Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BALANAK PUNYA PASAL, FOZIAH PUSING "THREESIXTY"!!!

SEMUT HITAM
BALANAK PUNYA PASAL, FOZIAH PUSING "THREESIXTY"!!!
Wah!!! Betul ke khabar angin yang kita dengar ni? Dengar katanya, Si Foziah tu sekarang ni dah bersedia untuk membuat 'Pusingan U' 36o darjah berhubung isu bauksit di Kuantan. Ye ke?

Kalau betul apa yang kita dengar, apa yang membuatkan Si Foziah tu akhirnya nak ambik tindakan tersebut? Adakah sebab kerana dia betul - betul "dengar" desakan yang disuarakan oleh rakyat?

Jika sebelum ini, Si Foziah tu sendiri menyatakan pendirian dengan mendesak agar pihak Kerajaan menggantung lesen bagi perlombongan bahan mineral yang menjadi kontroversi di Kuantan.

Persoalan dikalangan rakyat, kenapa Si Foziah hanya setakat nak mendesak agar lesen perlombongan itu digantung sahaja? Kenapa dia tak nak desak agar ianya dihapuskan terus?

Pendirian yang dinyatakan oleh Si Foziah tu dilihat agar bertentangan dengan isu yang pernah dibangkitkan berkaitan pembinaan kilang Lynas yang memproses nadir bumi sebelum ini.

Padahal, isu berkaitan dengan pembinaan kilang tersebut sama dengan apa yang sedang berlaku dalam isu bauksit pada ketika ini. Ianya melibatkan pencemaran dan keselamatan rakyat.

Jadi, kenapa pulak dalam isu bauksit ni Si Foziah tu hanya sekadar nak mendesak Kerajaan 'Gantung Lesen' jika benar isu perlombongan bauksit tu memudaratkan dan merugikan rakyat?

ADUN kata 'Memudaratkan'. Tapi, kenapa
Foziah takat desak 'Gantung Lesen' je???
Walaupun pada ketika ini, perlombongan bauksit itu dihentikan sementara melalui tindakan Moratorium yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan, tapi masih ada lagi suara Longkang yang tak puas hati.

Kalau semalam, Si Amenoworld tu meroyan mempertikaikan isu Ikan Belanak Mati Berjemaah di Sungai Tonggak. Malah wakil rakyat pembangkang pun ada yang tak puas hati juga.

Jadi, kenapa tidak Si Foziah tu buat 'Pusingan U' dan mendesak agar pihak Kerajaan mengharamkan terus perlombongan tersebut jika benar masih ramai dikalangan rakyat yang membantah?

ATAU, adakah Si Foziah tu sendiri pun tak berani nak ambik tindakan sedemikian sebab ada ahli keluarga wakil rakyat pembangkang yang terlibat dan menguntungkan mereka secara lansung? Kalau itu la alasannya, nampak sangat la Si Foziah ni pentingkan diri sendiri!!!
23:48 | 0 comments

Baju T `Respect Mukhriz Mahathir’ macam goreng pisang panas

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Baju T `Respect Mukhriz Mahathir’ macam goreng pisang panas
ALOR SETAR: Baju T yang dijual di kedai-kedai sekitar bandar ‘jelapang padi’ di sini menjadi rebutan orang ramai yang ingin memilikinya.

Baju yang ditulis dengan perkataan ‘Respect Mukhriz Mahathir’ dan dijual dengan harga RM25 sehelai itu mendapat sambutan luar biasa walaupun baru dua hari berada di pasaran.

 
Dijangka baju T itu akan terus mendapat permintaan khususnya pada perhimpunan aman yang digerakkan oleh penyokong Mukhriz hari ini di Stadium Darul Aman.

Seorang penjual pakaian Abdullah Mat Zain, 40 berkata, baju T yang dijualnya itu mendapat permintaan hangat ekoran rakyat mahu menunjukkan tanda sokongan terhadap Mukhriz agar kekal sebagai menteri besar.

“Orang muda suka Mukhriz kerana idea beliau membangunkan sukan terutamanya dalam meningkatkan prestasi bola sepak Kedah.
“Kita reka baju ini untuk penyokong Mukhriz sebab kita ‘respect’ kepimpinan beliau,” katanya kepada FMT.

Mengulas lanjut, dia yakin baju T berkenaan akan terus mendapat sambutan dan mahu menambah stok baju itu daripada pembekal.

“Selagi ada permintaan kita akan jual. Ini kerana baru dua hari ia dikeluarkan penjualannya sudah mencecah 300 helai.

“Pembekal hanya menghasilkan 600 helai dahulu. Kita akan tambah lagi,” ujarnya.

Sementara itu, seorang pembeli yang hanya mahu dikenali dengan nama Zam, 23, berkata, baju T itu dibeli untuk dipakai ketika perhimpunan aman nanti.

Katanya, ia sebagai sokongan terhadap Mukhriz untuk terus kekal menjadi Menteri Besar Kedah.

“Saya beli T-Shirt Mukhriz ini sebab nak pakai masa perhimpunan aman nanti.

“Kita sokong kepimpinan beliau,” ringkasnya. -FMT
21:12 | 0 comments

HUSAM TERSEPIT DICELAH KERUSI!!!

SEMUT HITAM
HUSAM TERSEPIT DICELAH KERUSI!!!
Selain Mahfuz Bean, ini sorang lagi pemimpin yang boleh dikategorikan dalam golongan MUNAFIK atau yang suka bermuka - muka. Jenis orang macam ni memang tak boleh percaya lansung.

Apa yang jelas, Si Husam ni adalah dari kalangan pemimpin yang memang takde pendirian. Dia ni jenis manusia yang  sekadar tunduk ke mana arah yang ada kepentingan bagi diri dia sendiri.

