SEMUT HITAM
TONY PUAKA SEKARANG SEMAKIN BEBAL!!!
Lepas Teresa Kok bagi teori yang tak masuk akal, kini tiba giliran Si Tony Puaka ni pulak tampil dengan aksi "Terlajak Diam Seribu Bahasa". Mungkin ini cara "Kuntau" baru puak DAPigs tu kot.
Apabila syarikat pelaburan negara 1MDB dan dana politik RM2.6 bilion menjadi isu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara tu adalah antara pemimpin pembangkang yang paling banyak memberikan teori.
Teori-teori yang diutarakan itu telah menjadikan 1MDB dan Perdana Menteri kelihatan seolah-olah bersalah walaupun akhirnya nama Perdana Menteri dibersihkan oleh agensi yang terlibat dalam siasatan isu tersebut.
Tidak cukup dengan soalan yang telah kitar semula yang diulangnya berpuluh-puluh kali, Si Tony Puaka ni turut bertindak menghasilkan video untuk memalukan, menyerang dan memfitnah Najib.
Kini dalam isu skandal berkaitan dengan pembelian banglo Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, ternyata Si Puaka tu GAGAL memberikan formula bijak untuk selesaikan isu tersebut.
Sebaliknya, Si Puaka ni lebih banyak mendiamkan diri kali ini, tidak banyak yang dia mampu bercakap kerana dia tahu isu ini bakal menjadi satu liabiliti paling besar kepada DAP.
Malah tindakan dan pendirian Si Puaka tu cukup berbeza kerana selama ini yang suka menjuarai sesuatu isu kontroversi tetapi kali ini Si Puaka tu memilih untu terus kekal menyepi.
Kenapa Si Puaka tu tidak persoalkan mengenai pembelian rumah berkenaan dan tidak mendesak supaya Guan Eng bercuti sementara siasatan sedang dijalankan seperti yang dilakukan terhadap Perdana Menteri ?.
Ke mana perginya slogan berkaitan Kecekapan, Akauntabiliti dan Ketelusan (CAT) yang setiap hari dilaung - laungkan selama ini oleh Guan Eng dan juga puak DAPigs tu sendiri?
Itu antara persoalan yang timbul tetapi nampaknya Pua dan Guan Eng bercakap tak serupa bikin. Guan Eng telah melanggar prinsip CAT dan menjadikan CAT hanya sekadar slogan, tetapi ia tidak dipersoalkan oleh Pua.
Apa yang boleh dilakukan oleh Si Puaka tu pada ketika ini ialah mengalihkan isu dengan menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN). Itu mungkin jalan keluar yang difikirkan paling mudah.
Apa yang pasti DAP makin kini terdesak dan atas sebab itulah muncul jawapan-jawapan yang bukan sahaja tidak masuk akal malah menjadikan skandal itu semakin teruk. Ia juga memperlihatkan isu banglo ini menjadi satu malapetaka bagi DAP hingga memaksa satu mesyuarat tertutup diadakan oleh parti itu.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.