Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KALAU DAH DASAR SUKA MAKAN TAIK!!!

SEMUT HITAM
KALAU DAH DASAR SUKA MAKAN TAIK!!!
Alahai! Kesian betul tengok nasib malang yang menimpa puak - puak DAPigs tu sejak kebelakangan ni. Senang betul diorang jadi bahan untuk dipersalahkan oleh pelbagai pihak bila timbulnya isu.

Mungkin inilah Khifarahnya bila puak - puak DAPigs tu suka sangat menentang dan menjadi Anti-Islam. Penyudahnya, apa sahaja yang diorang buat akan tetap dipersoalkan secara terbuka.

Lebih kurang sama macam budak yang suka melepak kat tepi simpang kampung jugak la. Sudah pasti akan ada orang yang memandang serong terhadap mereka walaupun diorang tak buat apa - apa.

Pantang kalau ada kecurian atau pun gejala yang negatif berlaku, sudah pasti diorang ni jugak yang akan dituduh dan orang kampung akan menunding jari mencari kesalahan yang mereka lakukan.

Sama la jugak dengan nasib yang menimpa puak - puak DAPigs. Sama ada betul atau pun tidak diorang ni terlibat, kita pun tak tau. Tapi itulah yang didakwa oleh puak - puak PAS tu sebelum ini.

Katanya, tindakan 4 orang individu yang failkan saman terhadap Si Hadi Awang tu baru - baru ni berhubung isu perlaksanaan Hudud adalah didalangi oleh puak - puak DAPigs tu secara subversif.

Dakwaan itu dibuat berdasarkan penglibatan mereka yang dilihat sering berada bersama - sama dengan puak - puak DAPigs tu. Maka sebab itu puak - puak DAPigs tu pun turut dikaitkan.

Dan kecenderungan mereka ke arah menyokong aktiviti puak - puak Pengkhianat Amanah Negara (PAN) tu juga turut mengesahkan dakwaan yang telah dibuat oleh pemimpin - pemimpin PAS sendiri.

Nah! Nampak sangat la sekarang ni pandangan PAS terhadap puak - puak DAPigs tu sudah menjadi semakin Prejudis sejak parti itu berjaya memecahkan-belahkan jemaah PAS sebelum ini. 

Itulah bahananya bila suka sangat masuk campur hal rumah tangga orang lain. Penyudahnya diorang sendiri jugak yang dapat penyakit. Tu pun mujur la PAS setakat buat andainya je. Moh kalau diorang panggil satu kampung dengan kayu, baru puak - puak DAPigs tu ada akal!!!
21:54 | 0 comments

'Saifuddin tidak lakukan sebarang kesalahan' -Pengerusi Lembaga Displin UMNO

CELAH GELEGAR
'Saifuddin tidak lakukan sebarang kesalahan' -Pengerusi Lembaga Displin UMNO

KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin UMNO menolak dakwaan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa Datuk Saifuddin Abdullah melakukan kesalahan serius apabila muncul di majlis pelancaran gabungan baharu parti pembangkang, Pakatan Harapan, minggu lalu.

Walaupun sebelum ini Tengku Adnan berpendapat tindakan Saifuddin mencemarkan imej parti, Pengerusi Lembaga Disiplin Parti, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas berpandangan Saifuddin tidak melakukan sebarang kesalahan dengan menghadiri program itu, sambil menambah, malah ia mungkin boleh memberi manfaat kepada UMNO.

"Kalau setakat nak hadir dalam acara pembangkang saya rasa tidak ada masalah. Biasalah itu. Tapi kalau dia hadir, kemudian aktif kutuk UMNO, itu lain cerita.

"Kalau hanya hadir, tidak ada apalah. Kita pun nak dengar juga apa fakta, peranan dan hujah pembangkang di sana," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu akan dipecat daripada UMNO kerana mengambil bahagian dalam perbincangan meja bulat dengan PKR, DAP, Parti Amanah Negara dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain, Selasa lalu.

