Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[VIDEO][ZAHID JAWAB ISU PERKAHWINAN ANAK] Zahid: Biar Tuhan balas Shahbudin bila anaknya kahwin

CELAH GELEGAR
[VIDEO][ZAHID JAWAB ISU PERKAHWINAN ANAK] Zahid: Biar Tuhan balas Shahbudin bila anaknya kahwin

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan bahawa beliau telah menghadiri majlis perkahwinan anaknya di Jakarta semasa lawatan rasminya di Indonesia bulan lalu.

Berang dengan tulisan Shahbudin Husin di blog, berhubung isu perkahwinan anaknya di Indonesia, Zahid berharap agar Tuhan membalas ahli Umno itu apabila anaknya berkahwin kelak. -KiniTv


22:46 | 0 comments

TAKKAN DENGAN POMPUAN PUN DIA TAKUT???

SEMUT HITAM
TAKKAN DENGAN POMPUAN PUN DIA TAKUT???
Aduh! Memang MEMALUKAN sungguh bila jadi lelaki takut dengan pompuan. Takkan la dengan seorang pompuan pun dia nak ketar lutut kot sampai tahap menggigil satu badan dibuatnya?

Kalau sebelum ni, bukan main lagi dia berlagak tak tentu arah, mendabik dada macam dia seorang yang maksum dan membuat desakan terhadap orang lain. Sekarang, kenapa dia menggelupor?

Dengar kata, syarikat bermodal RM 2 ringgit yang menguruskan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) serta Dana Rakyat berjumlah RM 30 billion tu dah failkan saman terhadap Si Faekah.

Notis saman tu dihantar kepada Bekas Setiausaha Politik Khalid Ibrahim bagi mewakili Menteri Besar Incorperated (MBI), DEIG, dan Ketua Pegawai DEIG, Soffian Affendi Aminuddin.

Dari apa yang dilaporkan, tindakan mereka memfailkan notis saman tersebut dibuat susulan artikel yang disiarkan oleh News Straits Times bertajuk, "Why No State Officials In DEIG".

Katanya, artikel tersebut hanya sekadar fitnah yang bertujuan untuk merosakkan nama baik dan reputasi mereka yang berkaitan. Maka sebab itulah tindakan memfailkan saman itu dilakukan.

Tapi dengan selamba je Si Faekah tu mendakwa bahawa tindakan memfailkan saman itu merupakan satu langkah yang dibuat oleh Si Menteri Besar Cap Ayam tu supaya dia menutup mulut.
“Sebelum ini, Selangor mengamalkan dan memperjuangan kebebasan bersuara dan kebebasan maklumat. Nampaknya zaman Menteri Besar sekarang ia telah tercemar.“Saya hanya mahukan Azmin memberi jawapan jelas dan tepat berkenaan isu DEIG kerana ia telah dibangkitkan wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.
“Tindakan mengugut dan saman tidak akan dapat menutup hak rakyat daripada mengetahui perkara sebenar apatah lagi DEIG telah diberikan amanah untuk mengurus aset Selangor berjumlah RM30 bilion,” katanya.
Nah! Sekarang nampak sangat la yang Si Menteri Besar Cap Ayam tu pun dah terdesak dan mula ketar lutut sampai terpaksa ambik tindakan sedemikian. Ianya membuktikan bahawa Si Menteri Besar Cap Ayam tu dah mula Takut pada Bayang - Bayang dia sendiri!!!
21:09 | 0 comments

Harapan kepada pemimpin pasca merdeka

.
Harapan kepada pemimpin pasca merdeka
ILUSI PAGI

Sudah kesekian lama keinginan saya untuk menyaksikan kepimpimnan negara ini diambil alih atau diberi peluang kepada para pemimpin pelapis yang ada hari ini. Pemimpin pelapis negara ini yang saya maksudkan atau golongkan mereka yang lahir selepas merdeka, 1957, (pemimpn pelapis pasca merdeka). Mereka kini berusia dibawah 60 tahun ke bawah.

Husam Musa (Pas)
Khairy (Umno)
Negara kita atau madrasah politik kita banyak melahirkan tokoh-tokoh pemimpin dibawah 60 tahun yang boleh diharapkan menjadi pemimpin masa depan. Mereka, suka atau tidak suka akan mengambil alih kepimpinan dari order lama. Order lama ialah mereka yang berusia atas 60 tahun hari ini. Kebanyakan mereka akan mengisi borang pencen secara pilihan atau terpaksa apabila usia mencecah 65 tahun.



Apa lagi setengah daripada mereka (golongan pelapis ini) hari ini sudah pun memegang jawatan penting di peringkat parti dan kerajaan baik negeri maupun persekutuan. Atau pun sudah ada pengalaman menjadi wakil rakyat, Exco, MB atau pun pimpinan parti. Pengalaman dan sejarah yang dilalui mereka sudah cukup melayakkan mereka menjadi pemimpin negara bangsa di masa depan.

Saifuddin Abdullah (Umno)
Azmin Ali (PKR)
 Apa yang menjadi keinginan (ilusi saya) ialah, meletakkan mereka dalam satu gugusan pemimpuin yang terikat. Maksudnya mereka diberi peluang secara bersama untuk memimpin negara. Di sini bukan bermakna mereka perlu ada dalam satu wadah (kalau itu berlaku lagi bagus), tetapi bersatu diluar wadah. Mereka diberikan peluang menjadi pemimpin utama oleh parti masing-masing.

Tidak sulit untuk melihat mereka berfikir dan mencanang pelan untuk nusa dan bangsa yang sama kerana mereka sudah dibentuk atas landasan benar sejak lama. Mereka sudah ada banyak persamaan. Selain daripada warna kulit dan darah mereka juga diasuh dan didikan di maktab politik yang sama. Rata-rata mereka menjadi warga kampus yang sudah mula bergerak belajar menjadi pemimpin di peringkat kampus. Mereka adalah aktivis pelajar dan gerakan mahasiswa yang mendampingi masyarkat sejak remaja.

