Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakyat TIDAK MAHU Perdana Menteri yang jadi BAHAN LAWAK

CELAH GELEGAR
Rakyat TIDAK MAHU Perdana Menteri yang jadi BAHAN LAWAK
PETALING JAYA: Ketua-ketua UMNO cawangan seluruh negara menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak mahu mempunyai Perdana Menteri yang menjadi bahan lawak di seluruh dunia.
Ketua UMNO Cawangan Rista Villa Perdana, Bahagian Sepang, Rushdan Mohamed berkata, rakyat akan menolak UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang kerana tidak mahu memiliki Perdana Menteri yang dihina oleh negara luar.
“Jika Najib terus menerajui UMNO dan BN, saya percaya rakyat akan menolak BN secara total dalam PRU-14 nanti.
“Siapa yang inginkan seorang Perdana Menteri dan Presiden parti yang dijadikan bahan ‘lawak’ dan dihina bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia mentertawakan kita,” katanya kepada FMT.
Katanya, tindakan ketua-ketua UMNO cawangan mendesak Perdana Menteri meletak jawatan ketika ini sangat berkait rapat dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak mahu parti terbesar itu terkubur dalam pilihanraya nanti.
“Disebabkan kemungkinan ini (UMNO kalah PRU-14) jugalah kami ketua-ketua Cawangan seluruh tanah air menyatakan secara terbuka supaya Datuk Seri Najib berundur.
“Kalau Datuk Seri Najib berundur dalam masa terdekat ini, kerosakan yang telah dilakukan beliau sempat diperbetulkan seterusnya membawa kejayaan kepada UMNO dan BN menang dalam PRU-14,” katanya.
Menerusi surat terbukanya kepada ahli UMNO yang disiarkan di blognya, Dr Mahathir meramalkan parti itu akan kalah pada PRU-14 berdasarkan kecenderungan UMNO yang dilihat mendukung kepimpinan Perdana Menteri dan melupakan perjuangan agama dan bangsa. -FMT
23:51 | 0 comments

"PERWAKILAN HANTU" SERTAI "PESTA BUIH" PKR???

SEMUT HITAM
"PERWAKILAN HANTU" SERTAI "PESTA BUIH" PKR???

Aik! Terdesak sangat ke PKR sampai tahap sanggup ambik 'Perwakilan Hantu' dalam Kongres yang diadakan baru - baru ini? Takkan sampai tahap terpaksa 'Import' orang luar kot?

Sudah la pemimpin diorang pun sanggup mendapatkan sokongan dari pihak musuh Negara untuk membebaskan Si Ketua Penipu tu dari penjara. Ahli diperingkat bawahan pun sama jugak ke?

Dengar ceritanya, PKR melalui amalan kronisme mereka yang kuat telah membenarkan perwakilan dari Sepang untuk hadir walaupun mereka dipilih dengan cara tak sah mengikut perlembagaan.
PUTRAJAYA: Pengerusi Tetap Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Sepang, Arffain Mohamed meminta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menyiasat kesahihan 10 anggota yang mewakili cabangnya ke Kongres Nasional ke-11 parti itu yang berakhir pada Ahad.

Arffain mendakwa kehadiran perwakilan itu adalah tidak sah memandangkan beliau sendiri telah membatalkan mesyuarat agung cabang yang diadakan di Kuala Langat pada 19 September lepas berikutan masalah pembentangan laporan kewangan.

Menurutnya, pembatalan itu dibuat mengikut perlembagaan parti apabila pemeriksa kira-kira tidak mahu menurunkan tandatangan ke atas laporan kewangan tersebut setelah bendahari gagal menyediakan dokumen sokongan termasuk buku cek, penyata bank dan resit pembelian.

Selepas memerintah supaya mesyuarat cabang diadakan semula, beliau mendakwa  telah diusir keluar oleh beberapa anggota jawatankuasa PKR Sepang dan timbalannya mengambil alih tugas mempengerusi mesyuarat, katanya selepas menghantar memorandum kepada RoS, di sini pada Isnin.


Arffain mendakwa mesyuarat cabang itu dijalankan dalam keadaan tidak sah dan kehadiran perwakilan cabang Sepang ke Kongres Nasional PKR juga adalah tidak sah.
Tapi, apa nak heran sekiranya perkara seperti itu berlaku. Sebab pemimpin mereka diperingkat atasan pun dok buat benda yang sama juga. Ada perlembagaan pun diorang langgar sesuka hati je.

Dan lebih memalukan, bukan sahaja perlembagaan yang dibuat oleh manusia je yang diorang langgar. Peraturan dalam Al-Qur'an pun diorang langgar demi nak memenuhi kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Tu sebab la Peliwat pun boleh jadi Pemimpin!!!
23:00 | 0 comments

NURUL IZZAH JANGAN BAGI ALASAN "MASUK AIR DALAM KEPALA"!!!

SEMUT HITAM
NURUL IZZAH JANGAN BAGI ALASAN "MASUK AIR DALAM KEPALA"!!!
Itu diantara perkara yang perlu dilakukan oleh Si Nurul Izzah tu selain dari sekadar meminta maaf dan mengambil tindakan undang - undang untuk menutup kesilapan yang dia lakukan.

Jangan Si Nurul Izzah tu rasa dia mampu menutup mulut rakyat Malaysia yang rata - rata masih lagi mempertikaikan tindakan yang dilakukan dengan hanya dia meminta maaf sedemikian.

Memang sewajarnya Si Nurul Izzah tu tampil dengan memberikan alasan yang masuk akal agar ianya dapat diterima oleh rakyat Malaysia. Bukannya memberi alasan yang 'Masuk Air dalam Kepala'.

Ahli Parlimen Lembah Pantai tu juga perlu memberi justifikasi jelas berhubung pertemuannya dengan anak perempuan kepada Ketua Pengganas yang menceroboh Lahad Datu sebelum ini.

