Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Adakah Mykmu mengakui bahawa Najib membelanjakan AS$14 juta di Jakel? -Lim Lip Eng

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Adakah Mykmu mengakui bahawa Najib membelanjakan AS$14 juta di Jakel? -Lim Lip Eng

Seorang ahli parlimen pembangkang menggesa gedung fesyen Jakel Trading supaya mengemukakan resit untuk membuktikan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membeli pakaian dan barangan lain sebagai sumbangan kepada kebajikan dan bukan untuk isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Lim Lip Eng berkata demikian bagi menjawab dakwaan portal pro-Umno,Mykmu.net berhubung tindakan Najib antara 2011 dan 2014 yang memindahkan lebih AS$14 juta kepada Jakel.
Memetik sumber, portal itu mendakwa bayaran berkenaan adalah untuk mendapatkan barangan untuk disumbangkan seperti pakaian untuk anak yatim dan mangsa bencana alam serta permaidani untuk masjid.
"Adakah Mykmu mengakui bahawa Najib membelanjakan AS$14 juta di Jakel?" soal ahli parlimen Segambut itu.
Katanya, dengan gaji perdana menteri sekitar RM50,000, Najib tidak mampu membelanjakan jumlah yang sebegitu besar.
"Saya mahu perdana menteri secara ikhlas memberitahu rakyat bagaimana beliau mendapat wang ini," katanya.
Secara sinis, Lim berkata kerajaan perlu menulis surat kepada Guinness Book of Records untuk mencadangkan nama Najib sebagai pemimpin yang telah membuat sumbangan terbesar.
Semalam, Lim membuat laporan polis berhubung jumlah yang didakwa dibelanjakan di Jakel seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Wall Street Journal.
Selepas melawat gedung fesyen itu, beliau mendakwa ada pakaian yang dijual itu mencecah harga sehingga RM10,000 sepasang.
"Jadi, adakah Najib membeli 5,500 pakaian dari Jakel untuk Rosmah dalam tempoh empat tahun? Satu tahun bersamaan 365 hari, yang seterusnya bermakna 1,375 pakaian. Ini adalah kira-kira empat pakaian sehari,” katanya.
Walau bagaimanapun, Mykmu mengkritik media kerana cuba menggambarkan isteri perdana menteri sebagai seorang yang boros.
"Belum ada orang gila beli baju di Jakel berpuluh juta ringgit untuk kegunaan sendiri.
"Jika benar ia pembelian peribadi, berdasarkan harga pakaian Jakel yang merupakan harga dalam kemampuan majoriti rakyat Malaysia, Najib Razak mungkin terpaksa menyewa gudang untuk menyimpan kesemua pakaian tersebut," kata portal itu.
Portal itu berkata setiap tahun perdana menteri, Umno dan NGO mengadakan acara membeli pakaian hari raya untuk anak-anak yatim di Jakel menggunakan sumbangan perdana menteri.
Malaysiakini telah menghantar e-mel kepada Jakel Trading dan sedang menunggu jawapannya. - MK

00:45 | 4 comments

Singgah Makan di Station Kopitiam eCurve

AMIE'S LITTLE KITCHEN
Singgah Makan di Station Kopitiam eCurve
Petang 16 Mac 2016, anak buah sempat bawa kita jalan-jalan di eCurve. Kebetulannya selepas hujan... jalan pun basah. Kita redah saja petang yang redup dan nampak mendung itu.

Tak pasti entah berapa kali pernah jejak kaki di sini sebab anak buah memang rajin bawa kita ke tempat begini.

 Cuma cuci-cuci mata sambil tangkap gambar sekeping dua...

 Melihat suasana kiri kanan... deretan restoran yang menawarkan pelbagai sajian.



 Dah letih berjalan, rasa macam dah tak bermaya nak bergerak.
Kami pun singgah di sini...

 Nampak pelbagai jenis hidangan yang boleh disajikan...
Maklumlah, yang tertatik tentulah mata!




Masing-masing order minuman :
Fruit Juice : RM5.56.
Ice Lemon Tea : RM5.56
Pandan Fibre : RM5.19

 Kita punya minuman : Pandan Fibre. Rasanya? ..........

 Kita punya Fish & Chips.
RM15.56

Anak buah punya BP Pepper Steak.
RM17.45.
Jumlah harga termasuk GST : RM52.28.

Malas dah nak komen apa-apa...
23:45 | 0 comments

Ahli parlimen pembangkang persoal penahaan Rafizi

.
Ahli parlimen pembangkang persoal penahaan Rafizi
SEDUTAN PARLIMEN

Pernahahan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli oleh polis mengikut OSA di perkarangan parlimen petang semalam menimbulkan kemarahan beberapa ahli pembangkang. Mereka mempersoalkan tindakan polis itu sebagai menceroboh hak Parlimen dan meminta supaya Speaker Pendikar Amin Mulia menjaga maruah Parlimen agar tidak dicerohohi secara wewenang.

Mereka juga meminta Pendikar membuat teguran kepada Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar dan mendesak dibawa Rafizi ke Parlimen (bebas) segera.

Antara mereka yang bangun membangkit perkara itu, Johari Abdul (Sungai Petani), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Khalid Samad (Shah Alam), Raja Kamarul Baharin (Kuala Terengganu), Kamaruddin Jaafar (Tumpat), dan lain-lain. Ada ahli yang mendakwa Rafizi tidak perlu ditangkap sebegitu rupa, cukup dengan memanggilnya hadir ke balai sahaja.

Sebelum ini pun sudah beberapa kali Rafizi dipanggil dan tidak pernah menghindarinya.

Rata-rata mereka tidak senang dengan cara polis menjalankan tugas mereka, menangkap Rafizi, dimana ia disifatkan sebagai satu cara untuk mengugut ahli parlimen lain. Sementara itu Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan menyelar tindakan PDRM itu menyifatkan tangkapan ke atas Rafizi dilakukan seperti Gestapo?

Gestapo adalah gerakan Parti Komunis Indonesia (PKI) yang melakukan rampasan kuasa ke atas Suharto.

Pendikar Amin akan membuat ruling berhubung perkara itu dijangka sebelah petang nanti. [wm.kl.12:23 t/hari 05/04/16]
22:54 | 0 comments

[BUKAN REKAAN BARU?]Tudung eksklusif sudah dijual empat tahun lalu?