Saifuddin ketika itu berkata beliau mengambil bahagian dalam rundingan itu atas kapasitinya sebagai pengerusi Akademi Belia.

Kehadirannya itu mendorong Tengku Adnan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Saifuddin pada 22 September, menuntut beliau menjelaskan tindakannya dalam tempoh 14 hari.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin juga sebelum ini berkata Saifuddin berkemungkinan telah melanggar Perlembagaan UMNO kerana menghadiri acara tersebut.

Beliau turut melihat wujud kewajaran kepada kepimpinan parti untuk mengarahkan Saifuddin mengemukakan surat tunjuk sebab atas kehadiran beliau pada Persidangan Meja Bulat Parti Pembangkang.

Pada Isnin, Saifuddin memberitahu pemberita, beliau masih belum menerima surat tunjuk sebab yang dikatakan itu daripada UMNO.

20:49 | 0 comments

ISU KHUTBAH: DAPigs SAMAN, PKR HILANG KEMALUAN!!!

SEMUT HITAM
ISU KHUTBAH: DAPigs SAMAN, PKR HILANG KEMALUAN!!!
Hah! Pelikkan. Kenapa pulak dalam isu kontroversi yang dibangkitkan oleh puak - puak DAPigs tu mengenai khutbah Aidil Adha tu tidak mendapat sebarang respon dari puak - puak PKR?

Kalau sebelum ini, kita dah dengar penjelasan dari puak - puak DAPigs yang KATANYA nak ambik tindakan terhadap Jabatan Agama Islam Pahang atas dakwaan menabur fitnah terhadap parti tu.

Katanya, DAPigs memberikan tempoh lima hari untuk JAIP memohon maaf dan menarik balik isi kandungan khutbah tu sebelum mereka mengambil sebarang tindakan undang - undang.

PAS pulak menyatakan pendirian membantah tindakan puak - puak DAPigs tu yang berhasrat nak memfailkan saman terhadap JAIP kerana menganggap ianya sebagai tidak wajar.

Dalam satu kenyataan yang dibuat semalam, Dewan Ulama PAS Perak (DUP Perak) turut menyatakan rasa kesal terhadap tindakan yang dilbuat oleh ADUN DAPigs yang berbangsa Melayu tu. (KLIK SINI)

Maka persoalannya sekarang, apa pulak pendirian puak - puak PKR tu? Kenapa pulak dalam isu ni diorang hanya sekadar mendiamkan diri? Adakah mereka terkecuali dari isu tersebut?

Jika dilihat kepada isi kandungan khutbah tu sebelum ini, ianya turut menyentuh mengenai ketaksuban ahli Politik yang bersifat Partisan sehingga menyebabkan perpecahan Umat Islam.

Jadi, takkan pulak puak - puak PKR tu rasa diri mereka boleh terkecuali dari isu berkenaan. Atau, adakah puak - puak PKR tu cuba nak 'Play Safe' dan menjauhkan diri dari kontorversi tersebut?

Kalau sebelum ni, bukan main tegar puak - puak PKR tu menjilat Jubor DAPigs sehingga tergesa - gesa mengumumkan pembentukan Pakatan Haprak Baru tu tanpa berunding dengan PAS.

Tapi kenapa kali ini diorang sanggup membiarkan DAPigs bersendirian menerima serangan demi serangan dari pelbagai pihak yang tak puas hati dengan tindakan yang dilakukan? Nampak sangat la PKR ni hanya sekadar memperjuangkan kepentingan Politik Peribadi diorang sendiri je!!!
20:09 | 0 comments

[TAHNIAH KERANA BERANI] Cawangan Umno 'BERANI' anjur program bersama Dr M

CELAH GELEGAR
[TAHNIAH KERANA BERANI] Cawangan Umno 'BERANI' anjur program bersama Dr M

Umno cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka menjadi cawangan pertama yang menganjurkan program bersama Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan tentang isu-isu semasa.