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM berkata, Si Nurul Izzah tu sendiri yang sengaja mengundang persepsi buruk dikalangan rakyat dengan mengadakan pertemuan tersebut.
"Gelaran pengkhianat negara itu timbul ekoran daripada pertemuan berkenaan. Apakah dengan memfailkan saman terhadap individu-individu yang didakwa  kononnya memfitnah beliau dapat melenyapkan persepsi negatif masyarakat terhadapnya?"Sebagai seorang ahli politik, beliau seharusnya lebih maklum bahawa persepsi merupakan elemen penting yang membawa kepada penilaian masyarakat terhadap seseorang pemimpin," katanya kepada Bernama.
Mengulas lanjut, Ahmad Martadha juga turut berkata, Nurul Izzah sepatutnya lebih berwaspada dalam setiap tindak-tanduk yang dilakukan dengan mengambil kira sensitiviti masyarakat.
"Dalam keghairahan mengadakan hubungan dengan pihak luar termasuklah kuasa antarabangsa bagi meraih sokongan mahupun simpati, Nurul Izzah serta pemimpin pembangkang yang lain perlu lebih berjaga-jaga agar tidak sampai ke tahap mengenepikan kepentingan negara," tegasnya.
Pokok pangkalnya, Si Nurul Izzah tu hanya sekadar nak menjaga kepentingan Politik Peribadi dia sendiri je. Maka sebab itulah dia menggelupor tak tentu arah dan memfailkan saman tersebut dengan harapan supaya isu itu akan terus diam!!!
20:15 | 0 comments

[SITI MENGANDUNG] Siti Nurhaliza sahkan KEGUGURAN Kandungan Berusia 2 BULAN

CELAH GELEGAR
[SITI MENGANDUNG] Siti Nurhaliza sahkan KEGUGURAN Kandungan Berusia 2 BULAN

KUALA LUMPUR: Spekulasi mengenai kehamilan penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza, terjawab apabila beliau mengesahkan kandungannya yang berusia dua bulan gugur. 

Berita sedih itu dikongsi Siti, 36, menerusi laman Instagramnya yang dimuat naik kira-kira jam 10 pagi tadi. 

"Bukan niat Siti mahu menafikan berita kehamilan itu kerana ia adalah anugerah terindah yang sekian lama Siti nantikan. 

Pun begitu, untuk mengiyakannya juga takut kerana kandungan ini masih terlalu awal untuk dihebahkan dan Siti mahu menunggu masa yang sesuai. 

"Bagaimanapun, Allah SWT sempat meminjamkan anugerah ini untuk sementara saja. Sempat dua bulan Siti kandungkan dan mengalami keguguran," kata Siti. 

Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, namun penyanyi Jaga Dia Untukku itu reda menerima ketentuan takdir sambil mengharapkan doa daripada peminat agar rezeki untuk menimang cahaya mata terus berpihak kepadanya. 

"Siti reda dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah beri Siti jawapan di atas doa selama ini. 

"Insya-Allah, semoga ia permulaan untuk anugerah yang seterusnya," ujarnya. 

Menurut Siti lagi, beliau kini sedang menjalani proses berpantang dan akan kembali menjalankan tugas seperti biasa selepas itu. 

Bekas juara Bintang HMI 1995 ini turut meluahkan rasa syukur kerana keluarga, terutama suami tercinta, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa, banyak memberikan sokongan ketika berdepan dengan situasi itu. 

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006.  - BH Online

GAMBAR yang dimuat naik di dalam Instagram Siti Nurhaliza.



18:48 | 0 comments

WAN AZIZAH BANGGA KENA KUTUK???

SEMUT HITAM
WAN AZIZAH BANGGA KENA KUTUK???
Ish! Bodoh sangat ke Si Wan Azizah ni? Takkan la sampai tahap itu BEBALnya mentaliti Si Wan Azizah ni sehingga tak dapat nak membezakan diantara 'Sokongan' dan juga 'Sindiran'?

Takkan la Si Wan Azizah tu tak sedar, kenyataan yang dibuat oleh Si Khairuddin tu sebenarnya boleh dianggap satu sindiran terhadap kemampuan dia sebagai Ketua Pembangkang.

Terang - terangan Si Khairuddin tu kata, pihak Kerajaan perlu membebaskan Si Ketua Penipu tu agar dia dapat kembali memainkan peranan sebagai Ketua Pembangkang yang efektif.

Tambah Si Khairuddin tu lagi, Negara pada ketika ini memerlukan pembangkang yang efektif dan rasional bagi membangunkan Negara serta tidak hanya sekadar Retorik semata - mata.
Sudah tiba masanya untuk kita semua bersatu dan jangan buat retorik politik lagi tetapi harus ikhlas untuk membangunkan semula negara kita yang sedang berada diambang kejatuhan khususnya dari perspektif politik dan ekonomi!!” ujarnya.
Jelas, dari apa yang dinyatakan oleh Si Khairuddin tu membuktikan bahawa Si Wan Azizah tu tidak mempunyai kemampuan dan kaliber untuk terus menjawat jawatan sebagai Ketua Pembangkang.

Bahkan, kenyataan yang dibuat oleh Si Khairuddin tu juga boleh dilihat sebagai satu sindiran kepada Wan Azizah yang jelas memang Tak Layak menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.

Jika dilihat dari satu sudut, Si Khairuddin tu hanya mengiktiraf 'Sepupu' Peliwat dia sebagai Ketua Pembangkang yang efektif. Sekali gus membuktikan yang Si Wan Azizah tu tak reti buat kerja.

Tapi apa yang pasti, Si Wan Azizah tu perlu belajar untuk menerima hakikat bahawa dia memang Tak Layak untuk menjadi seorang Ketua Pembangkang yang efektif pada ketika ini.

Dan, mereka yang menyokong Si Ketua Penipu tu pun jangan nak bangga sangat dengan kenyataan yang dibuat oleh Si Khairuddin ni. Realitinya, Si Ketua Penipu tu dah Tak Relevan.

Jadi, tak payah la diorang sibuk sangat nak memuji kenyataan yang dibuat oleh Si Khairuddin tu. Jangan la dek kerana Terdesak sangat nak meraih sokongan Simpati Murahan sampai tahap orang Kutuk pun diorang nak banggakan jugak!!! Itu BODOH namanya!!!
18:00 | 0 comments

[TERBAIKKK!!] Semua TOL Lebuhraya PLUS akan NAIK 5% SETIAP 3 TAHUN Mulai 2016 berdasarkan perjanjian - Timb.Menteri