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
[BUKAN REKAAN BARU?]Tudung eksklusif sudah dijual empat tahun lalu?

Sebuah syarikat tudung eksklusif terkenal dikatakan telah menjual rekaan yang pernah beredar di pasaran sejak beberapa tahun lalu.
Malah, produk syarikat yang mencatat jualan amat laris itu dikatakan mempunyai persamaan dengan reka bentuk pihak lain.
Hari ini, menerusi ruangan Facebook, seorang pengguna akaun bernama Aqilah Amin memuat naik status mengenai rekaan itu.
“Babe @nurshafinazm, kamu ingat tiga atau empat tahun dulu saya ada membeli tudung di Vincci? Mungkin boleh selongkar semula almari dan cari semula tudung ni? Haha,” tulisnya.
Komennya kini mula dikongsi dengan meluas dalam sekelip mata.
Semakan Malaysiakini mendapati rata-rata komen menunjukkan reaksi terkejut kerana tidak menyangka tudung yang dikatakan eksklusif, terhad dan tidak dijual di tempat lain didakwa sebaliknya.

Beli lebih murah
Sementara itu, seorang pengguna Instagram Adieba Zihan pula mendakwa pernah membeli rekaan sama tetapi pada harga jauh lebih rendah.
“Baru perasan koleksi terbaru tudung ni sama dengan yang dibeli dua tahun lepas. Ini bermakna koleksi itu bukanlah terbaru.
“Tetapi yang penting, saya beli tiga, empat kali ganda lebih murah,” ujarnya.
Harga jualan tudung di butik eksklusif itu dijual bermula dengan harga lebih RM100 sehelai.
Terdapat juga pengguna Internet menyifatkan syarikat itu sudah “kantoi” dan justeru pemiliknya tidak harus sombong dan berlagak.
Menerusi semakan didapati sekurang-kurangnya, empat corak rekaan tudung itu yang didakwa mempunyai padanan sama dengan tudung lain.
Untuk satu rekaan mempunyai dua warna.
Rekaan pertama bertanahkan hitam dihiasi corak berbentuk hati yang berwarna merah jambu dan satu lagi putih.
Kedua, bertanahkan merah jambu atau putih, dipenuhi polka dot dan dihiasi riben berwarna putih atau oren.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi pemilik syarikat itu yang kini difahamkan sedang berada di luar negara. - MK
21:55 | 1 comments

20160402-SS DATO DR ASRI-IQ

Onekuliah
20160402-SS DATO DR ASRI-IQ
21:18 | 0 comments

MAK LAMPIR MENGGELUPOR DITUDUH RASUAH!!!

SEMUT HITAM
MAK LAMPIR MENGGELUPOR DITUDUH RASUAH!!!
Heh! Tau pulak Si Mak Lampir tu nak menggelupor biawak menyalahkan orang tak tentu arah bila dia didakwa terlibat dengan rasuah. Tau pulak dia meroyan macam hilang akal dibuatnya.

Itu baru orang mintak pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) buat siasatan bagi menentukan sama ada betul atau tidak dia terlibat dengan rasuah. Pun dia dah menggelabah.

Tapi, kalau dikalangan puak Pakatan Haprak tu buat tuduhan terhadap pemimpin Barisan Nasional, SPRM belum buat apa - apa lagi tindakan pun, diorang dah jatuhkan hukuman sesuka hati.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, Si Mak Lampir tu tampil menafikan bahawa dia terlibat dalam salah guna kuasa dan rasuah berkaitan dengan isu peniaga di Bukit Ampang.
“Kawasan perniagaan itu tidak selamat menjalankan perniagaan, kerana terletak di selekoh dan terdedah kepada kemalangan jalan raya.“Peniaga-peniaga juga menggunakan air bukit di situ yang tidak bersih dan takut dijangkiti virus kencing tikus dan sebagainya. Disebabkan itu, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) tidak benarkan berniaga,” katanya.
Yang herannya, orang berniaga dikawasan tu dah lama. Bertahun - tahun sebelum Si Mak Lampir tu jadi Ahli Parlimen. Tapi kenapa baru sekarang Si Mak Lampir tu nak bising tak tentu pasal?

Selama hari ini, tak pernah pulak ada sebarang laporan yang menyatakan bahawa peniaga dikawasan Bukit Ampang tu merbahayakan sesiapa atau menyebabkan pelanggan mereka sakit.

Takde pulak masuk surat khabar cerita kata ada pelanggan diorang mati kena langgar atau masuk hospital akibat terkena kencing tikus seperti mana yang didakwa oleh Si Mak Lampir tu.

Jadi, yang Si Mak Lampir ni 'Sakit Hati' sangat kenapa? Nampak sangat yang Si Mak Lampir seolah - olah ada muslihat lain ketika mendesak agar peniaga dikawasan tersebut berpindah. Lagi pun, apa yang Si Mak Lampir tu nak TAKUT sangat kalau dia takde buat salah!!!
21:01 | 0 comments

MAKIN KEMPUNAN "KFC" LAGI LA SI NURUL IZZAH NI!!!

SEMUT HITAM
MAKIN KEMPUNAN "KFC" LAGI LA SI NURUL IZZAH NI!!!
Heh! Kesian! Makin menjadi - jadi lagi la meroyan KFC Si Nurul Izzah ni bila dia dengar pengumuman yang dibuat oleh pihak Kerajaan berkaitan dengan status terkini Si Ketua Penipu tu.

Menurut kata Kementerian Luar Negara, Si Ketua Peniputu tak layak untuk menggunakan istilah status sebagai 'Tahanan Politik' kerana ianya tidak mengikut piawaian Hak Asasi Manusia.
"Berdasarkan instrumen antarabangsa, tiada definisi yang diterima pakai secara sejagat berkenaan istilah tahanan politik.
"Kerajaan Malaysia, sebagai panduan, telah merujuk kepada beberapa kriteria penentu dan mendapati bahawa kes Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memenuhi kriteria - kriteria tersebut untuk mentakrifkan beliau sebagai tahanan politik," menurut kementerian itu.
Bahkan Kementerian itu juga menjelaskan, dakwaan kononnya PKR mendapat sokongan dari pihak Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu berhubung status Si Ketua Penipu tu juga adalah tidak benar.
"Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari PBB (WGAD) terdiri daripada lima individu yang dilantik dalam kapasiti peribadi, justeru pendapat oleh kumpulan itu tidak mewakili pandangan mana-mana negara anggota PBB atau PBB sendiri," jelas kenyataan dari Kementerian tersebut.
Tapi hakikatnya, Si Ketua Penipu tu memang Tak Layak dianggap sebagai seorang Tahanan Politik kerana kesalahan yang telah dilakukan juga mendapat hukuman di Negara - Negara luar.