Cawangan di bawah Umno bahagian Pandan itu juga merupakan cawangan pertama yang memberi ruang kepada bekas perdana menteri itu untuk menjelaskan tentang kritikannya terhadap Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Ketua cawangan itu, Syed Saifuddin Syed Harman berkata, keputusan untuk mengadakan program itu dibuat bersama ahli jawatankuasanya berikutan iklim politik semasa yang dilihat semakin membimbangkan.

Ekoran itu, beliau selaku ketua cawangan mengambil inisatif untuk mengadakan program dan menjemput Dr Mahathir untuk bercakap mengenai masalah politik negara dan juga Umno.

"Tiada lagi cawangan ketika dalam keadaan krisis masalah politik, kepimpinan dan sebagainya yang betul-betul berani ke depan. Saya ambil inisiatif ini dengan menjadi cawangan pertama untuk adakan program seperti ini dan beri peluang kepada tokoh negarawan seperti Tun (Mahathir) untuk beri penjelasan kepada rakyat. Beliau adalah ikon kepada Umno.

"Suka atau tidak, populariti Tun masih lagi hebat di kalangan anak muda dan pemimpin akar umbi," katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Umno cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka akan menganjurkan program minum petang bersama Dr Mahathir dengan tema 'Kembalikan maruah perjuangan bangsa' bertempat di hotel De Palma Ampang Sabtu ini.

Program minum petang itu terbuka kepada orang ramai dan pembelian tiket boleh dibuat secara individu atau berkumpulan. Harga tiket bagi pembelian secara individu berharga RM80 manakala berkumpulan - satu meja untuk 10 orang berharga RM800.

Menurut Syed Saifuddin, pembelian tiket minum petang bersama Dr Mahathir itu laris dan sehingga semalam hanya tinggal kira-kira lebih 100 tiket sahaja lagi

"Program ini akan bermula jam 3 petang. Kapasiti dewan boleh muat sehingga 600 orang. Sekarang dah lebih 400 orang beli tiket, cuma tinggal seratus lebih tiket sahaja. Kalau ada yang mahu, kena cepat. Kalau dah maksimum, kita tak terima dah.

"Kita juga akan memberi hadiah istimewa kepada hadirin yang bertuah apabila mereka akan menerima sebuah buku yang ditandatangani oleh Tun dan bergambar dengan Tun," katanya sambil menambah, penyanyi Radhi OAG akan turut membuat persembahan dengan menyanyikan sebuah lagu yang dicipta khas untuk negarawan itu.

Selain itu, ketika ditanya tentang penerimaan Umno bahagian Pandan berhubung program tersebut, Syed Saifuddin, 57, berkata beliau tidak merasakan bahawa majlis minum petang anjuran cawangannya itu melanggar mana-mana peraturan parti.

Malah, menurutnya, ketua Umno bahagian Pandan Datuk Mohd Haniff Koslan juga mengetahui tentang program anjuran cawangannya itu dan tidak membantah.

"Apa jua aktiviti di peringkat cawangan tak jadi masalah asalkan ia tidak bertentangan dengan peraturan, perlembagaan parti. Kalau anjurkan program bersama Tun yang merupakan mantan perdana menteri, mantan presiden Umno dan masih lagi dalam Umno, saya rasa tidak ada permasalahan daripada peraturan dan perlembagaan parti.

"Asalkan ia tidak melanggar batas-batas yang boleh jejaskan parti," kata Syed Saifuddin yang telah menjadi ketua cawangan sejak 1990.

Ditanya lagi sama ada beliau bimbang sekiranya menerima sebarang surat tunjuk sebab dari parti, ahli Umno sejak 1988 itu berkata, apa yang dilakukannya tidak melanggar perlembagaan parti dan bukan bertujuan untuk menjatuhkan Umno.