Saifuddin Nasution (PKR)
Idealisme, wawasan dan iltizam mereka serupa. Tanyalah mereka, apakah matlamat atau cita-cita hidup mereka, mereka akan jawab untuk mendaulatkan agama dan bangsa. Cuma apa yang memisahkan mereka ialah warna politik yang kemudian diasingkan oleh perbezaan pendekatan atau uslub - itu sahaja.

Walhal politik itu sendiri mengariskan matlamat dan maksud yang sama. Perbezaan jalan (toriq) ini tidak menjadi masalah asalkan matlamat mereka sama, menuju ke destinasi yang sama. Maka mereka boleh bersama asalkan semuanya sedia mengugurkan rasa tinggi diri dan ego.

Perbezaan politik atau toriq samalah perbezaan jalan dan kaedah untuk kita menuju ke sesuatu tempat. Ada yang memilih jalan darat, ada yang pilih jalan udara dan ada yang memilih jalan laut. Laksana untuk kita ke Makkah ada orang menggunakan kapal laut, ada yang naik motorkar atau unta ada yang menaiki kapal terbang atau jet peribadi. Yang penting dan utama ialah sampai ke Makkah.

Salahuddin (Amanah)
Apabila menyorot dan menilai nama-nama mereka ini menunjukkan bangsa Melayu dan negara tidak "kasih" (miskin) dengan tokoh-tokoh bakal menjadi pemimpin di masa hadapan. Mereka sudah menyerlah bakal dan iltizam mereka, kerana kalau bukan masakan mereka memilih politik sebagai kerjaya.

Sebaris nama-nama yang sudah lama menetas dalam kepala saya untuk mencapai ilusi itu itu ialah, Ahmad Shaberry Chik, Saifuddin Abdullah, Zambery Abdul Kadir, Razali Ibrahim, Khalid Nordin, Puad Zarkasi, Ezam Mohd Noor, Hashim Subuh (dari Umno); Salahuddin Ayub, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Hanifa Maidin, Dr Mohd Hatta Ramli, (daripada Amanah), Husam Musa, Tuan Ibrahim Tuan Man, Takiyuddin Hassan, (daripada Pas).

Mohamaed Azmin Ali, Saifuddin Nasution Ismail, Mustafa Kamil Ayub, Shamsul Iskandar Md Akin, (daripada PKR), dan beberapa nama lain daripada badan-badan bukan politik NGO, seperti Azam Abdul Rahman bekas presiden Abim, Saari Sungip bekas presiden Jim. Mereka ini boleh berklobrosi dengan beberapa nama yang sudah menyerlah dalam bidang selain politik; korporat, budayawan, profesionali dan akademis.

Nama-nama-nama ini ada "gewan" tersendiri dan setengahnya sudah pun menunjukkan kemampuannya apabila pernah diberi peluang untuk menjadi timbalan menteri, menteri besar atau Exco atau wakil rakyat berbahas di parlimen, seperti Shabery Cheek, Zambery Abdul Kadir, Khalid Nordin, Husam Musa, Saifuddin Abdullah, Puad Zarkasi, Salahudin Ayub dan lain-lain.

Alangkah kalau nama-nama ini bergabung dalam sebuah gagasan besar untuk membangun nusa dan bangsa, saya percaya negara mempunyai gagasan yang besar dan cerah mencapai perjuangan tuntutan bangsa dan agama akan terlaksana.

Shabery Chek (Umno)
Boleh dikatakan semua mereka telah dibentuk dengan sekolah perjuangan awal semasa dalam universiti atau gerakan sosial. Mereka juga menjadi pengerak dalam badan-badan NGO yang telah lama meletakkan mereka di laman rakyat. Mereka sudah sebati dengan permasalahan rakyat menerusi penglibatan dan kajian ilmiah mereka. Mereka ini juga mempunyai pengikut dan pendokong tersendiri yang akan menjadi pemangkin perjuangan mereka, jadi masalah untuk mendapat sokongan bawahan tidak menjadi masalah.

Bagaimana pun sayang seribu kali sayang, mereka tidak dapat bersatu atau berada dalam satu wadah. Selepas keluar dari kampus atau "pensiun" daripada gerakan sosial, masing-masing mereka bergerak sendiri mengikut haluan yang membentuk mereka, dan mendukacitakan ada sesetengahnya semangat dan wajah perjuangan mereka mencair dan larut dengan sekulisme di tengan jalan. Kalau boleh saya sebutkan kebanyakan pimpinan Abim, Belia 4B atau Gerakan Mahasiswa hanya hebat dan terserlah semasa menjadi presiden, tetapi selepas berhenti segala-galanya mengecut dan longlai.

Mujahid (Amanah)
Apakah orang-orang ini masih ada ruang untuk menyatukan diri? Maksudnya mereka tidak perlu untuk berada dalam sebuah parti. Mereka boleh kekal dengan wadah yang mereka duduki kini. Apa yang diperlukan mereka menggerakkan politik baru, (melakukan renovation) politik rasional yang terlepas dari lingkungan atau pradigma lama, penuh perasaan ego, rasa cerdik sendiri dan politik primatif serta mempraktiskan fahaman "jahliah politik".

Masa depan negara berhadapan dengan seribu kemungkinan dan berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran. Adalah wajar kalau mereka ini kemudian diikuti pula oleh adik-adik kepada mereka yang juga sudah mula menunjukkan bakat dan ada yang menjadi ahli parlimen, dapat membina satu idealisme politik baru untuk masa depan yang lebih mampan.

Pemimpin peringkat adik-adik kini yang kini menyerlah kebolehan dan bakat seperti Khairy Jamaluddin, Razali Ibrahim, Rezza Marican Naina Marican (Umno), Rafizi Ramli, Nurul Izzah Anwar (PKR), Shamsudl Iskandar Md Akin dan lain-lain. Hanya dalam Pas diperingkat adik-adik ini masih belum menyerlahkan siapakah mereka yang boleh diketengahkan. Yang ada dalam Pas kini masih peringkat budak-budak Pasti yang masih belum meninggal lastik.