Realitinya, Si Ketua Penipu tu adalah seorang PELIWAT yang telah didapati bersalah melalui sistem perundangan Negara yang dijalankan secara luar biasa biasa bagi seorang pesalah.

Bayangkan. Bagi kes yang membabitkan orang lain, ianya hanya memerlukan masa tak sampai dua atau tiga tahun. Tapi, kes Si Ketua Penipu tu memakan masa bertahun - tahun lamanya!

Penangguhan demi penangguhan telah pun diberikan kepada Si Ketua Penipu tu untuk dia mengumpulkan bukti serta fakta yang dapat dibentangkan bagi memastikan yang dia tidak bersalah.

Tapi MALANGnya, bukan sahaja Si Ketua Penipu tu GAGAL untuk membuktikan bahawa dia bukan seorang PELIWAT. Sebaliknya, Peguam dia sendiri pun mengakui bahawa hubungan LIWAT tu benar - benar berlaku. Itu pun diorang tak boleh nak terima jugak ke!!!
20:03 | 0 comments

Dokumen Panama: ANAK NAJIB SAHKAN laporan tapi sudah tinggalkan syarikat

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Dokumen Panama: ANAK NAJIB SAHKAN laporan tapi sudah tinggalkan syarikat

Anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui terbabit dalam dua syarikat pesisir luar sebagaimana pendedahan Konsortium Antarabangsa bagi Wartawan Penyiasatan (ICIJ) menerusi ‘Dokumen Panama’.
Dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya, Datuk Mohd Nazifuddin berkata, beliau memegang jawatan pengarah dalam dua syarikat yang berpangkalan di Kepulauan Virgin British (BVI) iaitu Jay Marriot International dan PCJ International Venture Limited.
Tanpa menyatakan jumlah saham yang dimilikinya, beliau berkata, pada 2009 beliau adalah salah seorang daripada dua pengarah, termasuk Ch’ng Soon Sen, dalam Jay Marriot International.
“Bagi syarikat PCJ International pula, syarikat itu adalah ditubuhkan bersama dengan seorang pemaju Megat Daniff Shahriman Zaharudin,” katanya sambil mendakwa beliau tidak lagi terbabit dalam kedua-dua syarikat itu.
Mohd Nazifuddin anak kedua Najib bersama isteri pertamanya berkata, beliau telah memindahkan semua saham miliknya kepada kakak Soon Sen dan meletak jawatan pada tahun 2011.
Bagi PCJ International pula beliau berkata, syarikat ini ditutup setahun selepas pembentukan pada 2013 kerana tiada urusan dan transaksi perniagaan yang berlaku sejak penubuhan.
Sambil menyifatkan kebocoran maklumat ini adalah satu bentuk serangan besar terhadap hak peribadi individu dan syarikat, beliau berkata:
“Telah menjadi satu kebiasaan di mana pihak-pihak tertentu akan mengambil kesempatan untuk membangkitkan isu ini seolah-olah saya telah melakukan satu kesalahan atau jenayah. Ia tidak menghairankan saya jika ada pihak yang akan mempolitikkan perkara tersebut dalam usaha untuk memburukkan nama saya.”
Ahad lalu, dunia digemparkan apabila ICIJ menyiarkan satu pendedahan besar menerusi dokumen bocor yang mereka peroleh, berkaitan aktiviti ratusan individu tertentu, termasuk dari Malaysia yang menyembunyikan ‘kekayaan’ mereka.
Digelar ‘Panama Papers’ atau ‘Dokumen Panama’ sempena aktiviti kewangan yang berlaku di Panama – negara di 
Amerika Tengah dan ICIJ memperoleh 11.5 juta fail mengenai individu yang ‘menyembunyikan’ kekayaan sambil mengelak daripada membayar cukai.
Pakatan media melaporkan bahawa sebuah firma undang-undang Panama membantu individu terbabit untuk 
menubuhkan syarikat dan akaun pesisir luar bagi menyembunyikan wang.
Jutaan fail itu yang mana bertarikh sejak empat dekad lalu, didakwa ada kaitan dengan firma undang-undang 
Panama – Mossack Fonseca. ICIJ melaporkan bahawa firma berkenaan membantu menubuhkan syarikat rahsia dan 
akaun pesisir luar kepada pelanggan mereka di seluruh dunia.
18:57 | 0 comments

AHLI PARLIMEN DAPigs GEMBIRA, SIASATAN PAC SELESAI!!!

SEMUT HITAM
AHLI PARLIMEN DAPigs GEMBIRA, SIASATAN PAC SELESAI!!!
Huh! Pening Kepala Lutut Si Tony Puaka tu dibuatnya apabila Ahli Parlimen Veteran DAPigs ni kelihatan cukup gembira apabila hasil siasatan PAC mengenai isu 1MDB selesai dibuat.

Kalau kita baca kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen DAPigs Kepong ni, memang nampak sangat yang dia rasa 'Bersyukur' kerana hasil siasatan PAC tu akan dibentangkan di Parlimen.

Sewaktu dalam satu sidang media semalam, Tan Seng Giaw menyatakan bahawa dia sendiri tidak sabar - sabar untuk menunggu pembentangan hasil siasatan PAC berhubung isu 1MDB tu.
"Jika tiada sebarang kecemasan atau hal-hal lain, memang hasrat kita untuk bentangkan laporan itu Khamis ini, tetapi bergantung pada banyak perkara termasuk pindaan di saat akhir dan percetakan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Jika selama hari ini, Si Tony Puaka serta beberapa orang pemimpin dari kalangan Pakatan Haprak tu sering kali menyerang 1MDB dengan pelbagai dakwaan yang tidak berdasarkan kepada fakta.

Sebaliknya mereka hanya membuat tuduhan dengan tujuan untuk mengelirukan rakyat agar membenci tindakan pihak Kerajaan Pusat yang telah menubuhkan syarikat pelaburan strategik itu sebelum ini.