Hakikatnya, Si Husam ni lansung tak layak nak digelar sebagai pemimpin sebab seorang pemimpin takkan buat perangai Haramjadah macam tu. Sebaliknya, seorang pemimpin ada Integriti.

Malangnya, Si Husam ni lebih mementingkan soal kedudukan Politik diri dia sendiri. Maka sebab itu dia sanggup jadi 'Pengkhianat' yang boleh dianggap sebagai 'Gunting Dalam Lipatan'.

Walaupun Si Husam ni wakil rakyat dari kalangan PAS, tapi jiwa dia dah takde semangat perjuangan parti tu. Dia lebih tunduk kepada nafsu yang dimiliki oleh puak - puak parti "Periuk" Mat Sabu.


Dan dek kerana sebab - sebab yang kita nyatakan diatas la yang membuatkan Si Husam tu tak henti - henti menyerang kepimpinan PAS sama ada diperingkat Pusat atau pun diperingkat Negeri.

Semuanya gara - gara dia tak dipilih menjadi Menteri Besar dan tewas dalam pemilihan parti baru - baru ni. Maka sebab tu jugak la Si Husam ni meroyan macam orang yang hilang akal.

Sekiranya Si Husam ni seorang pemimpin yang benar - benar mempunyai pendirian, ada maruah diri serta berintegriti, dia bukan sahaja tak buat perangai Haramjadah seperti yang ditonjolkan.

Bahkan Si Husam tu sudah pasti akan berjiwa besar dan meletakkan jawatan sebagai ADUN dan semua kedudukan yang disandang didalam parti. Tapi, dek kerana Si Husam ni sekadar nak jaga kepentingan Politik Peribadi diri dia sendiri, mati hidup semula pun dia takkan buat!!!
KOTA BHARU - Pemuda Pas Kelantan membuat serangan balas dengan menggesa bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa meletak jawatan sebagai Adun Salor dan Yang Dipertua Pas Kubang Kerian.

Ketua Pemuda Pas Kelantan, Fadli Shaari berkata, Husam perlu meletak dua jawatan itu kerana tidak lagi membantu untuk mengukuh kerajaan dan parti.

"Hakikatnya desakan beliau agar Datuk Mohd Amar dan Datuk Takiyuddin meletak jawatan hanya untuk menarik perhatian orang ramai sahaja," katanya.


Fadli yang juga Ketua Penerangan Pas Pusat berkata, Husam sendiri sudah menyedari beliau bukan lagi relevan dalam arus politik semasa.
20:06 | 0 comments

Husam dan Takiyuddin jangan pedihkan mataku...

.
Husam dan Takiyuddin jangan pedihkan mataku...
SUARA JIWA

Dua orang yang satu masa dahulu pernah saya harapkan akan menjadi tunggak dan pemimpin Pas Kelantan hari ini bergaduh sesama sendiri. Keduanya saling lempar melempar mercun dan bom asap sehinggakan boleh melemaskan orang lain yang berada berhampiran mereka. Mereka yang saya maksudkan itu ialah Husam Musa dan Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin dan Husam ketika mesra.
Sewaktu timbul kisah Tiga Abdul yang cuba hendak merampas kedudukan Allahyarham Nik Aziz Nik Mat sebagai MB, mereka berdua inilah yang diharap menjadi dua daripada tiga "tungku berjerang" untuk mempertahankan Nik Aziz dan kerajaan Kelantan.

Harapan itu disandarkan kepada kedudukan dan potensi mereka sebagai pemimpin masa depan Pas. Sesuai dengan penampilan mereka sebagai golongan profesional kehadiran mereka sangat diharap oleh kepimpinan ulama dibawah Nik Abdul Aziz. Mereka diharap akan mengseimbangkan dunia dan akhirat dalam kerajaan Pas Kelantan.


Dalam erti kata lain mereka diharap menjadi pengganti kepada dua daripada Tiga Abdul, dan sekaligus menjadi benteng mempertahankan kerajaan Tokguru Nik Abdul Aziz buat selamanya.

Bukan sahaja saya, tetapi rakyat Kelantan melihat mereka pemimpin masa depan khasnya di Kelantan. Kehadiran mereka dalam Exco kerajaan Kelantan meletakkan kerajaan pimpinan Nik Aziz sebagai  dua buah bukit yang teguh yang menjadi tulang belakang kerajaan. Ketika mereka berpadu dan sehati sejiwa, keadaan benar-benar melemaskan musuh Pas, Umno Kelantan. Sejak kehadiran mereka dan selepas gangguan Tiga Abdul, Tokguru juga jadi tenang dan bertambah yakin dengan kerajaan dipimpinnya. Bolehlah dianggap kedua mereka sebagai "Raqib" dan "Atid" kepada Tokguru.

Potensi mereka berdua dilihat kepada sejarah dan latar belakang mereka dalam medan perjuangan. Husam pernah menjadi Ketua Pemuda Pas, yang kemudian harakah itu diteruskan oleh Takiyuddin sebagai ketuanya. pengambilan jawatan itu oleh Takiyuddin seakan penerusan era Husam.

Berdasar kepada history dan kronologi itu menyebabkan saya meletakkan harapan besar kepada mereka sebagai pemanggung kuasa Pas di Kelantan.

Malangnya apa diharapkan itu tidak menjadi. Kedudukan dan kuasa menjadikan mereka bersaing di antara satu sama lain. Kuasa menjarak dan menyenggangkan mereka. Pengaruh peribadi menolak mereka ke sudut berlainan.