"Saya tak ada sebab (nak takut). Adakah saya lakukan kesalahan terhadap Umno atau masalah disiplin? Saya tak langgar peraturan, tak langgar perlembagaan. Saya bukan jemput pembangkang.

"Ini adalah anjuran Umno, dalam program ini kita nyanyikan lagu Umno, war-warkan kebesaran Umno. Apa yang kita nak bincangkan ialah tentang kemungkinan ada kepincangan dalam kepimpinan Umno yang kita perlu betulkan," katanya lagi.

Sehubungan itu, bekas ketua penerangan Umno bahagian Pandan itu berkata, matlamat program itu bertujuan untuk Dr Mahathir memberi penjelasan kepada akar umbi parti memandangkan sebelum ini pelbagai penerangan telah diberi oleh kepimpinan parti itu.

Katanya, dengan adanya program seperti itu, ia dapat memberi peluang kepada ahli untuk membuat penilaian terhadap masalah yang melanda kepimpinan Umno pada masa ini.

"Banyak program yang beri penjelasan dan penerangan datang dari pihak kerajaan dan NGO. Jadi kita ambil kesempatan ini untuk jemput Tun Mahathir. Tun adalah seorang yang amat sayangkan Umno.

"Kita dah dengar penjelasan daripada perdana menteri, dah dengar daripada menteri kabinet dan Umno di peringkat atasan. Jadi kita bagi ahli kita yang tinggal di Ampang dan Pandan untuk hadir bertemu beliau dan dengar penjelasan dan berdialog dengan beliau.

"Bukan dengan apa yang dia cakap itu kita seratus peratus terima, tetapi kita buat penilaian dengan apa dia cakap dan dengan apa kepimpinan Umno cakap. Sebagai rakyat dan ahli kita buat penilaian dan dapatkan jawapan yang efektif dan berkesan untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada Umno," katanya.

Syed Saifuddin turut menjelaskan penganjuran program itu juga bukan bertujuan untuk memburukkan atau mewujudkan konspirasi menukar kerajaan. Sebaliknya ia dibuat kerana beliau sayangkan parti dan mahu BN terus menerajui negara.

Beliau juga berpendapat bahawa pelbagai masalah yang ada di dalam parti juga perlu diselesaikan segera oleh kepimpinan di peringkat tertinggi.

"Kalau kepimpinan negara ada masalah, cari solusi masalah itu dan Tun sebagai mantan perdana menteri banyak idea dan pengalaman.

"Kita tak ada matlamat buruk daripada cawangan untuk memburukkan lagi kerajaan. Itu bukan matlamat kita dan kita bukan nak menghentam Umno atau nak tukar kerajaan atau ada konspirasi nak tukar kerajaan. Tidak.

"Kami sayangkan kerajaan dan BN. Kita mahu berjuang untuk BN supaya kekal sehingga pilihan raya akan datang dan seterusnya. Kita mahu BN kekal. Masalah yang ada kini ialah masalah kepimpinan negara. Itu kita kena perbetulkan. Kita perlu perbetulkan demi masa depan Umno itu sendiri," katanya lagi. -MK

18:57 | 0 comments

PKR DAH RANCANG NAK RAMPAS JAWATAN PAS!!!

SEMUT HITAM
PKR DAH RANCANG NAK RAMPAS JAWATAN PAS!!!
Hah! Kan kita dah cakap yang puak - puak PKR tu memang jenis manusia yang lansung tak boleh nak dipercayai. Diorang ni memang terdiri dari kalangan manusia yang MUNAFIK belaka.

Kalau didepan, bukan main lagi diorang ni lembut lidah merayu - rayu supaya puak - puak PAS tu mengubah pendirian dan menyertai Pakatan Haprak Baru yang telah dibentuk minggu lepas.

Semuanya demi nak menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri sebab diorang memang terpaksa Makan Keliling. Kalau tidak, maka parti tu boleh lupakan semua hasrat diorang.