Zambery (Umno)
Nurul Izzaah (PKR)
Masih belum terlewat kalau kita ingin mempukukkan kesatuan untuk mencapai ilusi saya itu. Masa masih ada. Syaratnya anggota parti mereka menyedari keperluan ini dan masing-masing memberi peluang kepada mereka untuk memimpin parti. Sama ada ia boleh atau tidak terletak ditangan ahli kerana ahli yang bakal menentukan siapa berada di atas dan dibawah dalam parti masing-masing.

Cukuplah membuat pemilhan berdasaran sentimen, puak, ataupun kerana wang, tetapi bautlah berdasarkan kepada kepentingan yang saya sebutkan tadi serta berdasarkan kualiti dan merit pemimpin.

Mereka yang saya sempat sebutkan nama itu tidak perlu lagi kepada didikan kerana mereka sudah terdidik sejak awal lagi. Mereka sudah ada benih perjuangan bangsa dan agama sejak awal lagi. Mereka juga mengambil pakai kitab-kitab dan pemikiran ahli-ahli politik (Islam) yang sama sebagai "geragan" politik mereka.

Sepatutnya mereka mudah untuk disatu kerana mereka mempunya DNA yang sama ada, ada chemestry tertentu. Saya yakin kalau parti memberi peluang dan ruang kepada mereka, cita-cita yang menjadi keinginan saya itu kelak akan terbentuk.

Pemimpin yang ada sekarang ini sudah pun diberi masa dan mereka ternyata gagal untuk menyatukan pemikiran ummah. Mereka gagal mempersatukan politik nusa dan bangsa, bahkan cara mereka berpolitik menjadikan Melayu bangsa yang bergaduh sesama sendiri dan nilai politik kita juga sehari ke sehari semakin menawar. Mereka juga gagal membina idealisme dalam politik sebaliknya berjaya membina semangat materialisme.

Pemimpin yang ada sekarang baik dalam Umno, Pas dan PKR juga dalam Amanah ternyata sudah tua dan tidak relevan lagi. Pemikiran mereka juga sudah tepu, sukar untuk melihat atau mengapai pemikiran bentuk baharu dalam politik demi masa. Mereka terikut dengan tradisi dan budaya yang mereka terima sebelum ini. Politik mereka sudah menjauh dari garis massa.

Nama-nama seperti Najib Razak, Zahid Hamidi, Abdul Hadi Awang, Ahmad Yaakub dalam Pas atau Dr Wan Azizah Ismai, Anwar Ibrahim, Syed Husin Ali (PKR), hatta Mohamad Sabu (Amanah) sudah terkeluar dari orbit sebenarnya.

Mereka tidak ada keupayaan dan suara serta pendekatan politik mereka tidak dapat diterima oleh pengikut parti masing-masing khasnya dari golongan muda yang memerlukan satu pembaharuan politik. Mereka juga mungkin tidak ada kesedaran baru untuk mengajak bersatu dalam bentuk kesatuan fikir dan azam itu.

Sekali lagi diulang masa masih ada dan kita masih belum terlewat untuk membina gagasan ilusi saya menjadi kenyataan. Sebelum orang-orang yang saya sebutkan tadi bergajak masuk ke usia 60 tahun, angka dimana usia dianggap sebagai subsidi (mengikut ukuran usia Rasulullah) berikan peluang kepada mereka untuk membentuk bingkai kenegaraan dan kebangsaan untuk Malaysia di masa akan datang. Tidak perlu lama cukup lima hingga tujuh tahun sahaja. [wm.kl.9:00 01/10/15]
20:15 | 0 comments

SARANAN AMK, WANITA PKR DILUDAH SEMULA!!!

SEMUT HITAM
SARANAN AMK, WANITA PKR DILUDAH SEMULA!!!
Kesian Wan Azizah. Dapat Pengikut pun Buta Kayu belaka!!!
Selepas desakan dan ugutan yang dibuat oleh kedua sayap PKR di Pulau Pinang semalam diaibkan oleh Presiden parti tu sendiri semalam, kali ini giliran PAS pulak 'meludah' muka mereka.

Pemuda Pas Pulau Pinang berkata, desakan AMK supaya wakil parti Islam itu mengosongkan kerusi dalam Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bertentangan dengan pendirian Presiden PKR sebelum ini.

Ketua Pemudanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, cadangan AMK itu agak mengelirukan sedangkan PKR masih meneruskan kerjasama politik dengan Pas termasuk di negeri itu.

Sambil menegaskan, jawatan Yang Dipertua (YDP) dan ahli-ahli MAIPP adalah di bawah perkenan Yang di-Pertuan Agong dan bukan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Pulau Pinang.
"Kami menasihatkan supaya semua pihak menghormati kuasa prerogatif Agong selaku ketua agama Islam bagi negeri Pulau Pinang."Walaupun pihak MMKN mempunyai kuasa untuk mencadangkan nama, namun ia perlu tertakluk kepada kuasa prerogatif YDPA untuk menerima atau menolak cadangan itu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, Ketua AMK Pulau Pinang, dan Ketua Wanita PKR, Nur Zarina Zakaria mendesak Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Mohd Salleh Man mengosongkan kerusi jawatan YDP MAIPP.

Malah mereka juga turut mendesak agar jawatan YDP MAIPP itu sepatutnya wajar diberikan kepada PKR kerana parti itu adalah kedua terbesar dengan diwakili seramai 10 orang Adun di Negeri itu.