Masing-masing sudah lupa kepada prinsip asas dan semangat ukhwah Islamiah yang terbina dalam tubuh mereka. Di sinilah ujian yang menimpa ke atas kedua orang ini. Mungkin kalau mereka tidak berpeluang untuk menjawat kuasa, merasai kesenangan dan keuntungan menerusi kuasa, mereka masih utuh sebagai rakan sepejuangan seperti dahulu. Masih erat dan berpadu dalam menggerakkan perjuangan.

Hari ini sempadan dan haluan di antara keduanya kian berbeza dan bertentangan sehingga memungkin mereka bertembakan sesama sendiri. Keduanya melalui pasang surut dalam politik. Husam sudah sampai ke peringkat Naib Presiden, jawatan ketiga tertinggi dalam parti, satu kedudukan tertinggi baginya. Begitu juga Takiyuddin Hassan kini menjawat jawatan Setiausaha Agung, pegawai tertinggi parti. Cuma bezanya ketika Husam menjadi Naib Presiden, Takiyuddin berada dibawah. Mereka tidak berkesempatan berada dalam hierarki kepimpinan sekali.

Ketidaksempatan ini mungkin menjadikan mereka seperti hari ini terarah ke sudut dan mempunyai keyakinan politik tersendiri.

Alangkah elok dan baik kalau mereka sempat duduk sekali dengan jawatan itu, sama-sama memancu dan menggerakkan parti. Tetapi tidak, dan ini menjadi satu ujian kepada mereka. Jawatan, persepsi serta hala tujuan dan lingkungan semasa yang mulai berubah dalam diri masing-masing seterusnya memesongkan kiblat perjuangan mereka. Mereka seakan berhadapan sesama sendiri dalam satu lorong asing. Kenapa?

Terus terang saya nyatakan situasi yang menimpa dan berlaku ini menyedihkan bagi seorang saya yang menganggap mereka adalah rakan dan pejuang dari satu hierarki. Apabila saya membaca laporan Husam yang mendesak Takiyuddin melepaskan jawatan kerana kononnya gagal melaksanakan satu amanah dalam parti ia satu tembakan yang mengeluarkan asap memabukkan. Kenapa sampai begitu sekali? Sudah habiskan pertimbangan lain dan itu merupakan tindakan provokasi terbaik?

Dan asap itu menjadi lebih pedih pula apabila kenyataan Husam itu dibalas oleh Takiyuddin dengan mengatakan dia tidak berhak atau perlu melayan Husam berhubung sesuatu yang berlaku dalam parti. Kata Takiyuddin dia tidak perlu bertanggungjawab apa-apa kepada Husam.  Betul, Takiyuddin tidak perlu bertanggungjawab kepada Husam sehingga perlu melaporkan apa-apa yang berlaku, tetapi tembakan balas itu turut sama mendedahkan Takiyuddin dua kali lima dengan Husam.

Baik Husam atau Takiyuddin tidak perlu berbalas tembak demikian. Apa untung dan labanya dengan tindakan mereka itu. Mereka akan disorak dan diberi tepukan dalam facebook. Tetapi apa untung kepada parti? Kedua harus faham musuh mereka bukan antara satu sama lain. Musuh mereka adalah Umno. Mereka patutnya pulang kepada sejarah perjuangan dan mula perjuangan mereka dahulu. Ingat kembali kepada nawaitu mereka tatkala memutuskan untuk berjuang dalam Pas. Apakah nota-nota asasl dan awal perjuangan sudah dilupakan?

Kenapa apabila sudah sampai lebih dari separuh perjalanan nota dan nawaitu dilupakan? Apakah kerana kedudukan dan kekuasaan tadi? Atau dalam erti kata lain material? Kita selalu berkata dan mengingatkan material boleh merosakkan segalanya. Tetapi apabila material juga merosakkan kita bukankah itu bermakna kita munafik kepada kata dan ikrar sendiri?

Dalam catatan rengkas ini saya berharap mereka berhenti menembak dan melepaskan bom asap sesama sendiri. Cari perdamaian dan kembali ke teluk keikhlasn. Percaya dan yakinlah tindakan yang anda berdua ambil sekarang ini tidak menguntungkan diri anda apa lagi perjuangan anda, bahkan ia merendahkan martabat anda sebagai pemimpin parti agama.

Saya percaya kalau Tokguru masih hidup anda malu untuk bertindak seperti sekarang. Anda akan mengagahi diri "mengeman" segala kesakitan kerana menghormati Tokguru. Jadi apabila Tokguru sudah tidak ada, anda bersedia untuk bergaduh, ertinya penghormatan dan sanjungan anda kepada Tokguru selama ini hanya dogengan semata-mata.

Dan kalau pun dalam hati ada sudah tidak ada relung untuk damai dan saling memaafi, usahlah menebak di bumi nyata kerana aspanya mendatang mudarat kepada orang lain, terutama orang-orang seperti saya yang berada di tengah-tengah dan mendoakan kesejahtraan. Orang seperti saya tidak sanggup menghisap pedih dari asap yang anda ditembakkan. Dan orang-orang yang dianggap tua, selaku mursyid atau penasihat dalam Pas bersuaralah, sesuai dengan kedudukan anda sebagai penasihat atau pun seorang ayah jangan membatukan diri menjadi syaitan bisu. [wm.kl.10:12 am 01/01/16]
18:48 | 0 comments

Puak Pengguling Ganas CABUT Kain Rentang SOKONG Mukhriz

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Puak Pengguling Ganas CABUT Kain Rentang SOKONG Mukhriz

ALOR SETAR - Puluhan kain rentang menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di sekitar bandaraya ini lesap dipercayai dicabut pihak tertentu.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa kawasan di sini kira-kira jam 1 pagi semalam, mendapati kain rentang yang mula dipasang sejak pagi kelmarin hilang.