Hakikatnya semua orang tau yang PJR tu parti yang takde sokongan diperingkat akar umbi. Diorang hanya sebuah parti yang sama seperti Kerakap Atas Batu, terpaksa bergantung pada orang lain.

Kalau di Selangor, puak - puak PKR tu terpaksa bergantung kepada sokongan PAS. Tapi di Pulau Pinang, puak - puak PAS tu tak dipandang lansung oleh PKR sebab diorang ada sokongan DAPigs.

Maka sebab itulah kita tengok kenapa Anak Muda Kecoh dan Wanita PKR di Pulau Pinang tu lebih sanggup menjilat bontot, menjadi Pencacai DAPigs dan menghina PAS secara terbuka.

Kesimpulannya, puak - puak PKR tu hanya sekadar nak mempergunakan PAS demi kepentingan Politik Peribadi diorang sendiri je. Kot itu pun kalau PAS masih tak sedar diri jugak, memang tak boleh nak kata apa la. Nampak sangat PAS tu hanya Pak Angguk Saja!!!
BUTTERWORTH - Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR Pulau Pinang hari ini mendesak Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Salleh Man mengosongkan jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang disandangnya.
   
Ketua AMK Pulau Pinang, Asrol Sani Abdul Razak berkata desakan itu wajar kerana Pas tidak lagi bersama dalam pentadbiran kerajaan negeri seperti diumumkan Ketua Menteri Lim Guan Eng.
   
Beliau berkata, pengumuman ketua menteri itu jelas menunjukkan kerajaan negeri tidak mengiktiraf Pas dalam pentadbiran negeri dan Salleh yang merupakan wakil rakyat Pas harus mengosongkan jawatan YDP MAIPP.
18:07 | 0 comments

Isu Murtad: Rahim Thamby Chik Mohon Maaf Kepada Istana Selangor

CELAH GELEGAR
Isu Murtad: Rahim Thamby Chik Mohon Maaf Kepada Istana Selangor

PETALING JAYA: Pengerusi Gabungan Badan Ekonomi Selangor (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik memohon maaf kepada Istana Selangor berhubung status yang mendakwa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah menganut agama Kristian (Katolik) dimuat naik menerusi laman Twitter dan Facebook miliknya. 

Malah, beliau turut mengakui berita tersebut diambil daripada sebuah laman web tidak berasas. 

"Merujuk kepada status saya di Twitter dan Facebook mengenai dakwaan Raja Muda Selangor memeluk agama Katolik, saya mengakui ia dari sebuah laman web tidak berasas. 

"Saya memohon maaf di atas ketidakselesaan Raja Muda Selangor dan Istana Selangor disebabkan status tersebut," katanya menerusi laman Facebooknya, Rahim TambyChik. 

Dakwaan tersebut bagaimanapun dinafikan Istana Selangor dan disifatkan sebagai tidak berasas, tidak benar dan berunsur fitnah. 

Malah, pihak Istana turut membuat dua laporan polis di Balai Polis Seksyen 6 di Shah Alam berhubung berita palsu tersebut. 

Laporan polis itu dibuat oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dan setiausaha sulit putera Sultan Selangor, Hanafisah Jais pada pukul 4 petang Isnin. 

 Menurut dua laporan berkenaan, kedua-dua pengadu berkata, mereka menjumpai status yang dikeluarkan oleh seorang pengguna menggunakan nama samaran "Rahim Tambychik", semasa menggunakan laman sosial itu Istana Mestika di Seksyen 7, Shah Alam pada kira-kira pukul 8 pagi Jumaat lalu. -mstar


17:06 | 0 comments

Dr Mohd Zain Yang Dipertua Waris yang pertama

.
Dr Mohd Zain Yang Dipertua Waris yang pertama
KENYATAAN

Yang Dipertua penaja Warga Alumni Republik Indonesia Sumatera (Waris), Dr Mohd Zain Yusoff telah sah dilantik menjadi Ydp Waris yang pertama. Pemilihan Mohd Zain seorang ahli korporat dan doktor pergigian dibuat dalam mesyuarat agung pertama Waris yang diadakan tanggal 26 September lalu di Kota Bharu, Kelantan.