Mengulas lanjut, Afnan Hamimi juga berkata, pihaknya akan meneruskan tugas dalam Rejim DAPigs Pulau Pinang seperti biasa sebagai amanah yang telah diberikan rakyat pada PRU13 lalu.
"Jawatan dalam kerajaan adalah amanah daripada ALLAH SWT dan rakyat, bukannya tempat untuk melunaskan kehendak politik kepartian semata-mata.
"Individu yang dilantik untuk membangunkan MAINPP dan Islam di Pulau Pinang mengikut acuan pembangunan ALLAH SWT, bukan mengikut acuan nafsu manusia," katanya lagi.
Pokok pangkalnya, kedua - dua sayap PKR tu sebenarnya hanya sekadar nak menunjukkan yang diorang ni hanya sekadar BARUA TEGAR kepada DAPigs dan sanggup lakukan apa saja demi kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Termasuk la menjilat Bontot DAPigs tu!!!
18:48 | 0 comments

[SELEPAS ISU PEMBESAR SUARA] Pulau Pinang Didakwa Hentikan Sekolah Agama RAkyat Milik Ahli Pas pula?

CELAH GELEGAR
[SELEPAS ISU PEMBESAR SUARA] Pulau Pinang Didakwa Hentikan Sekolah Agama RAkyat Milik Ahli Pas pula?

KENYATAAN MEDIA
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Minta Penjelasan Kerajaan Pulau Pinang Didakwa Hentikan Bantuan Sekolah Agama Rakyat Milik Ahli PAS?
1. Dewan Ulamak PAS Pusat ingin meminta penjelasan kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP dan PKR berhubung dakwaan bantuan kepada sekolah agama rakyat yang ditarik balik daripada beberapa buah sekolah rakyat milik persendirian ahli-ahli PAS.
2. Beberapa buah sekolah agama persendirian ini telah mendapat bantuan tahunan sejak beberapa tahun yang lalu. Tetapi akhir-akhir ini bantuan mereka telah dihentikan. Bahkan surat tawaran bantuan yang telah dihantar ke beberapa buah sekolah terbabit didakwa telah ditarik balik.
3. Dewan Ulamak PAS Pusat mengingatkan kerajaan DAP dan PKR Pulau Pinang agar jangan bertindak seperti parti pemerintah sebelum ini yang menyekat dan tidak memberi bantuan kepada sebahagian sekolah agama rakyat milik ahli-ahli PAS kerana sentimen politik.
4. Tindakan ini memberi mesej bahawa DAP dan PKR yang sebelumnya menjadi pembangkang apabila berkuasa juga menjadi zalim dan tidak memberikan keadilan dan hak terhadap mereka yang tidak sehaluan politik dengan mereka.
Sekian.
Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
Khamis 17 Zulhijjah 1436 H / 1 hb Oktober 2015

18:09 | 0 comments

SEBARKAN! Penampakan kuasa Allah SWT saat paderi ini bakar Al-Quran, lihat apa yang terjadi kepadanya amat mengerikan

Kaki Berita Online
SEBARKAN! Penampakan kuasa Allah SWT saat paderi ini bakar Al-Quran, lihat apa yang terjadi kepadanya amat mengerikan

Ya...itulah tajuk yang akan kami kongsikan kepada anda semua mengenai satu kejadian, dimana seorang paderi yang cuba membakar senaskah Al Quran di hadapan ratusan 'pengikutnya'.

Namun Allhamdulillah, paderi ini gagal membakar naskah Al Quran tersebut malah telah memeluk Islam.Paderi yang berasal daripada Nigeria ini memutuskan untuk memeluk islam selepas usaha membakar Al Quran tersebut gagal.

Pada mulanya paderi Froos telah melemparkan Al Quran tersebut hingga jatuh ke tanah.Bukan hanya itu saja ,paderi tersebut menyiramkan bensin dan juga berusaha untuk memusnahkan kitab suci umat islam itu.


Dengan kuasa Allah s.w.t. tiba-tiba kedua tangan paderi Froos tersambar api dan terbakar.Selepas kejadian itu ,paderi tersebut terus memeluk Islam dan di ikuti oleh beberapa paderi yang lain.Mereka juga memutuskan untuk mengundurkan diri daripada organisai Kependetaan Gereja.

Kini mereka telah menyebarkan Agama Islam dengan berdakwah di seluruh Nigeria dan juga negara yang terdekat.


10:54 | 0 comments

[AMARAN OLEH DUTA CHINA] Hishamuddin Perlu Semak Semula Kenyataannya kata Tidak Berbaur Hasutan - Presiden ISMA

CELAH GELEGAR
[AMARAN OLEH DUTA CHINA] Hishamuddin Perlu Semak Semula Kenyataannya kata Tidak Berbaur Hasutan - Presiden ISMA

BANGI, Rabu – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman mendesak Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya menyemak semula kenyataannya yang menyifatkan kenyataan Duta China ke Malaysia sebagai tidak menjejaskan keselamatan dan pertahanan negara.


Beliau berkata, apa yang dikatakan menteri pertahanan tersebut adalah kurang tepat kerana kenyataan Dr Huang Huikang jelas berbaur ancaman.


“Kenyataan Hishammuddin kurang tepat. Ini kerana kenyataan Huang jelas berbaur ancaman,” katanya kepada Ismaweb, hari ini.


Sebelum ini, Duta Besar China, Dr Huang Huikang memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak mengganggu peniaga Cina di Petaling Street dan kepentingan mereka di negara ini.


The Star sebelum ini melaporkan Huang juga memberi amaran kepada sesiapa yang menggunakan kekerasan untuk mengganggu keamanan awam di negara ini, yang merujuk kepada keamanan peniaga Cina di Jalan Petaling.


Ketika melakukan lawatan kepada peniaga-peniaga berbangsa Cina di Jalan Petaling pada 26 September lalu, Huang juga dipetik berkata kerajaan China menentang keganasan, ekstremisme dan apa-apa bentuk diskriminasi kaum.


Semalam, Hishammuddin berkata kenyataan Dr Huang adalah tidak menjejaskan keamanan negara.


“Saya percaya ianya tidak terlalu serius dan sekaligus menjejaskan hubungan pertahanan di antara dua negara ini,” kata Hishammuddin.


Mengulas lanjut, Ustaz Abdullah Zaik berkata beliau bersetuju dengan pandangan bekas menteri pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir bahawa Huang adalah seorang diplomat kelas pertama.