Menurut sumber, perbuatan mencabut kain rentang itu telah dirancang awal dan dilakukan kumpulan anti Mukhriz akibat bimbang dengan sokongan yang diterima menteri besar itu.

Sabtu lalu, dalam tinjauan yang dilakukan Sinar Harian mendapati puluhan kain rentang yang menyatakan sokongan kepada menteri besar itu dipasang di kawasan beberapa jalan utama di sini dan sekitar Stadium Darulaman.

Kebanyakan kain rentang yang dipasang mempertikaikan mengapakah menteri besar itu harus ditukar sedangkan rakyat di negeri ini masih memerlukan khidmatnya.

Antara ayat yang ditulis pada kain rentang yang ditemui seperti ‘Rakyat Kedah masih memerlukan Datuk Seri Mukhriz’, ‘Rakyat Kedah sentiasa Bersamamu’ dan ‘BN menang PRU 13 pasai Mukhriz, tiba-tiba nak tukaq dia pulak’.

Selain itu, satu lagi kain rentang yang digantung di persimpangan di antara Lebuhraya Sultanah Bahiyah dan Jalan Gangsa di sini ditulis ‘Sapa kata susah nak jumpa MB? Kami rakyat senang ja jumpa, rata dia dok pi’. - SH
17:57 | 0 comments

Prof. Ridhuan Tee DEDAHKAN lagi dan lagi SIAPA CINA ULTRA KIASU SEBENARNYA

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Prof. Ridhuan Tee DEDAHKAN lagi dan lagi SIAPA CINA ULTRA KIASU SEBENARNYA
Apakah maksud kiasu? ultrakiasu?
Kiasu bermaksud 'ketakutan terhadap kehilangan'.Ia berasal dari perkataan Hokkien.Jika kiasu sudah melambangkan sesuatu yang ekstrem,maka apa akan jadi jika kita letakkan perkataan 'Ultrakiasu'? ikuti tulisan Prof. Ridhuan Tee:


Cakap biarlah berfakta (Sinar Harian 1.2.15)

Lanjutan artikel saya minggu lalu, pemberita web ultra kiasu telah menghubungi pemimpin ultra kiasu Melayu untuk mendapatkan pandangan. Ultra kiasu tersebut berkata ia insiden terpencil. 

Peliknya, sebelas fakta yang dikemukakan langsung tidak dijawab. 

Diikuti kenyataan bapa murid tersebut, menyalahkan guru Melayu dan pengelola SJKC mahukan isu ini ditutup. Setuju! Tetapi jangan hanya berlaku sebelah pihak? Ditakdirkan perkara hampir sama berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK), jangan pulak heboh 1Malaysia. 

Kadangkala, sedih melihat ultra kiasu Melayu, pintu hatinya telah tertutup kerana digula-gulakan dengan pangkat dan imbuhan. Yang baru masuk, berharap dicalonkan menjadi ahli parlimen dan ADUN. Ada yang bercita-cita mahu jadi Menteri Besar dengan memindahkannya ke Ampang.

Pertama, saya mempunyai ramai rakan guru yang mengajar di Sekolah Cina. Jarang sekali komen positif yang saya dengar. 

Kebanyakannya negatif. Ultra kiasu lebih memuji pendidikan Singapura daripada Malaysia. Hujan emas negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Mana satukah yang patut dipilih? 

Jika pendidikan kita begitu buruk, takkanlah begitu ramai pelajar kita dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara. Apabila biasiswa JPA dibekukan akibat kegawatan, kecoh 1Malaysia. Belajar sahaja dalam negeri. Kerajaan tengah susah hari ini. Bantu. Balik nanti bukan mengundi BN pun. 

Kedua, subjek Bahasa Melayu (BM) dipandang rendah dan tidak penting, tidak membawa mereka ke mana-mana. Kuasa ekonomi China, akan menjadi bahasa Cina lebih penting, bukan BM.

Untuk makluman, silibus BM di semua sekolah tidak sama. Sukatan BM di SJKC jauh lebih mudah berbanding BM di SK. Apabila ada cadangan supaya BM diselaraskan disemua sekolah, maka seluruh NGO mereka bersatu menentang, dengan alasan, pelajar SJKC tidak boleh dibebankan dengan BM. Penguasaan Bahasa Cina (BC) akan terjejas. Dalam makna, biar jahil BM tidak mengapa, asalkan hebat dalam BC. Di manakah kedudukan BM sebenarnya sebagai bahasa negara jika asyik berkorban? Pernah orang besar di KPM terfikir? 

Ketiga, penting sangatkah BC untuk berhadapan dengan kuasa besar ekonomi China pada masa kini dan akan datang? 

Ketika kerajaan China berinteraksi dengan Melaka ribuan tahun dahulu, bahasa apakah yang digunakan kalau bukan BM? 

Kenapa BM boleh sampai ke tahap lingua franca? Jawapannya mudah! Siapa berkehendakkan kepada siapa? 

Jika saling berkehendak, pakat-pakat berkorbanlah. Tidak boleh hanya satu pihak sahaja yang berkorban. 

Keempat, ultra kiasu Melayu tersebut membawa contoh negeri Kelantan sebagai contoh betapa ramainya pelajar Melayu di SJKC (28 peratus). Ingin saya bertanya, beramai orang Cina di Kelantan? 

Tidak hairan jika orang Melayu menghantar anak mereka ke SJKC? 

Selaku negeri Serambi Mekah, orang Melayu ada sebab menghantar anak mereka ke sana. Antara semangat dan keinginan untuk berdakwah dan menyunat yang tidak bersunat. Lagipun Cina Kelantan dan Terengganu berbeza dengan yang lain kerana melalui proses asimilasi.