Bahkan sebelum ini, Si Tony Puaka tu menjadi diantara Jaguh Kampung yang paling lantang berkokok mempertikaikan isu berkaitan dengan 1MDB walaupun dia merupakan ahli Jawatankuasa PAC.

Malah, Si Tony Puaka tu juga turut menanggung kemaluan apabila terpaksa melarikan diri dari menyahut cabaran untuk berdebat dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB yang dibuatnya sendiri!!!

Itu membuktikan bahawa Si Tony Puaka tu hanya sekadar berani berkokok tak tentu arah tapi mula Kecut Buah Kerandut apabila nak berdepan dengan Kebenaran. Kalau dah dasar Pembohong tu, memang payah la nak diubah!!! Bercakap je pandai, tapi habuk pun tarak!!!
17:12 | 0 comments

KJ Pertahan Anak Najib, Nazif yang Tersenarai dalam Panama Papers

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
KJ Pertahan Anak Najib, Nazif yang Tersenarai dalam Panama Papers

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin tampil mempertahankan anak lelaki Perdana Menteri, Mohd Nazifuddin Mohd Najib yang dikaitkan dengan syarikat pesisir pantai seperti yang didedahkan menerusi dokumen ‘Panama Papers’.

Ujarnya, Nazifuddin tidak semestinya melakukan sebarang kesalahan walaupun namanya tersenarai dalam satu kebocoran maklumat besar-besaran dari firma undang-undang berpusat di Panama itu.

Tambahnya lagi, maklumat yang bocor itu membabitkan terlalu ramai individu termasuk pemain bola sepak terkemuka dunia, Lionel Messi.

“Terlalu banyak maklumat yang bocor di sana sehingga kita tidak tahu keseluruhan isi kandungan maklumat itu.
“Bahkan, nama Lionel Messi juga ada. Jadi, janganlah secara automatik kaitkan sesiapa melakukan kesalahan jenayah,” katanya memetik sumber freemalaysiatoday.

Terdahulu melalui pendedahan dokumen itu, Mohd Nazifuddin dikatakan menjadi pengarah dalam dua syarikat di British Virgin Islands (BVI), iaitu Jay Marriot International and PCJ International Venture Limited.

Tegasnya lagi, kebanyakkan ahli perniagaan telah menubuhkan ‘offshore’ di luar pesisir pantai sebelum melibatkan diri dalam politik.

“Kebanyakkan mereka menubuhkan ‘offshore’ untuk banyak tujuan, dan salah satu untuk tujuan perniagaan. Sesetengah ahli perniagaan ini sudah melibatkan diri dalam perniagaan sebelum menyertai politik,” katanya.

Jelas Khairy lagi,beliau tidak mengetahui jenis tindakan yang akan diambil kerajaan Persekutuan terhadap kebocoran maklumat berkenaan.

Terdahulu, pada Ahad kumpulan media mula mendedahkan keputusan siasatan selama setahun mengenai 11.5 juta dokumen daripada firma guaman Panama, Mossack Fonseca, yang pakar dalam mewujudkan syarikat luar pesisir.

Beberapa negara juga mula menjalankan siasatan mengelakkan cukai selepas kebocoran maklumat sulit mengenai urusan kewangan luar pesisir membabitkan ahli politik dan selebriti. -FMT
10:09 | 0 comments

Nasi Lemak Babah

AMIE'S LITTLE KITCHEN
Nasi Lemak Babah
Pagi 17 Mac 2016.
Mundar-mandir... bersendirian di KLIA 2.
Masih awal... baru pukul 7.00 pagi. Kita terbang 10.50....

Sebelum check in, kita singgah sebentar isi perut di Bibik .
Kita pesan Nasi Lemak Babah dengan teh panas.
Duduklah kita seorang diri di sudut restoran....

 Inilah rupa Nasi Lemak Babah (Baba +Nyonya) yang dihidangkan.

 Memang penuh sepinggan!
Ada keropok.
Ada rendang ayam.
Telur ayam goreng sebijik!

 Selain hirisan timun, ikan bilis goreng dan kacang tanah goreng, sambal tak tinggal!
Sambal tumis udang dengan petai.....

 Tak habis kita makan sorang-sorang....
Tapi kita rasa teruja sebenarnya tak melihat dan merasai sendiri kelainan hidangan nasi lemak kita dengan nasi lemak nyonya.

Sepinggan berharga RM13.80 sen.
Secawan teh panas berharga RM3.70 sen.
GST sebantak RM0.99.
Jumlah : RM17.50.

Kita duduk di sudut tu... yang ada sebuah kerusi dan sebuah meja. Kita suka suasana di KLIA 2 sebab nampak lebih meriah dan banyak benda yang boleh kita tengok, tapi pada masa yang sama kita teringat-ingat rendang daging pedas yang selalu kita nikmati di Medan Selera KLIA 1.... yang kita rasa sangat sedap pada selera kita!
08:48 | 0 comments

AZMIN MASIH BELUM "AKIL BALIGH" RUPANYA!!!

SEMUT HITAM
AZMIN MASIH BELUM "AKIL BALIGH" RUPANYA!!!
Heh! Patut la Si Menteri Besar Selangor tu selalu tunjuk perangai macam budak hingusan je. Rupanya, dia masih belum cukup 'Akil Baligh' lagi. Tapi nafsu mengalahkan Si Ketua Penipu tu.

Sehinggakan Si Khalid Ibrahim meluahkan rasa terkilan terhadap penggantinnya itu yang dianggap tidak matang serta mempunyai unsur dendam ketika persidangan Dewan Negeri Selangor.

Menurut Khalid, setelah melemparkan tuduhan yang tidak berasas ketika membuat ucapan penggulungan minggu lalu, Azmin enggan membenarkan dia untuk menjelaskan tentang perkara sebenar.
“Dalam kenyataan beliau sebelum ini, antara lain beliau mendakwa saya telah menawarkan aset lebihan bernilai RM460 juta secara rahsia kepada Puncak Niaga Sdn Bhd hingga menyebabkan nilai pengambilalihan ekuiti melonjak dari sekitar RM1.5 bilion kepada RM2.01 bilion.“Oleh kerana saya tidak hadir atas faktor kesihatan pada waktu tersebut, saya terus menyatakan kesediaan untuk membantu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) sekiranya mereka mengambil keputusan untuk membuat siasatan kerana rakyat berhak mendapat kebenaran hakiki,” katanya menerusi laman sosial Facebook hari ini.
Sebelum ini, Azmin menggesa agar satu siasatan segera terhadap Khalid dilaksanakan berikut wujudnya dakwaan penawaran aset secara rahsia kepada Puncak Niaga Holdings Sdn Bhd.