“Saya bersetuju dengan Tan Sri Abdul Kadir bahawa Huang merupakan diplomat kelas pertama kerana ucapannya menterjemah pandangan strategik jangka jauh negara China.


“Justeru, kenyataan Huang tidak boleh dipandang ringan,” katanya. -Ismaweb

09:51 | 0 comments

Rumah Ini Tidak Berpenghuni Sejak 1956 , Apabila Pemilik Baru Berpindah , Dia Sangat Terkejut Apabila Mendapati...

Kaki Berita Online
Rumah Ini Tidak Berpenghuni Sejak 1956 , Apabila Pemilik Baru Berpindah , Dia Sangat Terkejut Apabila Mendapati...


Apa yang anda lihat di sini bukanlah daripada filem, namun ia adalah gambar dapur asal yang dibina pada tahun 1956 yang tidak disentuh hampir 60 tahun....

Pada tahun 2010, pereka perabot Amerika, Nathan Chandler, membeli sebuah rumah yang tidak didiami sejak tahun 1956. Secara amnya, mesti kita terbayangkan akan menjumpai banyak habuk dan sampah seperti dalam rumah-rumah lama. Namun, perkara sebaliknya berlaku apabila pemilik baru itu mendapati semua tempat terutamanya dapur, dalam keadaan baru dan sempurna.... Pemilik sebelumnya telah membinanya sekali dilengkapi dengan perabot rumah, tetapi tidak pernah menetap di sana....

















sumber
08:54 | 0 comments

ISU KHUTBAH: 'AZAN DAN IQAMAH' JE YANG DIBENARKAN!!!

SEMUT HITAM
ISU KHUTBAH: 'AZAN DAN IQAMAH' JE YANG DIBENARKAN!!!
Hah! Bila kita kata yang puak - puak DAPigs tu terdiri dari golongan mereka yang Anti Islam, Si ADUN DAPigs yang berbangsa Melayu tu beria - ia meroyan tak tentu arah macam orang hilang akal.

Punya la dia tak boleh terima hakikat yang cuba disampaikan sehingga membuatkan dia sanggup mengugut nak ambik tindakan undang - undang terhadap Jabatan Agama Islam Pahang.

Jika sebelum ini, banyak dah bukti yang telah ditampilkan sebagai bukti bahawa puak - puak DAPigs tu Anti Islam. Tapi, mereka yang tetap menyokong parti Chauvanist tu cuba nak menafikannya.

Bahkan ada juga dikalangan mereka yang taksub menjadi Barua kepada puak - puak Kafir Harbi tu menganggap ada dikalangan pemimpin DAPigs tu sebagai 'Khalifah' yang diagung - agungkan.

Nak pulak Si Tokong DAPigs yang jadi pemerintah Rejim DAPigs di Pulau Pinang tu. Walhal, keadaannya tidak la seperti mana yang mereka gambarkan selama hari ini. DAPigs tetap memusuhi Islam.

Bukan setakat Hukum Islam sahaja yang dibantah oleh puak - puak DAPigs ni. Malah seruan untuk menyatukan umat Islam di Malaysia ni juga turut mendapat bantahan dari kalangan mereka.

Diluar, puak - puak DAPigs ni cuba nak memperdayakan rakyat, kononnya diorang ni 'Mesra Islam'. Tapi dalam masa yang sama, mereka mengambil tindakan subversif untuk menghapuskan Islam.

Sebagai contoh, apa yang berlaku di Pulau Pinang hari ini. Kalau di Negeri lain, sebelum masuk waktu solat, ada masjid yang memperdengarkan zikir atau pun bacaan ayat Al-Qur'an.

Tapi di Negeri yang berada dibawah pemerintahan Rejim DAPigs tu, hanya Azan dan Iqamah sahaja yang dibenarkan. Bacaan lain semuanya dilarang dan tidak dibenarkan sama sekali.

Kesimpulan mudahnya, puak - puak DAPigs ni bukan sahaja enggan mendengar nasihat yang baik dari khutbah yang disampaikan. Malah nak dengar zikir dan bacaan Al-Qur'an pun diorang tak nak. Jadi, nak kata diorang 'Mesra Islam' menda kejadahnya pulak!!!
08:12 | 0 comments

Malaysiakini: TENGAH MALAM INI, Harga petrol RON95, RON97 dan diesel naik 10 sen

CELAH GELEGAR
Malaysiakini: TENGAH MALAM INI, Harga petrol RON95, RON97 dan diesel naik 10 sen
Laporan Malaysiakini:

Harga minyak petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing naik 10 sen berkuatkuasa selepas tengah malam ini.

Menurut sumber-sumber, harga baru RON95 ialah RM2.05 seliter manakala RON97 naik kepada RM2.45 seliter.

Harga RON95 dan RON75 sekarang ialah masing RM1.95 seliter dan RM 2.35 seliter

Harga diesel pula naik dari RM1.80 kepada RM1.90 seliter, lapor Oriental Daily.
06:55 | 0 comments

Najib sudah atasi rekod Mahathir sebagai PM

.
Najib sudah atasi rekod Mahathir sebagai PM
SIMPANG MALAM

Hebat Mohd Najib Razak. Walaupun hanya baru sembilan (9) tahun beliau menjadi perdana menteri tetapi rekod dan sejarah perkhidmatannya sudah mengatasi Dr Mahathir Mohamad yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun. Ertinya Najib mengatasi Mahathir belum sampai separuh perkhidmatan yang dilalui Dr Mahathir.

Stail politik mereka sama. Tapi Najib sudah ke depan.
Apa yang dilakukan dan berlaku diera Mahathir telah berlaku diera Najib. Ia seakan satu kejayaan besar Najib yang boleh dibangga oleh rakyat negara ini khasnya ahli Umno yang menjadi ayam ternakan parti kebangsaan itu.

Disepanjang tempoh menjadi perdana menteri, Dr Mahathir menghadapi pelbagai cabaran, ancaman dan bantahan dilakukan oleh rakyat. Dia juga dikecam dengan dasar-dasar yang dikira tidak menguntungkan Melayu. Tindakan menyelamatkan diri dan kedudukan dalam parti juga dilakukan Dr Mahathir sehingga menyebabkan tindakan itu berlaku bantrakan kepada parti.