Anak-anak saya sendiri bersekolah Cina, bukan kerana kuasa ekonomi China, tetapi kerana saya ada misi untuk menyunatkan mereka, seperti yang pendakwah Kristian lakukan hari ini. Tidak hairan, jika ramai orang Cina memeluk Kristian daripada Islam. Kenapa? 

Kelima, saya tidak menolak kata-kata Presiden Pas, bahawa Kristian amat agresif di Asia Tenggara, terutama Alam Melayu, setelah mereka gagal di barat. Tidak hairan, jika mereka akan lakukan sedaya mungkin, terutama kekuatan material. Pergilah ke kampung orang Asli, taktik apa yang digunakan kalau bukan dengan membeli dengan wang ringgit. 

Pendek kata, sisepet ini di rantau Asia ini lebih agresif daripada paderi di barat dan Rom. Kebanyakan yang meletakkan nama-nama seperti Teresa, Anthony dan lain-lain adalah kalangan yang celup belaka. Pantang diusik, melompatlah mereka seperti cacing kepanasan. Kristian tulen pun tidak begitu sensitif. Sedar atau tidak, bilangan gereja jauh berlebihan berbanding penganutnya.

Saya telah beberapa kali didekati mereka dengan risalah Kristian, sebab dia ingat saya belum bersunat, sebab saya pun sepet. Dia tidak tahu saya pun ada misi menyunatkan dia. Saya gunakan istilah sepet sebab saya orang Cina, saya tidak pernah mengaku mahu jadi Melayu atau lebih Melayu dari Melayu. Saya hanya berkata benar.

Keenam, saya sudah dicop sebagai penghianat, perosak bangsa, anjing dan berbagai lagi kata nista. Ada yang sampai mahu kencing kubur saya. Kencinglah! Saya tidak pernah kisah kemarahan manusia, saya hanya takut kemarahan Allah. Jika tidak benar apa yang saya perkatakan, berhujahlah dengan fakta, bukan emosi.

Akhirnya, saya mohon agar kajian ilmiah dilakukan segera. Dengar rintihan guru-guru Melayu yang mengajar di SJKC. Bandingkan layanan guru bukan Melayu di SK. Bagaimana Melayu melayan bukan Melayu berbanding sebaliknya. Jika terlalu takut, bagi dana untuk saya buat kajian. Saya akan laporkan seikhlas mungkin. 

Jangan bandingkan dengan sektor bisnes. Begitu ramai pekerja Islam yang tidak dibenarkan solat fardu dan solat jumaat kerana dikatakan membuang masa dan merugikan, kecuali bagi mereka yang memahami. Satu hari ini nanti, kebenaran pasti akan terbongkar. Saya pasrah walaupun dikeji dan dicaci.
Mohd Ridhuan Tee Abdullah
16:48 | 0 comments

Pas Kelantan harus waspada dengan pelantikan Annuar dan Hashim

.
Pas Kelantan harus waspada dengan pelantikan Annuar dan Hashim
MAKRIFAT MINDA

Semalam Najib Razak telah menyusun semula eksekutif Majlis Tertinggi Umno dalam rangka memperkuatkan parti itu serentak dengan niat presiden Umno itu untuk melenyapkan Mukhriz Mahathir dari arena politik Umno. Dalam penyusunan itu Najib telah membuat pengubahsuaisan dan pelantikan dan penjawat baharu.

Annuar Musa
Hashim Abdullah
Antaranya ialah pelantikan Annuar Musa sebagai Ketua Penerangan Umno yang baharu sebagai mengganti Ahmad Maslan. Ahmad Maslan walaupun diberi tugas baharu yang baginya disenangi, selaku Pengarah IT dan media baharu, sebenarnya pertukaran itu satu penurunan pangkat.

Wajar kalau Najib menukar Ahmad Maslan memandangkan beberapa aksinya ataupun tugasnya sebagai ketua penerangan Umno sebelum ini lebih banyak memberi kesan buruk daripada kesan baik kepada parti itu disebabkan hypo pandai dan tahu. Ahmad Maslan suka menunjuk-nunjukkan beliau terlebih pandai. Dalam Umno pula orang yang terlebih pandai tidak digemari.

Saya tertarik dengan pelantikan Annuar Musa sebagai Ketua Penerangan. Pelantikan itu memberi darjah baharu kepada ahli parlimen Kok Lanas itu. Ia juga boleh dianggap yang Najib cuba mengangkat semula Annuar ke persada politik Umno. Najib mahu menggunakan semula khidmat dan kebolehan Annuar dalam usaha memperkasakan parti. Pelantikan Annuar itu sebagai satu usaha kitar semula dalam Umno.

Dari segi mana Najib mnengukur kebolehan Annuar masih boleh dipersoalkan. Apakah Annuar telah berjaya dan menunjukkan keupayaannya membawa perubahan kepada Mara? Rasanya belum. Begitu juga kalau diukur kepada transformasi di beberapa kementerina yang Annuar pegang semasa menjadi menteri kabinet dulu tidak juga kerana ia tidak memberi kesan postif. Untuk Kelantan sendiri tidak ada jasa besar Annuar yang ditabur menerusi tiga kementerian dipegangnya.

Jadi dari sudut mana Najib menilai kebolehan dan keperluan Annuar diguna pakai dalam Umno? Apakah dalam aspek bolasepak?

Tidak dinafikan perkembangan bola sepak Kelantan berubah tapak sejak Annuar mengambil alih apabila beliau tidak ada kerja selepas digugurkan sebagai menteri kabinet. Annuar berjaya meletakkan bola sepak Kelantan di satu tahap membanggakan dan menyeronokkan peminat suka nombor satu dunia itu.