Dalam pada itu, Khalid juga turut menafikan bahawa dia tidak pernah sama sekali membuat sebarang tawaran secara rahsia seperti mana yang telah didakwa oleh Si Menteri Besar Selangor tu.

Malah, kata Khalid, tatacara dalam pengambil-alihan Syabas dan Puncak Niaga hanya sekadar melibatkan aset air Syabas manakala aset lain dipulangkan kepada Puncak Niaga Sdn Bhd.

Selain itu, Khalid yang juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak turut memaklumkan bahawa pendekatan seumpama ini telah dipersetujui sepenuhnya oleh pihak Kerajaan Persekutuan.

Katanya, sebelum tahun 2007, Selangor telah memberi kebenaran kepada Puncak Niaga dan Syabas untuk meneruskan aktiviti perniagaan mereka yang tidak melibatkan industri perkhidmatan air.
“Kerajaan Persekutuan bersetuju agar Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) menyalurkan RM2 bilion kepada Selangor bagi menanggung bayaran pampasan ekuiti kepada keempat-empat syarikat air.“Saya sebenarnya agak curiga dengan semua kenyataan dan tindak-tanduk beliau (Azmin) yang dilihat menjurus kepada cubaan mencari justifikasi untuk membayar pampasan lebih tinggi kepada Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (Splash) iaitu satu-satunya syarikat konsesi yang masih berdegil untuk diambil alih oleh Kerajaan Negeri,” katanya.
Tambahnya, proses penstrukturan semula industri air Selangor perlu diselesaikan dengan segera pada harga keseluruhan tidak boleh melebihi RM9.65 bilion kerana ia bakal membebankan rakyat.

Apa yang jelas, tindakan Si Azmin tu membuat dakwaan dan tuduhan terhadap Khalid Ibrahim hanya sekadar untuk menutup ke-LEMAH-an dan ke-GAGAL-an dirinya sendiri sebagai seorang Menteri Besar. Dia yang tak reti buat kerja, sekarang nak tuduh orang pulak!!!
07:48 | 0 comments

IGP sahkan Rafizi ditahan di bawah OSA

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
IGP sahkan Rafizi ditahan di bawah OSA

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.
“Sahkan bahawa YB Rafizi Ramli telah ditahan sebentar tadi, di luar bangunan Parlimen dan akan disiasat di bawah Sect 8 OSA,” tulis Khalid di twitter.
Akta Rahsia Rasmi adalah akta yang diwujudkan khusus untuk mengelakkan kebocoran rahsia rasmi yang "memudaratkan keselamatan atau kepentingan negara".

Seseorang yang didapati bersalah di bawah Seksyen 8 (1) dan (2) OSA boleh dipenjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak melebihi tujuh tahun.
Rafizi ditahan dipercayai kerana mendedahkan dokumen Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mendakwa ia membuktikan hubungan antara 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Pendedahan maklumat sulit itu diklasifikasikan sebagai OSA 1972.
Dakwanya, kaitan itu mungkin menjejaskan keupayaan LTAT untuk membayar pampasan atau gratuiti kepada veteran tentera yang telah bersara.
Malaysiakini tidak memiliki dokumen itu dan tidak melaporkan penjelasan lanjut Rafizi pada sidang medianya kerana kekangan undang-undang.
Khalid yang memberi respon perkara itu berkata sekiranya terbukti bahawa dokumen tersebutdiklasifikasikan sebagai rahsia, polis juga akan menyiasat pihak yang membocorkannya.
Rafizi turut menyatakan kesediaan direman kerana mendedahkan dokumen bawah OSA dengan syarat Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy turut berdepan hukuman sama sama.
Anggota Parlimen Pandan itu turut mendesak Khalid memberi jaminan tersebut kepadanya.
Selain Rafizi, ahli PAC dan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua juga adalah pengkritik lantang 1MDB, yang merupakan cetusan idea Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
1MDB, bagaimanapun, mendakwa tuduhan terhadap firma itu adalah bermotifkan politik. -MK
07:12 | 0 comments

Sebelum ditangkap Rafizi sudah bersedia

.
Sebelum ditangkap Rafizi sudah bersedia
TERKINI

Rafizi berucap pada Kongres Rakyat.
Polis ada hak mengikut kuasa dan undang-undang yang ada kepadanya untuk menangkap dan menyiasat Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli. Rafizi sendiri juga bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.

Sebelum ini berbagai tindakan dikenakan ke atasnya, termasuk laporan polis ekoran keberanian dan kelantangan membongkar penyelewengan demi penyelewengan membabitkan pemimpin kerajaan.

Sebelum ini pun beliau sudah beberapa kali "dijemput" polis.

Namun beliau tetap dengan tugas dan tanggungjawabnya. Rafizi tidak sedikit pun terkesan dengan apa yang yang diterimanya. Beliau seolah seronok bermain dengan ombak perjuangan. Rafizi adalah penjelmaan Hang Nadim moden yang perlu dibanggakan.

Bahkan pernah dalam satu percakapan dengannya, beliau membayangkan ada usaha untuk memenjarakannya dan melucutkan kedudukan sebagai ahli parlimen.

Petang ini, sebaik keluar dari Parlimen, Rafizi ditangkap dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana dikatakan mendedahkan dokumen yang diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi. Apakah penahanan Rafizi hari ini sebagai pemulaan untuk menyekat dan menghentikan kelantangan ahli parlimen berkenaan? Atau pun memberi isyarat kepada pemuka-pemuka lain agar berwaspada?

Saya rasa tidak. Sebagai anak muda berjiwa Jebat yang telah mempersiapkan dirinya untuk menjadi pejuang rakyat, beliau sudah bersedia segala-gala baik dari segi mental dan fizikal. Sebelum mencecah kaki ke air dia sudah tentu menyukat dalam atau tohor lautan yang bakal diharunginya.

Rafizi bukan seperti sesetengah lelaki lain yang rapuh dan teruja dengan upah. Dia pun boleh mencari senang kalau dia mahu dengan menghentikan segala kritikan dan pendedahannya yang menyakitkan hati Najib Razak dan Rosmah.