Misalnya dasar industri besar yang memperkenalkan higtec membina kilang kereta nasional, Proton. bandar ICT mendapat krtitikan oleh pakar-pakar ekonomi lain yang beranggap ia sesuatu yang tidak perlu pada masa iu dan merugikan negara ini. Namun Dr Mahathir tetap berdegil dan percaya kepada gagasannya dalam usaha meletakkan Malaysia menjadi negara maju dalam tahun 2020.

Langkah Dr Mahathir itu juga mendapat kritikan dari sesetengah menterinya sendiri. Orang paling latang mengkritik projek automobil Dr Mahathir ialah tengku Razaleigh Hamzah yang tidak optimis dengan idea Dr Mahathir itu. Begitu juga dengan projek Perwaja Steel, di Paka Terengganu, Hidro eleterik di Bakun, Sarawak dan lain-lain juga mendapat kritikan hebat dari pembangkang.

Dalam politik, pula Dr Mahatahir dikirik kerana tidak pernah diam daripada menyerang Pas dan cuba menanam perasaan buruk ke atas parti agama itu. Dr Mahathir melihat Pas sebagai sebuah parti yang jumud dan pengacau kemajuan orang Melayu. Dr Mahathir bermusuh dengan gerakan Islam. Beliau mengharamkan jemaah Darul Arqam pimpinan Abuya Ashaari Muhammad dan anti kepada gerakan sufi.

Sebagai mempastikan kedudukannya selamat Mahathir menggunakan akta dan undang-undang untuk memenjarakan pemimpin pembangkang, NGO dan para aktivis. ISA adalah senjata Dr Mahathir untuk mengekang musuh dan lawan politiknya.

Dalam Umno Dr Mahathir ditentang oleh kalangan Umno sendiri. Dua kali kedudukannya sebagai presiden parti ditentang. Kali pertama 1982 dan kedua 1987 oleh orang yang sama Tengku Razaleigh Hamzah yang pada satu masa berpakat dengan Musa Hitam. Gara-gara perlawanan itu menyebabkan Umno berpecah dua tahun 1987.

Dr Mahathir tidak tehenti setakat itu sahaja, dia terus bertindak mencatas musuh politiknya dan mereka berpotensi menjadi pemimpin Malaysia dikubur hidup-hidup. Dr Mahathir mengamalkan politik jahiliah. Tindakan paling sadis dan merugikan negara dilakukan Dr Mahathir ialah apabila pecat Anwar Ibrahim dari Umno dan jawatan timbalan perdana menteri kemudian "memenjarakannya" selama sembilan (9) tahun atas tuduhan salah guna kuasa.

Ekoran tindakan politik Dr Mahathir yang tidak berperikemanusiaan itu menyebabkan sekali lagi Umno terbelah dua sehingganya wujudnya gerakan reformasi yang memungkinkan melahirkan PKR.

Menariknya semua yang diperlakukan Dr Mahathir itu turut berlaku dan dilakukan oleh Najib Razak. Najib seakan mengikut sunnah Dr Mahathir dalam mempertahankan diri dan kekuasaanya. Kalau Dr Dr Mahathir merugikan negara dengan projek nasionalnya Najib juga berbuat demikian dengan memperkenalkan syarikat pelaburan strategik 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Dilaporkan syarikat itu kerugian sebanyak RM42 billion?

Pembaziran lain juga turut dilakukan di era Najib. Pemberian BR1M juga menjadi satu masalah kerana ia dianggap sebagai rasuah politik yang menggunakan belanja banyak. Demikian juga bayaran dan penggunaan wang untuk mempertahankan Umno dan kerajaan BN. Penerimaan dana sebanyak RM2.6 billion yang digunakan untuk pilihan raya adalah satu penyalahgunaan dan pembaziran wang, digunakan bukan untuk rakyat.

Kejayaan Najib dalam mencari dana untuk parti ini mengatasi kemampuan Dr Mahathir.

Demikian juga dengan tindakan politik. Kalau Dr. Mahathir memecat timbalannya untuk mengukuhkan kedudukannya, demikian juga dengan Najib membuat perkara sama. Kerana bimbang Muhyiddin Yassin yang tidak sedia menjadi "yesman" kepadanya, dan dikhuatiri akan menjoloknya, Najib dengan berani telah memecat Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri.

Cuma bezanya Najib tidak memanjarakan Muhyiddin, seperti mana Dr Mahathir memenjarakan Anwar. Tetapi kekurangan itu dibayar Najib dengan ikut sama memenjarakan Anwar Ibrahim sepertimana dilakukan Mahathir. Dibawah Najib Anwar dipenjara selama lima tahun. Itupun masih terlalu awal untuk ditangkis. Kalau Najib melihat Muhyiddin bakal menyusah dan mengangguinya mungkin Muhyiddin juga akan dipenjara?

Kronologi dan tawarikh itu menunjukkan perjalanan politik Najib "sesungai" dengan Dr Mahathir.

Tetapi kenapa dikatakan Najib lebih hebat daripada Dr Mahathir? Dalam usaha Dr Mahathir hendak membuang Anwar yang dianggap pencabarnya, Dr Mahathir dikatakan bersubahat dengan (guna) polis dan pendakwa raya. Dr Mahathir tidak pun sampai memecat Peguam Negara atau pun menganggu tugas SPRM dan juga SB bagi menyelamatkan kedudukannya.

Berbeza dengan Najib. Peguam Negara terpaksa ditamatkan dan diganti dengan seorang ahli Umno, manakala pegawai SPRM yang terlibat dengan siasatan 1MDB syarikat yang membabitkannya, dipindah tempat kerja. Begitu juga timbalan ketua SB Bukit Aman dipindah tempat kerja.

Campur tangan dan gangguan ke atas pegawai keselamatan dan badan bebas ini tidak dilakukan oleh Dr Mahathir tetapi berlaku dizaman Najib.