Pasukan Kelantan, "Gedebe Merah", berjaya menjadi juara tribel telah mengemilangkan nama Annuar dan mengingatkan orang siapa Annuar. Kejayaan diraih itu juga sehingga orang lupa kesalahan dan kebusukan yang dibuat atau ditinggalkan Annuar sebelum ini. Salah satu ialah mengenai penyelewengan dalam PPRT dan juga tragedi menabalkan Tengku Ibrahim Tengku Indraputera di bawah pohon ketapang di Ketereh.

Dua kejadian itu cukup meletakkan nama Annuar dalam keadaan yang hapak. Tetapi kejayaanya menaikkan imej bola sepak Kelantan menyebabkan stima buruk itu tertanggal dalam kepala orang ramai. Namun dalam kepala orang lama yang tahu arus dan gelombang politik Annuar tetap akan mengenangnya dan meletakkan Annuar sebagai seorang pendosa di Kelantan.

Begitu juga kejayaan pasukan bola Gedebe Merah di Kelantan yang dibanggakan itu boleh dipersoalkan juga sejauh mana keberkesanan dan kejujuran Annuar mengurus dan mentadbir bolasepak. Pasukan Kelantan menang dan sokongan bertambah. Setiap kali bermain stadium Sultan Muhammad ke IV akan penuh pepak. Keadaan itu memberi gambaran Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) tentu dapat menjana kewangan yang lumayan. Hasilnya juga tentu permainan dan Kafa mewah dan sepatutnya sebuah stadium baharu sudah dibina.

Tetapi apa yang berlaku sebaliknya, Kafa terus dilanda masalah kewangan. Gaji pemain tertonggak dan Kafa "bertepek wek" dengan hutang. Keadaan ini menyebabkan timbul tanda tanya ke manakah perginya wang yang dijana oleh Kafa itu? Ataupun selama ini Kafa telah memberi tontontan percuma kepada rakyat Kelantan tanpa mengenakan apa-apa bayaran? Atau pun wang yang dikutip itu dibawa lari ke akaun lain?

Masalah kewangan yang menimpa Kafa ini menjadi tanda tanya besar? Semacam ada sesuatu yang tidak kena berlaku. Manakala pihak Kafa pula seakan sengaja mahu mendedahkan ia bermasalah dengan tujuan menyembunyikan sesuatu. Setiap tahun Kafa memohon bantuan daripada kerajaan negeri. Apakah permohonan itu sengaja hendak tunjuk yang Kafa tidak ada wang? Orang kata sembunyi tali kerana nak lindungi lembu?

Jadi ada sedikit kontradik disini. Industeri bola sepak Kelantan mendapat sambutan tetapi wang tidak ada. Tidakkah dengan berhadapan dengan masalah kewangan itu maka Kafa tidak berada dikedudukan yang kukuh? Bukankah ia ada kaitan dengan masalah pengurusan dan pentadbiran, dan kelemahan itu ada kaitan dengan keupayaan presidennya? Jadi kalau presiden lemah dan tidak berjaya memapatkan kedudukan Kafa, dari sudut mana Najib menilai kehebatan Annuar sehingga beliau dikitar semua untuk diguna oleh Umno?

Biarlah itu buah fikir Najib. Hakikatnya pelantikan Annuar sebagai Ketua Penerangan Umno memberi sesuatu signifikan kepada politik Kelantan. Bagi saya pelantikan itu sebagai persediaan Umno untuk menawan Kelantan dalam pilihan raya ke-14 nanti. Pelantikan Annuar itu semacam sudah diatur dan satu kombinasi pula.

Kena ingat Pengerusi SPR yang baharu ialah orang Kelantan. Hashim Abdullah namanya. Hashim ini bekas Setiausaha Sulit Kanan Annuar Musa semasa di kementerian Pembangunan Luar Bandar. Kedua mereka pernah duduk sepejabat dan merancang sekali. Apakah dengan tugas dan kedudukan masing-masing kini mereka tidak boleh merancang sesuatu di Kelantan bagi legasi hidup mereka?

Memang tampak kedudukan mereka bertaraf nasional. Annuar Ketua Penerangan Umno, Hashim Pengerusi SPR, tetapi jangan lupa mereka berasa dari bumi sama. Keduannya pula ada kuasa dalam mengerakkan arus dan mewarnakan politik Malaysia. Annuar boleh menggerakkan jentera penerangannya dengan mempertingkatkan tumpuan ke Kelantan. Begitu juga Hashim sangat berfeadah kepada Umno dalam membina sempadan atau kawasan pilihan raya baharu atau membena terma-terma baharu dalam pilihan raya.

Jadi tidak mustahil mereka boleh bergabung antara satu sama lain bagi mencapai matlamat yang sama. Bertolak dari kemungkinan yang akan menjadi realiti itu, maka Pas Kelantan harus berhati-hati dan memerhati pergerakan politik di negeri itu sebaik mungkin. Pas Kelantan kena menaruh kebimbangan dengan pelantikan dua orang anak Kelantan itu. Rasa bimbang ini perlu menebal dalam diri Pas Kelantan, kecualilah Pas Kelantan sudah bersedia untuk mencapai kemenangan bersama Umno.