Kalau dia bersedia berbuat begitu tentu dia akan diraikan. Tetapi tidak begitu dengan Rafizi. Semangat dan kecekalan yang ada kepada pemimpin ulungnya yang juga mentornya, Anwar Ibrahim mungkin menjadi azimat kepadanya.

Keberanian, ketegasan dan keulitan Anwar telah memasuk ke dalam dirinya. Rafizi adalah juga bayangan Anwar.

Tahan dan siasatlah Rafizi. Cuma apa yang diharapkan semoga pihak berkuasa berlaku adil terhadapnya. Jangan pula sejarah akan mencatat sesuatu yang kotor kerana ia mencemarkan nama baik negara dan pemimpin pada periode ini.

Kita tidak mahu peristiwa malang dan sedih yang pernah menimpa bekas TPM Anwar Ibrahim pada tahun 1997 dahulu akan berulang kembali. Anwar yang tangannya bergari ditumbuk sehingga lebam biji mata. Masihkah kita ingat? [wm.kl.8:09 pm 05/04/16]
05:54 | 0 comments

Rafizi DITAHAN POLIS Sejurus Keluar Parlimen Hari Ini

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Rafizi DITAHAN POLIS Sejurus Keluar Parlimen Hari Ini

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dikatakan ditahan oleh polis sejurus keluar dari Parlimen hari ini.
Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Ahli Parlimen pandan itu ditahan di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi kerana mendedahkan dokumenrahsia.
Sebelum ini, Rafizi mendedahkan dokumen Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mendakwa hubungan antara 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Pendedahan maklumat sulit itu diklasifikasikan sebagai Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.
Rafizi turut berkata beliau bersedia untuk memberikan kenyataan mengenai perkara itu kepada jabatan siasatan jenayah komersial.
Beliau juga menyatakan kesediaan direman kerana mendedahkan dokumen bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), dengan syarat Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy turut dilayan sama. -MK
04:48 | 0 comments

Ayam Masak Kurma Pedas : Mommy Masak Apa Pun Sedap!

AMIE'S LITTLE KITCHEN
Ayam Masak Kurma Pedas : Mommy Masak Apa Pun Sedap!
Sebaik kita melangkah masuk ke dalam rumah, kita terus tanya Fuad. : Dah makan belum?
Fuad jawab : Belum.
Kita buat arahan : Keluarkan ayam dari peti sejuk. Rendam bagi lembut.
Fuad : Masak kari ya Mommy.
Kita tak menyahut. Badan terasa letih. Kita berehat seketika, tapi taklah sampai terlelap.
Tak lama kemudian kita tanya Fuad : Ayam dah lembut ke?
Fuad : Sudah.
Kita pun ke dapur. Masak nasi. Kemudian kita potong-potong dan bersihkan daging ayam. Kita tengok dalam peti sejuk... ada santan kotak lebihan kelmarin. Kita jeling dalam bekas tupperware... nampak pembungkus serbuk kari. Kita pun terus kupas bawang, hiris halia dan kisar cili. Seperti biasa, kita masak main campak-campak. Mana yang ada depan mata itulah yang kita curah dalam kuali.
Segala bahan penumis sudah siap ditumis serta terbit baunya dari atas dapur. Kita tambahkan cili kisar. Kita tumis sambal pecah minyak. Lepas tu kita pun buka penutup tupperwre, keluarkan bungkusan serbuk kari. Alamamaaakkkkk... bukan serbuk kari laaaa.... serbuk rempah kuma! Hmmmm.... nak buat macamana?
Kita pun curahkan sajalah serbuk rempah kurma dalam kuali... perlahankan api dan sebatikan segala bahan tumisan tadi. Lepas tu kita masukkan daging ayam dengan kentangnya sekali. Fuad muncul. 
Mommy tak jadi masak kari laa dik... rupanya rempah kari dah habis. Mommy masak kurma tapi pedas! Cuba rasa sikit...
Kita hulurkan sudu kecil berisi sedikit kuah kepada. 
Mmmmm.... sedap!
Betul sedap? Tak rasa ganjil?
Sedap Mommy! Saya suka. Apa pun yang Mommy masak, masakan Mommy semuanya sedap!


Maka...
Jadilah Ayam Masak Kurma Pedas.

1 kg daging ayam - potong menjadi 10 bahagian
60 gram serbuk kurma
200 ml santan pekat
500ml air
4 biji kentang - kupas - potong 2
1 sudu teh pati asam jawa
5 sudu besar minyak 
garam / gula  / perasa pilihan
1 biji limau nipis - perah jusnya

Bahan kisar:
10 biji cili kering3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 cm halia

Bahan penumis:
1 labu bawang besar
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan penumis hingga wangi.
2. Masukkan bahan kisar dan gaul sebati bersama bahan penumis.
3. Kemudian masukkan rempah kurma. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air.
4. Masukkan daging ayam, dan perlahankan api. Masak sehingga daging ayam menjadi layu dan mengeluarkan air.
5. Masukkan kentang dan seterusnya tambahkan air.
6. Masak sehingga daging ayam dan kentang empuk dan kuah menjadi empuk.
7. Masukkan santan pekat.8.Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
9. Akhir sekali tuangkan perahan jus limau nipis.
10. Kacau sekali dua, padamkan api dapur.

MORAL OF THE STORY:
Rasa sedap itu disebabkan rasa kasih sayang di antara ibu dan anak.....





03:54 | 0 comments

GUAN ENG TENGAH BURU "HANTU" DALAM PEJABAT!!!

SEMUT HITAM
GUAN ENG TENGAH BURU "HANTU" DALAM PEJABAT!!!
Heh! Dengar ceritanya sekarang ni, pejabat Si Guan Eng tu mula berhantu. Banyak cerita - cerita dalam kelambu terlepas keluar dan mula tersebar dikalangan rakyat secara terang - terangan.

Seperti mana yang telah kita perkatakan dan dijangkakan, lagi banyak bukti terbaru menyusul dalam skandal salah laku serta penyalahgunaan Kuasa Si Tokong DAPigs tu terdedah.

Walaupun pada ketika ini Si Lim Guan Eng tu masih menyalak tentang PERDA, dia juga dilihat cuba nak mempertikaikan kebijaksanaan pengurusan orang Melayu dalam urusan hartanah.