Barisan pimpinan Waris yang terpilih.
Manakala pegawai tinggi Kementerian Pendidikan Dr Suhami Kadir pula dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua.

Naib Yang dipertua pula disandang oleh Kamaruddin Daud (Dino), ahli perniagaan. Mesyuarat itu juga turut memilih Setiausaha dan penolong Setiausaha. Abdul Patah Ghazali dipilih sebagai Setiausaha manakala penolong Che Yahya Che Soh, seorang Pengetua Sekolah Menengah di Kuala Lumpur.

Untuk jawatan Bendahari dipegang oleh bekas guru Tuan Khatimah Tuan Ibrahim manakala penolong Rosni Ismail yang juga merupakan Pengetua Sekolah di Jeli.

Manakala lima orang ahlijawatan kuasa yang dipilih terdiri daripada, Abd Aziz Omar, Nik Alwan Nik Mohd Amin (keduanya pesara guru). Wan Ruslan Wan Yaacob, (juga Pengetua di Kuala Lumpur), Dr Zuber Hassan seorang pegawai tinggi pendidikan dan Wan Abdul Razak Wan Ishak,  guru.

Mesyuarat agung kali pertama itu dihadiri 24 daripada 54  orang ahli Waris yang berdaftar. Mesyuarat itu  dirasmikan oleh Pegawai Diplomatik dan juga bekas Setiausaha Perdana Menteri, Dr Alies Anor Abdul.

Zain menyampaikan cenderahati kepada Alies.
Penubuhan Waris bertujuan mengeratkan hubungan sesama bekas mahasiswa Malaysia di Sumatera Utara. Terdapat lebih kira-kira 10,000 bekas mahasiswa Malaysia yang menuntut di Sumatera sejak 30 tahun lalu.

Waris dibentuk setahun lalu sebagai menjadi penggerak penubuhan Waris. Sehubungan itu Waris berjaya mengadakan satu pertemuan besar-besaran di kalangan mahasiswa yang menuntut di Sumatera dalam satu himpunan silaturahim di Kota Bharu.

Dengan selesainya mesyuarat agung itu Waris kini telah menjadi sebuah pertubuhan yang berdaftar dan diiktiraf.

Mana-mana bekas mahasiswa dari Sumatera boleh menghubungi Sekretrariat Waris untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Waris dan peranan serta kegiatannya.

YDP Waris, Dr Mohd Zain dalam ucapan penangguhan menggariskan beberapa aktiviti yang akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun ini. Antaranya ialah akan mengadakan kunjung hormat ke atas Duta Besar Indonesia di Kuala Lumpur serta beberapa orang kenamaan yang ada hubung kait dengan kependidikan.

Waris juga akan mengadakan pertemuan dengan Himpunan Mahsiswa Kelantan (Himsak) dan bercadang membuka pejabat bersama di Medan dalam masa terdekat bagi menjadi penghubung dengan mahasiswa Malaysia yang sedang menuntut di Sumatera. Apabila wujud pejabat itu nanti mahasiswa Malaysia yang menuntut di Sumatera seperti di Padang, Medan, Aceh atau Riau langsung boleh mengetahui perkembangan Waris.

Dalam pada itu Waris juga diminta merangka satu program kekeluargaan untuk mempertemu dan merapatkan hubungan anggota Waris dan keluarga pada masa akan datang.

Tahniah kepada pendokong dan pimpinan Waris. [wm.kl.10:57 pm 09/09/15]
08:51 | 0 comments

Popular Posts

Welcome Guys

Blog Archives