CELAH GELEGAR
[TERBAIKKK!!] Semua TOL Lebuhraya PLUS akan NAIK 5% SETIAP 3 TAHUN Mulai 2016 berdasarkan perjanjian - Timb.Menteri
PLUS Expressway Berhad, the concessionaire for the North-South Expressway earned an after-tax profit of RM8.4 million for the year ending December 31, 2014, the Dewan Rakyat was told today. Deputy Works Minister Rosnah Abdul Rashid Shirlin said for 2014, the total PLUS toll revenue of RM2.61 billion involved an annual traffic volume of 506 million vehicles.
KUALA LUMPUR: Semua lebuhraya di bawah PLUS akan mengalami kenaikan sebanyak lima peratus bermula tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin di Parlimen pada Isnin.
Beliau bagaimanapun berkata kadar tol Jambatan Pulau Pinang terkecuali dan kadar sedia ada kekal sehingga 31 Disember 2018.
“Perjanjian terkini juga menetapkan kenaikan kadar tol sebanyak lima peratus sahaja setiap tiga tahun mulai 2016 hingga tamat tempoh konsensi pada 31 Disember 2038,” katanya menerusi jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Johari Abdul Ghani.
Johari dalam soalannya meminta kerajaan menjelaskan, benar atau tidak kenaikan tol akan berterusan sehingga 2038.
Menurut Rosnah, berdasarkan perjanjian konsensi tambahan PLUS yang ditandatangani pada November 2011, kerajaan dan PLUS Expressway Berhad (PEB) bersetuju untuk tidak menaikkan kadar tol bagi semua lebuh raya PLUS bagi tempoh lima tahun sehingga 2015.
Sebelum 2011, kenaikan kadar tol ialah sepuluh peratus untuk setiap tiga tahun bagi PLUS.
“Bagaimanapun kerajaan akan menyemak dahulu permohonan PLUS untuk kenaikan tol dengan memgambil kira ‘consumer price index (CPI) dan ini bermakna tiada kenaikkan secara outomatik untuk PLUS,” katanya.
Lebuhraya yang terlibat ialah Lebuhraya Baru Lembah Klang  (NKVE), Lebuhraya Persekutuan Laluan Dua, Lebuhraya Seremban-Port Klang, Lingkaran Tengah Lebuhraya Utara-Selatan, Lingkaran Kedua Malaysia-Singapura dan Lebuhraya Butterworth-Kulim. - FMT
PLUS untung RM8.4 juta bagi tahun 2014 - Rosnah

Jumlah keuntungan selepas cukai pemegang konsesi Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS Expressway Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 ialah sebanyak RM8.4 juta, Dewan Rakyat diberitahu hari
ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata bagi 2014, jumlah hasil kutipan tol PLUS adalah sebanyak RM2.61 bilion yang melibatkan bilangan trafik tahunan sebanyak 506 juta kenderaan.

"Walaupun pendapatan dari kutipan tol PLUS setiap tahun adalah tinggi, namun perbelanjaan untuk menguruskan lebuh raya itu juga tinggi dengan setiap ringgit tol dikutip, pemegang konsesi perlu membayar balik faedah pinjaman, menaik taraf dan memperbaiki lebuh raya yang sedia ada," katanya di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Mohd Idris Jusi (PKR-Batu Pahat) yang meminta Menteri Kerja Raya menyatakan keuntungan terkumpul pemegang konsesi Lebuhraya PLUS sehingga tahun 2014 dan rancangan melanjutkan konsesi serta rasionalnya.

Rosnah berkata dianggarkan secara purata 50 peratus daripada pendapatan tol PLUS digunakan untuk tujuan bayaran balik pinjaman, 20 peratus untuk operasi dan penyelenggaraan, 15 hingga 20 peratus untuk kos menaik taraf dan membaik pulih dan 10 peratus sahaja pulangan kepada pemegang saham.

Sementara itu menjawab soalan tambahan Mohd Idris, Rosnah berkata kerajaan amat prihatin dengan keresahan rakyat yang terbeban dengan kenaikan tol dan telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuklah hanya membuat penyelarasan kadar tol selepas lapan tahun ditangguhkan.

"Kerajaan juga telah menutup dan memansuhkan kutipan tol bagi lapan plaza tol serta mengurangkan kadar tol di beberapa plaza tol di seluruh negara iaitu bagi Plaza Tol PJS 2 Lebuhraya Baru Pantai, Plaza tol Sungai Nyior di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth dan Plaza tol Lebuhraya Shah Alam (Kesas)," katanya.

Beliau berkata kerajaan dalam masa sama menggalakkan syarikat konsesi tol supaya menjalankan tanggungjawab sosial korporat termasuk PLUS yang memperuntukkan RM20 juta setahun bagi program rebat Plusmile dan rebat pada musim perayaan.

"Inisiatif ini adalah selaras dengan manifesto Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu untuk mengurangkan kenaikan tol lebuh raya antara bandar secara berperingkat yang sering dimanipulasi," katanya.

17:09 | 0 comments

[TERBAIKKK!!] Semua TOL Lebuhraya PLUS akan NAIK 5% SETIAP 3 TAHUN Mulai 2016 - Timb.Menteri

CELAH GELEGAR
[TERBAIKKK!!] Semua TOL Lebuhraya PLUS akan NAIK 5% SETIAP 3 TAHUN Mulai 2016 - Timb.Menteri
PLUS Expressway Berhad, the concessionaire for the North-South Expressway earned an after-tax profit of RM8.4 million for the year ending December 31, 2014, the Dewan Rakyat was told today. Deputy Works Minister Rosnah Abdul Rashid Shirlin said for 2014, the total PLUS toll revenue of RM2.61 billion involved an annual traffic volume of 506 million vehicles.
KUALA LUMPUR: Semua lebuhraya di bawah PLUS akan mengalami kenaikan sebanyak lima peratus bermula tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin di Parlimen pada Isnin.
Beliau bagaimanapun berkata kadar tol Jambatan Pulau Pinang terkecuali dan kadar sedia ada kekal sehingga 31 Disember 2018.
“Perjanjian terkini juga menetapkan kenaikan kadar tol sebanyak lima peratus sahaja setiap tiga tahun mulai 2016 hingga tamat tempoh konsensi pada 31 Disember 2038,” katanya menerusi jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Johari Abdul Ghani.
Johari dalam soalannya meminta kerajaan menjelaskan, benar atau tidak kenaikan tol akan berterusan sehingga 2038.
Menurut Rosnah, berdasarkan perjanjian konsensi tambahan PLUS yang ditandatangani pada November 2011, kerajaan dan PLUS Expressway Berhad (PEB) bersetuju untuk tidak menaikkan kadar tol bagi semua lebuh raya PLUS bagi tempoh lima tahun sehingga 2015.
Sebelum 2011, kenaikan kadar tol ialah sepuluh peratus untuk setiap tiga tahun bagi PLUS.
“Bagaimanapun kerajaan akan menyemak dahulu permohonan PLUS untuk kenaikan tol dengan memgambil kira ‘consumer price index (CPI) dan ini bermakna tiada kenaikkan secara outomatik untuk PLUS,” katanya.
Lebuhraya yang terlibat ialah Lebuhraya Baru Lembah Klang  (NKVE), Lebuhraya Persekutuan Laluan Dua, Lebuhraya Seremban-Port Klang, Lingkaran Tengah Lebuhraya Utara-Selatan, Lingkaran Kedua Malaysia-Singapura dan Lebuhraya Butterworth-Kulim. - FMT
PLUS untung RM8.4 juta bagi tahun 2014 - Rosnah