Hakikatnya, pengurusan PERDA cukup bermurah hati menjual tanah mereka secara murah kepada syarikat konsensi yang bersetuju untuk membeli, dan kemudian memajukannya untuk kebajikan rakyat.

Dan sebahagian daripada tanah PERDA itu telah diperuntukkan untuk membina projek Perumahan Mampu Milik untuk rakyat yang berharga diantara RM42,000 sehingga RM200,000.

Ianya adalah sesuatu yang tidak dapat dilakukan atau difikirkan dengan bijak oleh Si Lim Guan Eng tu walaupun dia bergelar seorang akauntan dan merupakan anak kesayangan Lim Kit Siang.

Isu sekarang bukan lagi hanya berkisar tentang Phang Li Koon dan pembelian rumah banglow mewah dibawah harga pasaran di No.25, Jalan Pinhorn yang berharga RM2.8 juta...

RM2.8 juta itu terlalu kecil untuk menutup pembohongan dan penipuan Si Lim Guan Eng ni. Isu sebenarnya adalah pendedahan tentang siri penjualan tanah Negeri kepada syarikat-syarikat yang amat diragui.

Perkara itu yang mula ditakuti sangat dan sedang menghantui Si Lim Guan Eng pada ketika ini sehingga membuatkan dia mula terasa Fobia untuk berada dikhalayak ramai secara terbuka.

Sepertimana takutnya Lim Guan Eng jikalau isu yang ada sekarang, mula merebak kepada bayaran lebih RM300 juta untuk feasibility studies terowong dasar laut untuk sebuah syarikat 'misteri', yang mana pembayaran penuh didakwa telah dibuat.

Blog The Devoured Saviour mendedahkan Si Guan Eng tu juga pada ketika ini sedang ketar lutut dan menggelupor biawak takut - takut kalau ada yang tau mengenai salah laku yang dibuat.

Blog itu juga turut melampirkan bukti penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang berlaku dalam urus tadbir Si Guan Eng tu di Pulau Pinang berkaitan beberapa projek Meganya.

Apa yang jelas, Si Guan Eng tu sekarang ni berada dalam keadaan yang tidak keruan apabila satu persatu skandal yang berkaitan dengan dirinya mula terdedah kepada umum. Jadi, tak heran la kalau kita tengok muka Si Guan Eng tu semakin pucat macam orang baru lepas tengok hantu!!!
03:09 | 0 comments

[DUNIA AKHIR ZAMAN] Serbu Majlis Mak Nyah, Peguam, Siti Zabedah Kasim Pertimbang Saman Jawi

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
[DUNIA AKHIR ZAMAN] Serbu Majlis Mak Nyah, Peguam, Siti Zabedah Kasim Pertimbang Saman Jawi

PETALING JAYA: Peguam, Siti Zabedah Kasim sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) susulan serbuan yang dilakukan ketika acara mengumpul dana bagi komuniti transgender.
“Kami sedang mengumpul peguam untuk merangka pelan tindakan seterusnya.
“Kami akan menyaman bukan sahaja Jawi, tetapi mana-mana pihak terlibat dalam insiden itu,” katanya kepada The Star Online pada Selasa.
Dilaporkan kira-kira 10 pegawai Jawi hadir pada majlis berkenaan yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara pada Ahad pada pukul 10 malam.
Siti Zabedah yang menerima anugerah The Star’s Golden Hears tahun lalu berkata, pegawai terlibat telah menghalang semua laluan dan menjadikan mereka umpama banduan.
Beliau turut menghubungi pihak polis bagi memaklumkan kejadian itu.
Penganjur majlis berkenaan yang dikenali sebagai Ira ditahan Jawi dan dibebaskan pada hari berikutnya.
“Ada beberapa isu yang perlu diketengahkan termasuk prosedur penahanan dan menyerbu ruang majlis yang tidak dipatuhi pihak berkuasa agama itu,” katanya.
Menurut Siti Zabedah lagi, pegawai Jawi memberitahu bahawa Ira akan didakwa pada 5 Mei ini kerana mengingkari arahan pihak berkuasa agama dan menggalakkan maksiat mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan 1997.
-mstar
02:08 | 0 comments

Kisah Cendol Mangga, Aku dan Kawan-Kawan!

AMIE'S LITTLE KITCHEN
Kisah Cendol Mangga, Aku dan Kawan-Kawan!
Petang itu... 14 Mac 2016.
Hasrat untuk menikmati cendol mangga terpaksa dibatalkan. Yan kata ada cendol mangga... aik? Dah cendol bermangga pula ya? Anak buah bawa kita ke merata simpang. Bonda pesan, nanti sampai simpang sekian-sekian, ada orang jual cendol bawah pokok. Dah 4 simpang dilalui tapi tak nampak bayang orang jual cendol! Kita pun terus membelah jalan melintasi jalan tali air...
Esoknya... sewaktu kita melawat Mak Cik Asmah di Hospital Shah Alam, Yan mesej... Yan kata petang nanti kita ramai-ramai makan cendol mangga. Dalam perjalanan pulang, kami pun berbalas mesej untuk memastikan tempat tersebut. Yan kata, mereka akan tunggu sampai kita datang. Yan kata lagi, nak pesan dengan tuan punya warung supaya tinggalkan cendol untuk kita! Maklumlah... pada masa yang sama, kita nak bawa Bonda kita jalan-jalan cari kambing bakar di Meru. Malamnya pula kita ada temu janji dengan kawan baik kita yang lama sangat kita tak jumpa.
Rupanya warung cendol mangga yang Yan maksudkan letaknya di simpang jalan sanun... melewati depan rumah Bonda.... adeeeehhhh! Ketika kita sampai, kawan-kawan sudah agak lama menunggu di situ! Syukurlah... sampai juga kita di sana. Bukan tempat lain pun... tempat kita selalu ulang-alik ke kebun masa kecik-kecik dulu! Tapi... sekarang semuanya sudah berubah... maklumlah...hampir 24 tahun kita merantau tinggalkan kampung. Balik pun sekali-sekala saja!

 Sebenarnya Ais / ABC Mangga!
Bukannya Cendol Mangga.... ha ha haaaaa!
Yaaannnn.....!

Warung tu letaknya berhadapan dengan rumah ungu bertingkat. Bonda kata itulah rumah Wak Amat Bilis.