Begitu juga desakan agar pecat orang itu dan orang ini sesama sendiri dalam Pas tidak wajar berlaku. Yang patut dilakukan buat penyusunan dan pelantikan baharu sejajar dengan gerak kerja Umno bukan menambahkan kesosakan pada rumah sendiri. Main politik bijaksana. [wm.kl.7:00 am 01/02/16]

16:09 | 0 comments

[APA NI NAJIB?] Arahan Tidak Benarkan Tan Sri Muhyiddin BERUCAP masa Lancarkan Liga Bola Sepak Petang tadi

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
[APA NI NAJIB?] Arahan Tidak Benarkan Tan Sri Muhyiddin BERUCAP masa Lancarkan Liga Bola Sepak Petang tadi

31 Januari - Tan Sri Muhyiddin Yasin telah dijemput oleh Kelab Sukan Komuniti Subang Jaya untuk melancarkan Liga Bola Sepak Belia Komuniti Subang Jaya petang tadi.

Program tersebut telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4 (SMK USJ4).

Sungguhpun program tersebut anjuran Kelab Sukan Komuniti Subang Jaya dan hanya menggunakan padang sekolah tetapi pihak sekolah telah menghalang Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk berucap.




Tan Sri Muhyiddin merupakan mantan Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pendidikan yang mana semua sekolah di Malaysia terletak di bawah bidang kuasa beliau sebelum ini.

Pihak sekolah menyatakan mereka bertindak sedemikian setelah menerima arahan daripada pihak tertentu agar mengarahkan pihak penganjur tidak membenarkan Tan Sri berucap. 

"Saya telah diundang oleh Kelab Sukan Komuniti Subang Jaya untuk melancarkan Liga Bolasepak Belia Komuniti Subang Jaya di SMK USJ 4 petang tadi. Malangnya, saya diberitahu pihak sekolah telah menerima arahan daripada pihak tertentu untuk mengarahkan penganjur supaya tidak membenarkan saya berucap." tulis Tan Sri Muhyiddin di dalam facebook beliau.




Tindakan menghalang Tan Sri Muhyiddin berucap di program-program sebegini dilihat sudah melampaui batas demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Ini bukan program UMNO atau program Kerajaan.

"Tidak mengapalah. Saya telah menjangkakan perkara ini akan berlaku. Walaupun tidak berucap, saya sempat beramah mesra dengan tetamu yang hadir sebelum berangkat pulang. Tahniah dan selamat bersukan saya ucapkan kepada anak-anak yang mengambil bahagian dalam acara yang dianjurkan" kata beliau.



Sebelum ini Pesiden UMNO, Najib pernah menghalang Tan Sri Muhyiddin merasmikan mesyuarat sayap-sayap UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang mana ia telah menjadi amalan Timbalan Presiden UMNO akan merasmikan sayap.
Sebaliknya, Najib berkata, majlis perasmian mesyuarat Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO akan dilakukan oleh ketua sayap masing-masing.
“Apalah dosa yang telah saya lakukan terhadap UMNO sehingga tradisi berucap yang saban tahun diberikan kepada setiap Timbalan Presiden dinafikan kepada saya pada tahun ini?,” katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik di Facebook memberi respon terhadap arahan Najib.
Muhyiddin berkata, beliau kesal kerana tidak diberikan peluang untuk menyampaikan amanatnya dalam sebuah majlis yang amat bermakna pada dirinya sebagai Timbalan Presiden.
“Ia adalah ucapan terpenting saya di hadapan para pejuang parti yang melakarkan harapan serta cita-cita saya agar UMNO terus gagah meredah cabaran zaman.
Apakah yang ditakuti oleh Najib tiada siapa yang tahu.

07:12 | 0 comments

SKANDAL WAKIL RAKYAT, SALAH BELANAK JUGAK!!!

SEMUT HITAM
SKANDAL WAKIL RAKYAT, SALAH BELANAK JUGAK!!!
"Ikan Belanak... Ikan Belanak Mati Sekilo... Mati Sekilo, Mati Sekilo... Dia Meroyan!!!"

Hahaha!!! Memang geli sungguh tengok macam mana menggelupornya Si Penjilat Tegar PKR ni. Beria - ia benar dia nak tayang kemaluan dia depan orang ramai. Tak malu sungguh.

Kalau tadi, kita dah jelaskan serba sedikit mengenai isu Ikan Belanak yang Mati Berjemaah dekat Sungai Tonggak di Kuantan tu menurut penjelasan dari penduduk sekitar kawasan tersebut.


Daripada apa yang dijelaskan, nampak sangat Si Amenoworld tu tak ambik tau lansung mengenai keadaan sebenar yang berlaku. Dia main buat cerita ikut sedap kepala lutut dia sendiri je.

Yang paling kita herannya, kenapa cerita pasal Ikan Belanak yang mati secara berjemaah tu juga yang disibukkan sangat oleh Si Amenoworld tu sedangkan ada lagi isu lain yang memerlukan penjelasan dari puak - puak Pakatan Haprak tu sendiri?

Bagaimana dengan pendedahan yang dibuat terhadap penglibatan secara lansung dari kalangan keluarga wakil rakyat pembangkang dalam isu berkaitan dengan perlombongan bauksit tu?

Kenapa Si Blogger Amenoworld tu tak nak pulak membangkitkan perkara tersebut sedangkan dia boleh mengabihkan masa dok sibuk bercerita pasal Ikan Belanak yang Mati Berjemaah?
Dan begitu juga dengan isu berkaitan dengan beberapa penyokong Pakatan Haprak tu yang terlibat memajak tanah mereka kepada pelombong haram demi mengaut habuan yang lumayan?

Kenapa perkara sedemikian tak nak pulak dijadikan sebagai satu persoalan oleh Si Amenoworld tu? Adakah isu sedemikian tidak dianggap 'Kelakar' dan boleh dijadikan satu bahan lawak jenaka?