Terbaru kehebatan Najib ialah masalah kejatuhan nilai ringgit. Dizaman Dr Mahathir ringgit jatuh sehingga hampir RM4 berbanding 1USD kemudian terpaksa ditambat RM3.80 untuk 1USD. Tetapi dizaman Najib ringgit susut sehingga hampir RM4.40 berbanding 1USD.

Begitu juga dalam menggunakan kuasa prerogetif sebagai presiden parti untuk menyelamatkan diri, kalau Dr Mahathir menangguhkan persidangan agung (PAU) memilih pemimpin dalam Umno, hal sama juga turut dilakukan Najib. PAU yang sepatutnya diadakan pada tahun depan ditangguh selama 18 bulan.

Demikian perbandingan tindakan dan peristiwa yang berlaku diera Najib dengan Mahathir dimana dalam perbandingan itu menjelaskan Najib mengatasi Dr Mahathir. Najib jauh lebih berjaya dan hebat serta rakus dalam tindakannya. Kelebihan Naib ini berdasarkan kepada nisbah tempoh perkhidmat walaupun baru sembilan (9) tahun menjadi PM, tetapi Najib sudah menyamai rekod Dr Mahathir dan mengatasi dalam beberapa aspek tertentu yang gagal dicapai Dr Mahathir. [wm.kl.7:39 pm 30/09/15]
06:10 | 0 comments

NENEK KIPAS CUBA TUTUP KEMALUAN SENDIRI!!!

SEMUT HITAM
NENEK KIPAS CUBA TUTUP KEMALUAN SENDIRI!!!
Aduhai!!! Kesian betul tengok Si Wan Azizah ni. Nampak sangat la yang dia tidak mempunyai kemampuan untuk menjadi seorang pemimpin. Apatah lagi nak jadi Presiden parti.

Bagaimana mungkin Si Wan Azizah ni boleh dilantik menjadi ketua sedangkan dia tak mampu nak kawal tindakan dan perilaku Haramjadah yang ditonjolkan oleh anak - anak buah dia sendiri?

Kalau sebelum ini, puak - puak PKR dibawah pemerintahan Rejim DAPigs tu telah menjadi Barua dengan mendesak agar pemimpin PAS Pulau Pinang melepaskan jawatan selaku YDP Majlis Agama Islam.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, kedua - dua sayap parti itu mendesak agar tindakan itu dilakukan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri dan digantikan dengan pemimpin PKR yang beragama Islam.

Secara tidak lansung, ramai yang berpendapat, desakan yang dilakukan oleh puak - puak PKR tu dianggap sebagai Biadap serta satu penghinaan terhadap kepimpinan PAS di Pulau Pinang.

Dek kerana respon itu datangnya dari peringkat akar umbi PAS, maka Si Wan Azizah tu pulak yang menggelupor tak tentu arah. Terpaksa pulak dia cuba menutup kemaluan yang telah didedahkan.

Alasan basi yang digunakan oleh Si Wang Azizah tu sudah pasti dia menganggap desakan dari kedua - dua sayap PKR Negeri itu adalah pandangan peribadi mereka dan bukan pendirian parti.
"Mereka (PKR Pulau Pinang) ini 'isolated' jadi, ia hanya kenyataan mereka. Tapi ia tidak menjejaskan (hubungan PKR dengan Pas) kerana kita masih lagi meletakkan Datuk Salleh Man di tempatnya...tidak menjejaskan apa-apa.


"Kitakan parti terbuka, bolehlah jika nak cakap luahkan isi hati," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui selepas sidang media.
Pusing - pusing, itu je la alasan yang mampu diberikan oleh puak - puak PKR tu untuk menutup kemaluan yang telah mereka lakukan. Dan tindakan itu pun bukan kali pertama ianya dilakukan.

Masa ahli PKR ambik tindakan dan memfailkan saman terhadap Hadi Awang yang dituduh menabur fitnah tu pun, PKR bagi alasan yang hampir sama jugak. Dan dalam masa yang sama, diorang menghalalkan penghinaan yang telah dilakukan terhadap Presiden PAS tu!!!

PS: Agaknya, masa Si Ketua Penipu tu didakwa balun bontot Bekas Pembantu Peribadi dia sebelum ini, Si Wan Azizah tu bagi alasan yang sama jugak. "Itu pandangan peribadi dia, tiada kaitan dengan parti." Hehehe...
03:48 | 0 comments

TAHNIAH KAMAL ADLI & EMMA MAEMBONG

Kaki Berita Online
TAHNIAH KAMAL ADLI & EMMA MAEMBONG
Gambar lakonan antara Kamal Adli dan Emma Maembong yang anda boleh lihat di atas sebenarnya sudah dimuat naik dan menjadi perhatian ramai sejak April 2015 lagi namun baru baru ini ada pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa ianya gambar pernikahan sebenar mereka.
Ramai peminat mula bertanyakan kembali kesahihan gambar tersebut lebih lebih kini Kamal Adli& Emma Maembong semakin rapat dan tidak menolak sebarang kemungkinan jika ada jodoh antara mereka suatu hari nanti. Namun, gambar itu masih sebahagian lakonan.
 








Tak sangka pula baru sekarang ia diperkatakan hingga menjadi viral. Pelik juga apabila ada yang mempercayainya,” ujar Kamal Adli kepada Harian Metro hari ini.

“Kalau betul kami berkahwin, bukan dengan cara itu. Perkara baik takkan nak sorok. Apa pun, setiap kata-kata peminat saya anggap satu doa. Kalau ada jodoh antara kami, saya tak menolak kerana itu adalah ketentuan Allah SWT,” tambahnya lagi. (rtky/m)
02:45 | 0 comments

[PROVOKASI DAP] "Negara Cina tidak akan duduk diam kalau 'Rakyat Malaysia berbangsa Cina' DISERANG"

CELAH GELEGAR
[PROVOKASI DAP] "Negara Cina tidak akan duduk diam kalau 'Rakyat Malaysia berbangsa Cina' DISERANG"

Inilah cara Ronnie Liu DAP memutarbelitkan kata-kata Duta Cina. Admin FOBN difahamkan oleh sahabat cina yang menonton klip penuh temubual dengan Duta Cina, kenyataan beliau membawa maksud bahawa kalau warga China (Chinese Nationals) dialami kesusahan atau diserang, Kerajaan Cina akan hulurkan bantuan terhadap Warga Negara mereka tersebut.