Muna sampai awal. Katanya, sempat habis semangkuk ais mangga sementara menunggu kami tiba. Terima kasih Muna, sudi luangkan masa bersama pada petang itu.

Inilah baru namanya cendol!
Tak pula dibubuh mangga atas cendol tu Yan.
Yaannnnnn!
Atas cendol tu biji selasih Yan! Bukan mangga... ha ha hahaha!

 Lepas kita sampai, barulah Yan muncul dengan aiskrim coki-cokinya!

 
Tengok aiskrim coki-coki yang Yan bawa ni.... aiihhh nostalgik betul!

 Terima kasih Aznoor. Sudi santai petang di warung hujung kampung!

Terima kasih banyak Zamri Marsid, sudi datang dari Klang ke Kampung Bukit Hijau. Esok kita dah nak terbang ye...

Tidak ketinggalan, Pak Lurah @ Ketua Kampung Bukit Hijau... Encik Zainudin Supangat yang turun padang menyertai kami. Beliau ni bukan sebarang ketua kampung ye... sebab beliau satu-satunya kawan sekolah kami (satu kelas) yang jadi ketua kampung! Beliau ni seingat kita... tersangatlah pendiamnya! Rupanya diam-diam berbakat menjadi seorang pemimpin! Alhamdulillah... moga Kampung Bukit Hijau terus aman damai di bawah pimpinan beliau!

Tiba-tiba muncul Zaid.... jiran dan teman sepermainan kita semasa kecil dulu. Syukur Alhamdulillah... dah usia-usia kami begini, akhirnya dapat bersua kembali... Yang comel di pangkuan Zaid tu bukan anaknya tau, itu cucunya......! Zaid dah ada dua orang menantu! He he heee.... kita lum lagi...hiks!

Petang itu, kita tak dapat sembang lama sebab janji kita dengan anak buah dan adik bongsu nak bawa Bonda makan kambing bakar.

Jadi... setakat itulah sahaja tempoh pertemuan kami... setelah lebih 35 tahun tak bertemu!

Kita sempat ke sekolah.... tangkap beberapa keping gambar yang mana dapat. Lepas itu barulah meneruskan perjalan ke Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara di Jalan Kassim, Meru.


Malam itu... selepas makan kambing bakar, kita berkejar dari Meru ke Kampung Bukit Cherakah.... berhenti depan sekolah lama... Sekolah Kebangsaan Dato Maharaja Lela. Tepat seperti yang kita janjikan, kita sampai di situ sebelum pukul 8.30 malam. Akhirnya dapatlah bertemu dengan salah seorang rakan baik kita...... Hasnah Hamzah (gambar) yang manis itu!.

Hasnah... terima kasih belanja makan Mee Ladna di Aroma Ikan Bakar, Jeram.
Mudah-mudahan kita dapat berjumpa lagi. In shaa Allah.
Malam itu... Hasnah hantar kita sampai depan rumah tepat pukul 10 malam, tapi kami sambung sembang dalam kereta sampai pukul 11.45 malam!
Malam itu... kita tidur dengan pelbagai mimpi...tentang masa lalu yang indah-indah sewaktu di bangku sekolah!

Esok pagi...
Kita kelam kabut belum siapkan beg pakaian dan sebagainya.
Anak buah kita sudah datang ke rumah Bonda, nak bawa kita ke Subang... tempat tinggalnya. Esok pagi, jam 4... sebelum ke tempat kerja, anak buah akan hantar kita ke KLIA. Dalam kita sibuk-sibuk mengemas barang, sempat pula anak buah dan adik bongsu (yang muncul tiba-tiba dari Meru) bercerita tentang ais mangga di warung hadapan rumah Wak Amat Bilis. Anak buah pecut ke sana dan beli entah berapa bekas ais itu dan ais ini. Kita tak sempat jamah yea...
Ketika kita dalam perjalanan, 4.34 petang tiba-tiba dapat mesej dari Zaid:
Zaid : Assalam... tgh lapang ke?
Kita  : Waalaikumussalam... dah nak jalan.
Zaid : Roziah Saad... Siti Raidah... Rozita Sahar... nak jumpa.
Kita  : Ikut anak buah balik Subang...sok pagi terbang.
Zaid  : Oo...ok
Kita  : Maaf ye byk2... dah sampai ujung kg...
Zaid  : Kita org kat cendol semalam...

Ya Allah.....
Jika dengan izinmu jua...Kun faya kuuuunn.... Jadi! Maka jadilah!
35 tahun! 35 tahun lamanya kita tak berjumpa!
Kesempatan itu emas!
Pertemuan itu rezeki!
Reunion p[ada 12 Mac 2016... Siti Raidah dan Roziah Saad tidak dapat menghadirkan diri!
Arah kereta yang bertentangan boleh diubah ke posisi yang kita kehendaki.
Ya Allah... moga ada rezeki untukku...untuk kawan-kawanku... Siti Raidah, Ruziah Saa dan Rozita Sahar untuk bertemu! 
Entah bila akan ada peluang seperti ini.... benar esok pagi aku akan terbang, tapi petang ini masih ada kesempatan!
Kereta membelok arah selatan....

Inilah wajah-wajah yang kurindui....!

 Siti Raidah,

 Roziah Saad.

Rozita Sahar.

Pertemuan di hujung jalan...  tidak lebih dari 3 minit!
Terima kasih banyak Zaid... akhirnya kami dapat bertemu jua!

Adik empunya warung tu kata:
Nanti kami namakan warung ini Warung Reunion....ha ha haaa... maklumlah dari kelmarin mereka menyaksikan kami di situ. Ditambah pula suasan yang sungguh mengharukan sebentar tadi... tak puas rasanya memeluk dan memandang wajah teman-teman!


Yaaannnn...
Cendol Mangga pun okey gak....
Yang penting inilah warung tempat kita gurau-gurau dan bertemu kawan lama!


Oooo yaaa!
Kalau anda ingin ke Kuala Lumpur atau ke Puncak Alam, ikut jalan dari Ijok dan Parit Mahang atau dari arah Kuala Selangor, bolehlah singgah di warung ais mangga ini yang terletak di Jalan Rizab Zazuli, Kampung Bukit Hijau, Jeram, Selangor.


00:46 | 0 comments

Popular Posts

Welcome Guys

Blog Archives