Jumlah keuntungan selepas cukai pemegang konsesi Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS Expressway Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 ialah sebanyak RM8.4 juta, Dewan Rakyat diberitahu hari
ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata bagi 2014, jumlah hasil kutipan tol PLUS adalah sebanyak RM2.61 bilion yang melibatkan bilangan trafik tahunan sebanyak 506 juta kenderaan.

"Walaupun pendapatan dari kutipan tol PLUS setiap tahun adalah tinggi, namun perbelanjaan untuk menguruskan lebuh raya itu juga tinggi dengan setiap ringgit tol dikutip, pemegang konsesi perlu membayar balik faedah pinjaman, menaik taraf dan memperbaiki lebuh raya yang sedia ada," katanya di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Mohd Idris Jusi (PKR-Batu Pahat) yang meminta Menteri Kerja Raya menyatakan keuntungan terkumpul pemegang konsesi Lebuhraya PLUS sehingga tahun 2014 dan rancangan melanjutkan konsesi serta rasionalnya.

Rosnah berkata dianggarkan secara purata 50 peratus daripada pendapatan tol PLUS digunakan untuk tujuan bayaran balik pinjaman, 20 peratus untuk operasi dan penyelenggaraan, 15 hingga 20 peratus untuk kos menaik taraf dan membaik pulih dan 10 peratus sahaja pulangan kepada pemegang saham.

Sementara itu menjawab soalan tambahan Mohd Idris, Rosnah berkata kerajaan amat prihatin dengan keresahan rakyat yang terbeban dengan kenaikan tol dan telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuklah hanya membuat penyelarasan kadar tol selepas lapan tahun ditangguhkan.

"Kerajaan juga telah menutup dan memansuhkan kutipan tol bagi lapan plaza tol serta mengurangkan kadar tol di beberapa plaza tol di seluruh negara iaitu bagi Plaza Tol PJS 2 Lebuhraya Baru Pantai, Plaza tol Sungai Nyior di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth dan Plaza tol Lebuhraya Shah Alam (Kesas)," katanya.

Beliau berkata kerajaan dalam masa sama menggalakkan syarikat konsesi tol supaya menjalankan tanggungjawab sosial korporat termasuk PLUS yang memperuntukkan RM20 juta setahun bagi program rebat Plusmile dan rebat pada musim perayaan.

"Inisiatif ini adalah selaras dengan manifesto Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu untuk mengurangkan kenaikan tol lebuh raya antara bandar secara berperingkat yang sering dimanipulasi," katanya.

16:06 | 0 comments

SS DATO DR ASRI-DULU SIHIR SEKARANG WAHABI

Onekuliah
SS DATO DR ASRI-DULU SIHIR SEKARANG WAHABI
11:18 | 0 comments

OH! SEPUPU PELIWAT RUPANYA KHAIRUDDIN NI!!!

SEMUT HITAM
OH! SEPUPU PELIWAT RUPANYA KHAIRUDDIN NI!!!
Akhirnya terbongkar sudah hubungan diantara Bekas Naib Ketua Bahagian Batu Kawan tu dengan Si Ketua Penipu tu. Tak heran la kenapa perangai dia dengan Si Ketua Penipu tu hampir sama.

Rupanya diorang ni memang mempunyai hubungan genetik Haramjadah yang suka menghuru-harakan Negara dengan membuat dakwaan yang bukan - bukan untuk mengelirukan rakyat.

Sebelum ini, kita ada jugak dengar cerita yang mengatakan Si Khairuddin ni seorang 'Metroseksual'. Tu sebab dia 'Lembut' sikit. Tapi sejauh mana kebenaran cerita tu tak pasti la pulak.

Tapi sekiranya betul khabar angin tu, maka tak pelik la kenapa Si Khairuddin tu tetiba je nak buat desakan kepada pihak Kerajaan agar membebaskan Si Ketua Penipu tu dari penjara.

Si Khairuddin tu memberikan alasan, perkara perlu dilakukan bagi membenarkan Si Ketua Penipu tu memainkan peranannya sebagai Ketua Pembangkang yang efektif didalam Parlimen.
Biar landskap politik tanahair kita bertambah warna warni. Apa yang harus kita gusarkan sekiranya mentadbir negara ini secara amanah?!” katanya.
Heh! Memang betul la kalau Si Ketua Penipu tu dibebaskan, senario Politik hari ini akan tambah 'Berwarna - Warni'. Tapi Si Khairuddin tu tak sedar ke kenapa Si Ketua Penipu tu disumbat ke penjara?

Takkan la Si Khairuddin tu tak tau yang 'Sepupu' dia tu disumbatkan ke dalam penjara kerana MELIWAT bekas pembantu peribadi dia sendiri dan dibuktikan didalam mahkamah.

Dan persoalannya, adakah dek kerana hanya semata - mata kita nak melihat senario Politik di Malaysia ni kembali berwarna - warni, maka kita sanggup membebaskan seorang Peliwat seperti Si Ketua Penipu tu? Mau jahanam pulak Negara dibuatnya!!!
05:51 | 0 comments

[TERKINI] SURAT TUN MAHATHIR kepada AHLI dan PEMIMPIN UMNO AKAR UMBI

CELAH GELEGAR
[TERKINI] SURAT TUN MAHATHIR kepada AHLI dan PEMIMPIN UMNO AKAR UMBI

1. Negara Malaysia tercinta ini adalah hasil perjuangan UMNO sebagai sebuah parti, bukan oleh sesiapa atau seseorang.

2. Sebab itu apabila Dato Onn Jaafar, Pengasas dan Yang diPertua Parti yang pertama, membuat cadangan yang bertentangan dengan pejuangan parti, cadangannya di tolak dan dianya keluar dari parti.