Jika kita lihat dari satu sudut, memang kelakar pun cerita tu. Ianya membuktikan bahawa puak - puak Pakatan Haprak tu hanya bermain sentimen Politik Retorik sepertimana yang biasa dilakukan.

Bila isu tu kena pada orang lain, sibuk diorang menyalak macam orang hilang akal. Tapi bila kena pada batang hidung diorang sendiri, pandai pulak diorang diam. Itulah 'Keadilan Songsang' yang menjadi amalan puak - puak Pakatan Haprak tu selama hari ini!!!
06:12 | 0 comments

Jalan-Jalan di Sekitar Jeti Semporna

AMIE'S LITTLE KITCHEN
Jalan-Jalan di Sekitar Jeti Semporna
Ke Semporna bukan bererti semestinya mengunjungi pulau-pulau di sekitarnya. Banyak perkara lain yang boleh kita saksikan di sekitar pekan ini, terutama di kawasan jeti umum yang terletak berhampiran dengan tempat penginapan terkenal iaitu Dragon Inn Floating Resort. Selain itu di kawasan berhampirannya juga kita boleh berhubung terus dengan agen pelancongan yang menguruskan pakej ke pulau samada hanya untuk pergi dan balik, menginap dan juga beraktiviti seperti scuba diving, snorkeling, island hopping dan sebagainya. Antara pulau yang anda boleh kunjungi  untuk aktiviti seperti snorkeling termasuklah Pulau Sipadan, Mabul, Kappalai, Mataking, Sibuan dan Pom Pom.


Replika ikan layar... menunjukkan Semporna memang sinonim dengan hasil lautnya yang merupakan salah satu punca pendapatan penduduk setempat.... dan juga sebagai 'syurga' seafood yang terkenal.

Sebenarnya banyak tempat di kawasan persekitaran yang Amie kunjungi tapi tak sempat ambil gambar. Ketika melalui tempat menjual ikan di waktu malam, memang geram sangat tengok ikan-ikan segar tapi keadaan yang penuh sesak membuatkan Amie membatalkan hasrat. Begitu juga ketika mengunjungi pasar pada pagi minggu, teringin turun dari kereta melihat sendiri pelbagai jenis jualan, tapi terpaksa simpan di hati memandangkan kesukaran Encik Suami mencari tempat letak kereta.

Di sini... lapang...
Tiada hiruk-pikuk keriuhan seperti di pasar. Jom kita jalan-jalan di sini.

Jom laaa... masuk ke sini.

Teruuuuss jalan... entah berapa meter jauhnya.

Apa yang ada di sini... bolehlah klik entri yang sebelumnya ye...

Kali ini kami nak tengok ikan besar.
Kena beli tiket harga RM2.00 seorang
Firdaus...FOC.


Banyak jugalah ikan di sini... tapi terpaksa tengok dari atas saja. Datuk nenek dan moyang kerapu yang besar-besar semuanya tidur bawah jeti.... tak dapat tangkap gambar. Ni.. yang dapat tangkap ni cuma ikan putih jew...

Ni pulak... kulit kima, sejenis kerang laut yang besar.


Boleh buat tempat cuci tangan.

Tengok tempat lainlah pulak... dibahagian luar, dekat tepi jalan. Sesiapa berminat bolehlah hubungi operator pelancongan di sini untuk berurusan. 






Jom tengok air laut nan menghijau... di Dragon Inn Floating Resort.

Nampak tenang dan mendamaikan.

Mari kita tinjau-tinjau keadaan di sini, mana tahu akan datang teringin nak menginap di sini pulak. 

Kedatangan kami disambut oleh replika seekor ikan keratang @ ikan kerapu gergasi.

Di bawah replika ikan tu ada tulang yang ori... lupa nak tangkap gambar.

Wokey... sudah tentulah kita nak tahu harga untuk bermalam di sini. Ooooo... lebih kurang harga hotel biasa juga. Bulan depan kita  bawa anak-anak bermalam di sini ye Encik Suami :)

Kalau nak shopping barangan cendera kenangan bolehlah datang ke sini... buka pintu bilik penginapan, terus nampak. Harga mampu beli bah itu... marilah beli barangan tempatan untuk kenang-kenangan dari Semporna.


Seganlah nak ambil gambar banyak-banyak sebab datang tengok-tengok saja. Oh yaa... nak beli mutiara di sini pun okey... cantik-cantik belaka, tapi taklah sebanyak yang dipaparkan di Kota Kinabalu atau Tawau.

Nak makan pun banyak tempat boleh kita pilih. Kami singgah di sini untuk sarapan pagi.

Ni kita punya... roti cobra dengan kuah kambeenn...

Ni Encik Suami punya pesanan... murtabak ayam.

Agaknya terlalu kelaparan kot... lepas mandi laut! Fairuz pesan dua keping roti, satu roti kosong dan satu lagi roti telur. Fuad pun sama. Faris saja pesan sekeping roti cheese. Firdaus tu... habis makan sekeping roti telur!

Ketika makan malam di tepi laut. Ada beberapa buah restoran yang menawarkan pelbagai jenis menu di sini. Pilih sajalah mana yang berkenan di hati.


Ini mee basah....

Ini me goreng seafood.

Ini kita punya... lupa apa namanya.

Nanti nak datang ke sini lagi... santai-santai makan dan minum.


Sebelum tinggalkan pekan Semporna, sempat sekali lagi menyusuri tempat ini.

Harapan... moga lain kali dapat ambil gambar pemandangan di kalan mentari terbit dan ketika mentari beradu.... tentu syahdu gitew... hu hu huuuuu.





Jumpa lagi di lain entri tentang Semporna.


05:09 | 0 comments

Popular Posts

Welcome Guys

Blog Archives