YB Ronnie Liu pula memutarbelitkan kata-kata Duta Cina dengan mengatakan Negara Cina tidak akan duduk diam kalau "Rakyat Malaysia berbangsa cina" diserang.

Pemutarbelitan Ini berunsur provokasi dan hasutan. Mohon Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) menyiasat kalau didapati melanggar undang2 Mohon didakwa.


-Friends of BN - Barisan Nasional

02:15 | 0 comments

Video Pemain Import Kedah Cuba Untuk Menumbuk Jurulatihnya Sendiri Kini Tersebar

Kaki Berita Online
Video Pemain Import Kedah Cuba Untuk Menumbuk Jurulatihnya Sendiri Kini Tersebar

(function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "//connect.facebook.net/ms_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v2.3"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);}(document, 'script', 'facebook-jssdk'));

sapa tau sebab apa mai cerita sat awat bang bekelei ng tch . aku malaih nak buat pala tapi tu la , main terok mau tak ketaq kaki kawan tu nak main .
Posted by Kedah Troll Story on 30hb September 2015
01:03 | 0 comments

Komen Dato’ Siti Nurhaliza Di Instagram Cristiano Ronaldo Jadi Perhatian

Kaki Berita Online
Komen Dato’ Siti Nurhaliza Di Instagram Cristiano Ronaldo Jadi Perhatian

Seperti manusia yang lainnya, Dato’ Siti Nurhaliza juga sebenarnya tidak terlepas dari menjadi peminat pemain bola sepak paling popular di dunia ketika ini iaitu Cristiano Ronaldo. Dan, komen penyanyi nombor satu Malaysia di Instagram baru baru ini mendapat perhatian.
Dalam satu kemaskini di Instagram beliau, Cristiano Ronaldo telah memuat naik sekeping gambar beliau yang mahu menaiki pesawat untuk terbang ke satu destinasi dan komen yang ditinggalkan oleh Dato’ Siti Nurhaliza agak sweet untuk dibaca.
 

Seperti manusia yang lainnya, Dato’ Siti Nurhaliza juga sebenarnya tidak terlepas dari menjadi peminat pemain bola sepak paling popular di dunia ketika ini iaitu Cristiano Ronaldo. Dan, komen penyanyi nombor satu Malaysia di Instagram baru baru ini mendapat perhatian.
Dalam satu kemaskini di Instagram beliau, Cristiano Ronaldo telah memuat naik sekeping gambar beliau yang mahu menaiki pesawat untuk terbang ke satu destinasi dan komen yang ditinggalkan oleh Dato’ Siti Nurhaliza agak sweet untuk dibaca.
 
CTDK - Cristiano Ronaldo Instagram - ROTIKAYA

“Safe flight dear..,” tulis penyanyi itu yang mendapat perhatian ramai. Kemaskini pengguna Twitter, Haikal Ramlee sehingga hari ini sudah menerima lebih 5,000 reaksi. Tidak mengapa, kami faham penyanyi ini pun peminat seperti kita. (rtky/m)
00:12 | 0 comments

NILAI RINGGIT MENJUNAM: Apakah Malaysia MASIH ADA Menteri Kewangan?

CELAH GELEGAR
NILAI RINGGIT MENJUNAM: Apakah Malaysia MASIH ADA Menteri Kewangan?
Tukaran nilai Ringgit pada 29 September 2015:

USD1: RM4.459
SG1: RM3.121

Ringgit terus jatuh dan kini mendekati paras yang amat memeranjatkan pelajar-pelajar di luar negara serta golongan peniaga iaitu RM4.5 kepada USD1 - ramai tertanya-tanya apakah Malaysia mempunyai Menteri Kewangan?
Ketika peniaga Tukaran Mungkir Kredit (CDS) meletakkan negara di ‘status rendah’ – tiada kedengaran komentar membalas daripada Menteri Kewangan.

Ketika Ringgit mencecah RM4.45 semalam, Menteri Kewangan dan kementerian tidak memberikan sebarang reaksi.
Hanya kedengaran suara solo Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang mencadangkan agar negara mengukuhkan kedudukan domestik bagi menghadapi cabaran kemelut nilai ringgit dan harga komoditi hari ini.

Namun, PAS bimbang. PAS bimbang sudah tidak wujud kerjasama antara Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Negara ekoran siasatan Bank Negara terhadap 1MDB dan juga kenyataan Zeti pada 21 September yang berbunyi: “Kita tidak perlu lagi apa-apa skandal. Kita tidak perlu ketidakstabilan politik. Apabila mereka menyelesaikan semua isu berkaitan dengan 1MDB, maka kita akan dapat melihat pemulihan kepada nilai Ringgit.”

Rakyat mempunyai keyakinan terhadap Gabernor Bank Negara. Namun, beliau hanya boleh berfungsi sepenuhnya sekiranya beliau mendapat kerjasama penuh seorang Menteri Kewangan yang dapat fokus kepada tugasnya tanpa risau apa-apa skandal yang akan timbul kerana cuba menutup masalah di 1MDB.

PAS terus mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk melepaskan jawatan Menteri Kewangan. PM patut tumpu sepenuh perhatian untuk menyelesaikan masalah 1MDB. Tempoh 6 bulan yang diberi PM pada ahli-ahli Umno pada 14 Jun 2015, kini hanya tinggal 3 bulan sahaja.

Anggaplah ini pengorbanan untuk meringankan aniaya kepada seluruh warga Malaysia.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
30 September 2015
22:51 | 0 comments

Popular Posts

Welcome Guys

Blog Archives