3. Hari ini kita dapati UMNO sudah jadi milik Presiden dan perjuangan UMNO terhad kepada mendokong Presiden. Kesetiaan ahli terhad kepada Presiden, tidak lagi kepada parti, tidak lagi kepada bangsa, agama dan negara.

4. Ini ternampak jelas apabila slogan Satu Malaysia yang sama dengan Malaysian Malaysia diperkenal, penjajah dahulu dilantik sebagai penasihat, penggunaan konsultan Barat. Penubuhan Pemandu untuk mengganti Unit Perancang Ekonomi, bayaran gaji kepada badan bukan Kerajaan yang amat tinggi, meletak negara dibawah kehendak Singapura, meminjam berbillion Ringgit yang dilabur sebahagian besar di luar negera, menubuh 1MDB dengan modal pinjaman yang besar, tidak dapat membukti dimana modal yang dilabur berada, gagal membayar faedah hutang, membeli tanah Kerajaan dengan harga yang amat murah, menjual tanah ini kepada institusi Kerajaan dengan harga 50 kali ganda lebih tinggi, wang Tabung Haji diguna secara yang sama, keuntungan yang berlebihan ini diguna untuk menampung kerugian 1MDB, 2.6 billion Ringgit tiba-tiba berada dalam akaun peribadi Najib, kononnya derma dari orang Arab, siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah dan Bank Negara ditamat oleh Najib sebelum tindakan dapat diambil, Pendakwa Raya dibuang, PAC dibubar supaya tidak dapat menyiasat 1MDB, cara hidup mewah lebih dari kemampuan Perdana Menteri, gaji minima dinaik sehingga kilang-kilang berpindah ke negara lain dan pekerja hilang pekerjaan, kejatuhan mata wang dan nilai saham yang teruk, cukai GST dikenakan sehingga peniaga kecil terpaksa tutup kedai, kos sara hidup meningkat, beban bagi rakyat bertambah, sesiapa yang menegur disoal oleh polis, dituduh sabotaj bank dan kewangan negara dan dimasuk dalam tahanan dibawah undang-undang yang salah.

5. Besar kemungkinan parti akan kalah dalam PRU 14 seperti di Selangor dan Pulau Pinang. BN dan UMNO akan menjadi parti pembangkang. Sebagai pembangkang tidak akan ada apa-apa yang boleh dibuat oleh UMNO untuk bangsa, negara dan agama.

6. Menyokong Najib mungkin memberi nikmat kepada orang tertentu hari ini. Tetapi apabila BN kalah nikmat semua akan hilang.

7. Sebaliknya jika Najib berhenti dari menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, besar kemungkinan UMNO akan pulih semula dan BN akan menang PRU 14. Dengan itu bangsa, negara dan agama akan lebih selamat. Negara akan maju semula dan semua rakyat akan dapat nikmat.

8. Wahai ahli dan pemimpin UMNO diakar umbi. Fikirlah baik-baik. Jangan sokong dan setia secara buta tuli, atau kerana dapat nikmat hari ini. Bangsa kita akan kutuk kita jika nasib bangsa menjadi buruk kerana kita tamak dan lupakan perjuangan UMNO. Dan segala nikmat yang kita dapati akan musnah, bahkan Kerajaan parti lawan akan bertindak keatas kesalahan mereka semasa memerintah.

9. Semua ini memburukkan nama Malaysia dan merugikan rakyat.

10. Wahai ahli dan pemimpin UMNO diperingkat akar umbi.

11. Jika ingin selamat dan menang tolaklah kepimpinan DSN sebelum PRU14.

12. Tolaklah kepimpinannya sebelum PRU14 supaya UMNO selamat dan mampu memenangi PRU dan kekal sebagai Kerajaan yang adil kepada semua.

13. Saya menulis dalam blog saya kerana sekatan yang ketat diadakan supaya saya tidak dapat berjumpa dan bercakap dengan ahli UMNO dan orang awam. Jentera yang diguna yang terdiri dari badan-badan Kerajaan dan parti amatlah berkesan. Dengan sendirinya ini menjadi bukti kesalahan-kesalahan sedang dilakukan.
03:06 | 0 comments

HUSAM SERAH 'SURAT CINTA' BUKAN SURAT TALAK!!!

SEMUT HITAM
HUSAM SERAH 'SURAT CINTA' BUKAN SURAT TALAK!!!
Heh! Memang dah agak dah. Si Husam tu 'Kompang' je kuat masa kat atas pentas. Cakap je berapi - api sampai boleh terbakar dewan. Tapi bila dicabar, tau pulak dia Kecut Buah Kerandut.

Sebelum ni, bukan main lagi dia mempertikaikan mengenai kepimpinan parti. Habis semua benda dia bongkar diatas pentas ceramah dengan membuat tuduhan serta dakwaan yang bukan - bukan.

Bila orang mempersoalkan dakwaan yang dia buat, Si Husam tu kata dia berani bersumpah Lafaz Talak Isteri untuk membuktikan bahawa apa yang didakwa itu semuanya benar belaka.

Tapi bila orang cabar suruh dia angkat sumpah tu, mula la Si Husam ni menggelupor tak tentu arah dan mencari alasan untuk melarikan diri. Sekarang, dia setakat hantar 'Surat Cinta' je.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Si Husam tu kata isi kandungan 'Surat Cinta' tu berkaitan dengan Survival parti dan kaedah pengukuhan Rejim PAS Kelantan dimasa akan datang.
"Nota cinta saya itu hanya tentang survival parti, kekuatan kerajaan dan perpaduan ahli Pas."Pas menerima nota tersebut dan perjumpaan berjalan dengan mesra dan baik. Perbincangan berjalan secara dua hala dan saya ada memberikan sedikit penjelasan kepada mereka dan Dewan Harian memberikan pandangan mereka.
"Keseluruhannya saya sangat berpuas hati dan berterima kasih kepada Pas Pusat kerana menyediakan saluran ini untuk saya menyampaikan pandangan saya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Agung Pas di sini, hari ini.
Nah! Mana pulak perginya tuduhan dia terhadap Si Hadi Awang tu? Kenapa dia tak nak cerita pulak pasal tuduhan dan dakwaan yang dibuat selama hari ini terhadap Presiden PAS?

Bukan ke sebelum ini Si Husam tu paling lantang bercerita mengenai 'Pengkhianatan' yang dilakukan oleh Si Hadi Awang tu yang didakwa cuba untuk bersekongkol dengan UMNO?

