
(LEPAS KES SONGLAP 100 JUTA KSB,KJ LANTANG SOKONG NAJIB) Khairy beri amaran jangan sertai himpunan 27 Mac

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini memberi amaran tindakan disiplin akan diambil terhadap anggota Pemuda Umno yang menyertai perhimpunan 'Selamatkan Malaysia' pada 27 Mac bagi menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Anggota kami, mereka tidak bebas untuk lakukan apa yang mereka mahu.

"Mana-mana anggota Pemuda Umno yang bersekutu dengan gerakan Deklarasi Rakyat 'akan dikenakan tindakan disiplin," kata Khairy kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco Pemuda Umno.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual menyampaikan ucaptama pada perhimpunan 27 Mac yang digelar Kongres Rakyat dan akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam.
Perhimpunan ini akan dihadiri oleh pemimpin dari parti-parti politik dan kumpulan masyarakat sivil serta individu yang menandatangani Deklarasi Rakyat. 
Suara KJ dilihat mula lantang menentang Tun Mahathir dan gerakan menjatuhkan Najib selepas banyak pihak mendesak beliau bertanggungjawab atas penyelewengan dana KBS 100 juta.

Perkasa Mahu KJ Bertanggungjawab  

PERKASA sebelum ini membidas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar selepas beliau mengesahkan bahawa pegawai kanan kementerian itu terbabit dengan isu penyelewengan dana kerajaan mencecah lebih RM100 juta.
“Apakah Khairy tidak sedar dalam hal ini? RM100 juta bukan sikit. Kejadian ini telah lama berlaku.
“Khairy mesti menjelaskan hal ini. Ini bukan perkara yang boleh dibuat main,” kata Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris dalam satu kenyataan media sebelum ini.
Beliau juga menyelar kenyataan menteri itu yang memberikan alasan kelemahan teknikal berhubung apa yang berlaku.

PAS mahu KJ letak jawatan Menteri KBS

Pemuda Pas juga turut mendesak agar Khairy Jamaluddin Abu Bakar bertanggungjawab sepenuhnya atas salah laku pegawainya dalam kes melibatkan penyelewengan dana RM100 juta.

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, apa yang berlaku merupakan kelemahan yang tidak dapat dimaafkan meskipun Khairy menjelaskan penyelewengan tersebut tidak dapat dikesan oleh kementerian kerana suspek berkenaan menggunakan prosedur yang tidak memerlukan kelulusan pihak atasan.

“Amat mustahil penyelewengan sebesar ini berlaku dalam masa yang singkat dan tanpa konspirasi daripada pentadbiran tertinggi kementerian.

“Pemuda Pas mendesak agar Khairy berundur dan meletakkan jawatan dengan kadar yang segera kerana telah terbukti gagal untuk memastikan wang rakyat diurus dengan sebaik mungkin oleh KBS,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.