Itu membuktikan bahawa Si Husam ni jenis pemimpin yang Hipokrit dan suka memberikan alasan. Jelas, tindakan dia mempertikaikan kepimpinan Hadi Awang sebelum ini hanya taktik untuk meraih perhatian dan mendapat Publisiti Murahan semata - mata!!!
02:06 | 0 comments

[SULTAN TIADA KUASA HARAMKAN VAPE] 'Kuasa untuk haram penjualan vape terletak pada kerajaan Johor' - Peguam

CELAH GELEGAR
[SULTAN TIADA KUASA HARAMKAN VAPE] 'Kuasa untuk haram penjualan vape terletak pada kerajaan Johor' - Peguam
SYAHREDZAN: Kerajaan Negeri ada kuasa untuk membuat larangan mengikut titah Sultan tetapi ia juga boleh memilih untuk tidak melaksanakan larangan itu.

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape kerana bidang kuasa itu di bawah Kerajaan Negeri, kata Syahredzan Johan.

Bagaimanapun, jelas peguam itu, kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk membuat larangan berkenaan mengikut titah Sultan Ibrahim namun kerajaan negeri juga boleh memilih untuk tidak melaksanakan larangan itu.

Syahredzan bagaimanapun berkata kerajaan negeri tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengharamkan aktiviti menghisap vape.

"Jika larangan itu dilaksanakan, ia hanya melibatkan pengharaman menjual produk vape di peringkat majlis tempatan.

"Kerajaan negeri tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengharamkan perbuatan menghisap vape kerana bidang kuasa itu di bawah Kerajaan Persekutuan," tambah Syahredzan dalam satu status di akaun Facebook peribadinya.

Dalam status berkenaan, Syahredzan turut bersetuju dengan titah baginda, di mana isu vape tidak sepatutnya dijadikan isu perkauman seperti yang dilakukan sesetengah pihak.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam dalam satu kenyataan pada Ahad menyifatkan titah perintah Sultan Ibrahim selari dengan hasrat kementeriannya untuk menurunkan peratusan mereka yang merokok termasuk menggunakan rokok elektronik.

"Kementerian Kesihatan menyambut baik perkara ini kerana kesan negatif penggunaan rokok elektronik ini mengambil masa bertahun-tahun dan oleh itu wajar supaya tindakan diambil sekarang untuk menghentikan tabiat berkenaan.

"Semoga dengan titah Sultan Ibrahim berkaitan perkara ini, kesihatan rakyat Johor akan semakin meningkat dan dicontohi oleh negeri-negeri yang lain," tambah Dr Subramaniam.

Sebelum ini, Sultan Ibrahim menitahkan penjualan rokok elektronik atau vape diharamkan di negeri tersebut.

Laporan akhbar The Star pada Ahad menyebut baginda memberi tempoh sebulan kepada semua peniaga vape di negeri itu untuk menutup premis perniagaan mereka bermula 1 Januari 2016.
Berikutan titah DYMM Sultan Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat berkata, kerajaan negeri akan membincangkan titah baginda pada mesyuarat majlis kerajaan negeri dalam masa terdekat.

Pihaknya bersama agensi berkaitan seperti Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan Bahagian Farmasi akan turut mengadakan perbincangan mengenai perkara itu sebelum dikemukakan pada mesyuarat terbabit, katanya. - Astro Awani
00:48 | 0 comments

RAIH SOKONGAN MUSUH NEGARA TU PERKARA KECIL???

SEMUT HITAM
RAIH SOKONGAN MUSUH NEGARA TU PERKARA KECIL???
Wah!!! Inilah yang orang kata, matlamat menghalalkan cara. Jelas, tindakan yang dilakukan oleh Si Wan Azizah ni memang nampak sangat dia terdesak nak menegakkan benang basah anak dia.

Hakikatnya, apa yang dilakukan oleh Si Nurul Izzah tu adalah sesuatu yang tidak wajar. Ternyata dia tidak sensitif terhadap sentimen rakyat yang terkesan dengan pencerobohan di Lahad Datu tu.

Walaubagaimana pun, alasan yang diberikan oleh Si Wan Azizah untuk membela anak kesayangan dia tu juga boleh dianggap dangkal dan dilihat seolah - olah cuba nak memperbodohkan rakyat.

Kata Si Wan Azizah, isu berkaitan dengan Si Nurul Izzah tu isu kecil yang tak perlu untuk diperbesar - besarkan. Bahkan, Si Wan Azizah tu juga mendakwa anak dia menjadi 'Mangsa Buli'.
"Itu semestinya (serangan peribadi) dan ia adalah perkara kecil dan Izzah bukan penganjur majlis itu. Malahan mereka juga memberi publisiti kepada Izzah," katanya ketika ditemui media selepas memberi Ucapan Penggulungan Kongres Nasional Tahunan ke-11 di sini, hari ini.
Persoalannya, apa tujuan Si Nurul Izzah tu pergi berjumpa dengan pihak yang turut dihadiri oleh Si Puteri Kiram tu? Adakah ianya untuk kebajikan rakyat atau sekadar menjaga kepentingan peribadi?

Si Nurul Izzah tu pergi berjumpa dengan pihak yang turut disertai oleh Si Puteri Kiram tu adalah untuk meraih sokongan Simpati Murahan bagi membebaskan Si Peliwat tu dari penjara.

Maka sudah pasti ianya bersifat peribadi dan bukannya untuk menjaga kepentingan rakyat. Dan tambah memeranjatkan, Si Nurul Izzah tu sanggup bersekongkol dengan musuh Negara.

Bayangkan. Jika sekarang diorang sanggup berjumpa dengan pihak musuh yang sebelum ini telah mencemar kedaulatan Negara demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi diorang sendiri, macam mana pulak jika mereka dapat kuasa nanti? Bertambah jahanam la jawabnya!!!
00:09 | 0 comments

Buku baru saya susdah siap untuk edar

.
Buku baru saya susdah siap untuk edar
Keuzuan menyebabkan saya tidak dapat membuat preview mengenai buku ini seperti dijanjikan. Bagaimana pun ia sudah siap untuk diedar dan tempahan untuk pembelian online boleh dibuat sekarang. Sila rujuk iklan.

Kepada rakan-rakan budiman yang membuat tempahan pra cetak pengeposan sudah bermula hari ini. Atas ketergangguan pohon kemaafan. Terima kasih kerana menyokong saya. Wassalam Mso.


22:06 | 0 comments

Rafi Awg Kechik Sebar FITNAH Ucapan Tan Sri Muhyiddin Yasin di Pagoh

CELAH GELEGAR
Rafi Awg Kechik Sebar FITNAH Ucapan Tan Sri Muhyiddin Yasin di Pagoh


Blog Muhyiddin Yassin mendakwa bahawa facebook Rafi Awg Kechik dan Perak Today telah menyebarkan fitnah berkenaan ucapan Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Semalam, Ahad 29 November 2015, satu perhimpunan yang dikenali sebagai Perhimpunan Sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin telah diadakan di Pagoh.

Perhimpunan itu menyaksikan pemimpin MCA, MIC dan Gerakan dari Pagoh menyertai rakan-rakan Umno mereka.

Kira-kira 1,000 ahli Barisan Nasional (BN) berkumpul di dewan di Pagoh untuk menyuarakan sokongan mereka terhadap Muhyiddin.



Semasa perhimpunan itu, Muhyiddin menerima memorandum sokongan daripada 106 cawangan dari bahagian dan juga dari veteran Umno dan tentera dari bahagian Pagoh.

"Kandungan ucapan di facebook Rafi Awg Kechik dan Perak Today tidak benar dan berunsur fitnah" dakwa facebook tersebut.


FB Muhyiddin Yasin mencadangkan agar kandungan ucapan TSMY di Pagoh seperti yang dilaporkan dimedia-media dijadikan panduan dan laporan tersebut merupakan kenyataan yang betul.

Tulis fb tersebut "Sila rujuk laporan berita berikut yang membuat liputan ucapan TSMY yang sebenar di
20:57 | 0 comments

[8 GAMBAR] Yus Jambu Raja lawak Meninggal Dunia

CELAH GELEGAR
[8 GAMBAR] Yus Jambu Raja lawak Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pelawak, Yus Jambu, 39 atau nama sebenar, Yussry Edoo meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Hospital Selayang, sebentar tadi.
Sahabat rapat kepada pelawak itu, Sherry Al Hadad, berkata Yus atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Yus rebah ketika mengadakan persembahan dan terus dikejarkan ke hospital.
"Saya dimaklumkan oleh Abang Afdlin mengenai perkara itu. Dia meminta supaya kami mendoakan kesihatan Pak Yus.
Tidak lama selepas itu, kami diberitahu Pak Yus sudah tiada lagi. 
Buat masa ini, hanya itu saja yang dapat yang dapat saya kongsikan. 
"Saya dalam perjalanan ke Hospital Selayang untuk menziarahi jenazah arwah," katanya kepada BH Online. 
Beberapa rakan artis turut memuat naik status dan gambar di media sosial bagi memaklumkan mengenai berita kematian pelawak itu.
Gambar rakan-rakan artis di Hospital Selayang:











19:11 | 0 comments

TAK BERBALOI NUHA TITISKAN 'AIR MATA BUAYA' DIA!!!

SEMUT HITAM
TAK BERBALOI NUHA TITISKAN 'AIR MATA BUAYA' DIA!!!
Huh! Tak habis - habis lagi Si Rafizi ni nak bagi alasan hanya semata - mata untuk menutup kemaluan diri dia sendiri. Dah GAGAL macam ni pun dia masih lagi cuba nak menipu diri dia secara terbuka.

Memalukan Sungguh!!! Ternyata apa yang diluahkan oleh Si Rafizi tu sebenarnya hanya alasan untuk menjustifikasikan keadaan bagi meraih Simpati Murahan. Alasan Tetap Alasan.

Namun, kenyataan yang dibuat oleh Si Rafizi tu juga boleh dilihat seolah - olah dia memperlekehkan usaha yang telah cuba dilakukan oleh keluarga Si Ketua Penipu tu sebelum ini.

Si Rafizi kata, keGAGALan mereka mendapatkan petisyen seramai SEJUTA orang untuk membebaskan Si Ketua Penipu itu sebelum ini tidak wajar untuk dijadikan sebagai satu isu besar.
"Kita kena imbangkan  isu antara pembebasan Datuk Seri Anwar dan kempen lain seperti 1MDB, Najib, GST, PRK Permatang Pauh dan sebagainya. Kerana benda ini jadi sensitif, kalau kita 'push' seratus peratus untuk dapatkan tandatangan satu juta, nanti kami dituduh mengetepikan rakyat dan hanya mengutamakan Anwar sahaja, oleh itu kami bahagi sama rata," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kongres Nasional PKR ke-11 di IDCC Shah Alam hari ini.
Kalau kita lihat dari satu sudut, Si Rafizi tu cuba memberikan gambaran bahawa kempen 'Air Mata Buaya' yang dilakukan oleh keluarga Si Ketua Penipu tu hanya sekadar sia - sia belaka.

Kiranya, tak berbaloi diorang menangis, merintih dan meroyan macam orang hilang akal diatas jalanraya tetapi masih GAGAL untuk meraih sokongan Simpati Murahan dari kalangan rakyat.

Tapi hakikatnya, kenyataan Si Rafizi itu juga boleh dilihat sebagai satu alasan yang Retorik dan tidak berpijak dibumi yang nyata. Si Rafizi tu GAGAL untuk melihat apa yang ada didepan mata dia.

Sepatutnya Si Rafizi tu perlu sedar, keGAGALan usaha untuk mendapat sokongan SEJUTA orang itu bukan disebabkan kekurangan kempen. Sebaliknya, ia manifestasi rakyat terhadap Si Ketua Penipu tu.

Rakyat dah muak dengan lakonan yang dihidangkan. Dan ianya juga membuktikan bahawa Si Ketua Penipu tu dah Tak Popular dan Tak Relevan dalam Politik hari ini!!! Lagi pun, takkan pulak ada sejuta rakyat di Malaysia ni yang nak sokong seorang PELIWAT!!!
18:06 | 0 comments

TERIMA KASIH YUS KERANA MENGHIBURKAN KAMI!!!

SEMUT HITAM
TERIMA KASIH YUS KERANA MENGHIBURKAN KAMI!!!
Al-Fatihah. Sesungguhnya setiap yang hidup itu pasti akan mati. Walaupun tak sempat nak diluahkan sebelum ini, tapi kita tetap menghargai sumbangan yang diberikan oleh Allahyarham.

Dalam keadaan kita hari - hari menghadapi senario semasa yang agak tegang dengan pelbagai jenis masalah yang dicipta oleh manusia, kelibat Allahyarham sentiasa menghiburkan.

Setidak - tidaknya, Allahyarham membuatkan kita terlupa sejenak perihal kehidupan seharian yang agak 'Hectic' dan penuh dengan tekanan. Itulah jasa yang ditinggalkan oleh Allahyarham.

Terima kasih diucapkan kepada Allahyarham kerana menghiburkan kami. Takziah diucapkan kepada pihak keluarga. Dan sama - sama kita doakan semoga ruh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang - orang yang beriman serta dicucuri rahmat dari Allah S.W.T. Al-Fatihah.
PETALING JAYA: Pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Edoo, 39, meninggal dunia akibat sesak nafas di Hospital Selayang kira-kira pukul 12.30 pagi Isnin.

Pelawak Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 39, memberitahu berita tersebut menerusi laman sosial Facebooknya.

"Minta kawan-kawan sedekahkan Al Fatihah kepada arwah," tulisnya.

Sementara itu, Afdlin yang dihubungi memberitahu berita tersebut disampaikan oleh salah seorang rakannya iaitu pelakon Angeline Tan.

"Saya tidak tahu terperinci tentang itu, namun berita itu disampaikan oleh salah seorang rakan iaitu pelakon Angeline Tan. Katanya, mereka baru pulang dari Konsert Raja Band di Dataran Merdeka dan dalam perjalanan pulang arwah sesak nafas. Jenazahnya masih berada di Hospital Selayang," ujarnya kepada mStar Online.
17:09 | 0 comments

DAH HILANG "DARA" BARU DIA MEROYAN???

SEMUT HITAM
DAH HILANG "DARA" BARU DIA MEROYAN???
Kan orang tua - tua dah kata, menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian Tak Berguna dah. Tapi kalau dah memang jenis 'Tak Guna' tu, kita tak boleh nak buat apa - apa lansung dah.

Melainkan kita berdoa je supaya dia mendapat hidayah dan diberikan petunjuk ke jalanan yang benar. Selama hari ini dok hidup dalam kesesatan je. Sampai bila pun dia takkan sedar diri.

Walhal, mustahil sangat alasan yang dia berikan dengan mengatakan KONONnya dia tak kenal dengan Si Jacel Kiram tu. Malah alasan - alasan lain semuanya macam LONGKANG belaka.

Sebelum ini, kenapa dia tak fikir mengenai kesan yang akan diterima sekiranya dia ambik tindakan sedemikian? Kenapa bila orang dah mula pertikai, baru dia nak meroyan tak tentu arah?

Itulah tahap BEBALnya Si Nurul Izzah ni. Mungkin dek kerana ke-BEBAL-an itu jugak la yang menyebabkan Si Nurul Izzah tu sanggup bergambar dengan Si Puteri Kiram tu secara terbuka.

Dek kerana nak menjayakan kempen menjaja 'Air Mata Buaya' untuk membebaskan Si Peliwat tu, sanggup dia bermesra dengan mereka yang telah menceroboh kedaulatan Negara?

Memang memalukan sungguh!!! Sekarang, mula la Si Nurul Izzah tu nak menyalak dan meroyan macam orang Hilang Akal dengan menyatakan KONONnya dia nak mempertahankan kedaulatan Sabah.
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berjanji untuk mempertahankan kedaulatan Sabah di sebalik tohmahan pengkhianat kerana tindakan bertemu Jacel H Kiram. Menurutnya, tindakan pihak tertentu yang menggunakan taktik politik kotor sebagai tidak bertanggungjawab.
"Saya ucapkan terima kasih kepada semua teman di Sabah yang begitu memahami di sebalik kontroversi ini. Teman-teman di Sabah yang turut mempertahankan saya menunjukkan nilai kasih sayang yang ada dalam PKR," katanya dalam ucapan pergulungan di Kongres Nasional Tahunan PKR ke 11, hari ini.
Jelas, kenyataan Si Nurul Izzah tu mempamerkan sifat Retorik dan Hipokrit puak - puak Pakatan Haprak tu. Bukan ke selama hari ini diorang menyokong pengasingan Sabah dari Malaysia?

Pokok pangkalnya, kenyataan Si Nurul Izzah tu wajar dilihat sebagai satu langkah Terdesak untuk dia menjustifikasikan tindakan Songsang yang telah dilakukan sebelum ini. Semuanya demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi dia sendiri. Bukannya untuk rakyat!!!
06:57 | 0 comments

[10 GAMBAR] Ahad 29 Nov 2015: PERHIMPUNAN SOKONGAN kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, MCA, MIC, Gerakan TURUT SERTA

CELAH GELEGAR
[10 GAMBAR] Ahad 29 Nov 2015: PERHIMPUNAN SOKONGAN kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, MCA, MIC, Gerakan TURUT SERTA

Ketua Umno cawangan Pagoh Samad Ariffin hari ini mempersoalkan apakah dosa yang dilakukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga  tidak dibenarkan merasmikan mesyuarat agung tahunan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri tahun ini.
 
Malaysiakini melaporkan, Samad mempertikaikan perkara itu di hadapan ribuan hadirin yang hadir dalam satu perhimpunan di Pagoh hari ini.

"Kita berkumpul di sini dan tidak dibayar untuk menyuarakan sokongan kepada Muhyiddin.


"Kita tahu risiko yang kita hadapi, di mana ibu pejabat parti akan merekodkan nama-nama kami untuk dilaporkan kepada kepimpinan parti.

"Tetapi kita bersatu bersama Muhyiddin kerana kita tahu beliau berada di jalan yang betul," kata Samad yang mewakili 106 Umno cawangan dalam Bahagian Pagoh seperti dilaporkan Malaysiakini.


Perhimpunan hari ini menyaksikan pemimpin MCA, MIC dan Gerakan dari Pagoh menyertai rakan-rakan Umno mereka.

Kira-kira 1,000 ahli Barisan Nasional (BN) berkumpul di dewan di Pagoh untuk menyuarakan sokongan mereka.

Semasa perhimpunan itu, Muhyiddin menerima memorandum sokongan daripada 106 cawangan dari bahagian dan juga dari veteran Umno dan tentera dari bahagian Pagoh.

Sebelum ini Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Muhyiddin tidak dibenarkan merasmikan mesyuarat sayap Pemuda, Wanita dan Puteri atas permintaan sayap masing-masing.

Zahid berkata, keputusan itu dibuat ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno demi menghormati permintaan sayap parti Melayu itu. -TMI







Sumber Gambar: Kelab Che Det & Muhyiddin Yassin
05:51 | 0 comments

Popular Posts

Welcome Guys

Blog Archives